Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 4 May 2012

Jumaat datang lagi......

Jumaat.... memang cepat datang lagi....cepat betul masa berlalu....cepat betul usia meninggalkan kita....apa yang telah kita lakukan sebagai bekalan ke destinasi terakhir kita???? Bila usia semakin meningkat...ada juga rasa takut dalam hati ini untuk menghadapi kematian....tapi ini tak berlaku 20 tahun yg lepas....masa itu apa yg kita fikirkan....hanyalah keseronokan yg bakal kita tempuhi, berkahwin, beranak, membentuk keluarga, percutian....

Alhamdulilah....Allah telah mengurniakan perasaan ini walaupun sekelumit...sekurang2nya kita tidak akan lupa dan lalai .... Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan...Terima kasih suamiku kerana mencari rezeki untuk kami sekeluarga....Hanya Allah sahajalah yang membalasnya selagi mana tanggungjawab yg dipikul itu ikhlas kerana Allah. Seawal 6.15 dah ada kat jalan raya dan selewat 9.30 malam barulah selamat menjejakkan kaki ke rumahmu ...kalau lambat...pasti jem.....masalah jem tidak akan selesai selagi kereta semakin banyak walaupun jalan semakin besar....he..he...

Surah ke 113 - Al-Falaq ( Waktu Subuh )
1) Katakanlah wahai Muhammad : Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh. 2) Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya.  3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap  4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita ahli sihir yang meniup pada simpulan tali. 5) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakan kedengkiannya.


Keterangan Ayat...
Tidak ada tempat berlindung daripada segala kejahatn selain kepada Allah. Sebab itu kita memohon perlindungan kepadaNya. Supaya terhindar dari segala kejahatan malam, kejahatn ahli sihir dan kejahatn orang dengki iaitu yang busuk hati apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Hatinya menjadi marah serta dicarinya ikhtiar untuk merosakkan nama baik orang itu.

2 comments:

  1. Jumaat mmg cepat datang tapi isnin lagi cepat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Jumaat datangnya disambut...tp Isnin kalau boleh ditolak hehe

      Delete