Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 14 May 2012

Selamat Hari Ibu .....

Selamat Hari Ibu untuk ibuku, ibu mertuaku dan semua ibu2 di dunia...semoga kita terus hebat di dunia dan akhirat....Terima Kasih untuk sang Arjuna...dgn dinner yg 'marbeles'  di 'Sesepi'  (sepatah kata anakku yg bongsu 'Si tahi lalat bawah dagu') he..he...sebenarnya Secret Recipe...dek pelat masa kecik...

Bukanlah niat untuk menyambutnya....tapi sebagai mengenang jasa ibu yg tidak dapat dibalas walau dgn apa sekali pun... Sebagai ibu ...kita mencuba buat yg terbaik untuk anak2 selebihnya...bertawakkal kepada Allah dan berdoa semoga kita menjadi ibu yg solehah dan dapat membimbing anak2 kita menjadi generasi yg terbilang yg dapat membela agama dan bangsa. Insya Allah .

Surah ke 102- At-Takaathur (Memperbanyak)


1) Perlumbaan (memperbanyak harta benda dan anak-anak ) telah melalaikan kamu. 2) Sampai kamu masuk kubur. 3) Jangan begitu, Nanti kamu akan mengetahui 4)Kemudian jangan sesekali begitu. Nanti kamu akan mengetahui 5) Jangan begitu. Jika kamu mengetahui dengan yakin 6) Nescaya kamu akan melihat neraka Jahanam  7) Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan penglihatan yg yakin. 8) Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu mengenai nikmat2 (yg telah kamu terima)


Keterangan Ayat :


Kamu (hai manusia) telah lalai dan alpa kepada Allah kerana kamu berlumba2 dalam hal harta benda dan anak2 padahal kamu akhirnya meninggalkan dunia dan masuk ke dalam kubur tanpa membawa apa2 selain daripada sehelai kain putih. Nanti kamu bakal tahu dan melihat neraka , serta dilemparkan ke dalamnya. Di sana kamu akan diperiksa mengenai nikmat Allah yg telah kamu terima di atas dunia. Oleh sebab itu hendaklah ingat kepada Allah, dengan mengerjakan sembahyang 5 kali sehari semalam, sebagai tanda terima kasih atas pemberianNya kepadamu. Di sini kita ketahui bahawa mencari harta-benda dan ramai anak itu tidak dilarang, asalkan tidak lupa kepada Allah.

3 comments:

  1. selamat hr ibu..untuk entry ini..

    ReplyDelete
  2. Oh, barulah tahu sekarang ni TLBD tu yang mana satu dan apa maknanya. Ni nak gi cari si Angry Bird pulak...mana nak jejak ni OKje....

    ReplyDelete