Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 21 June 2012

Muar....

OKje orang Muo!!!  He..he...tak tanya pun nak bagi tau..... OKje teramatlah berbangga dengan daerah kelahiran OKje dan Sang Arjuna (org Muo aka Maharani bebbbb!!!)......



Muar atau Bandar Maharani atau Muo (orang Muar je panggil!) terletak bersebelahan dengan negeri Melaka. Jaraknya lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan dari bandar Melaka. Ada beberapa alternatif untuk ke Muar samada melalui highway atau jalan lama.... kalau melalui highway kita boleh exit  Tangkak Toll atau Ayer Keroh Toll atau Jasin Toll...semuanya boleh. Selalunya OKje akan exit Ayer Keroh Toll... disamping menjimatkan toll (walaupun tak seberapa sen sangat!).........OKje dapat lah tengok - tengok apa yg ada kat tepi jalan tu ha... Zoo Melaka, Taman Buaya, Rumah Mini Malaysia, semua ada.....he..he... ( tak singgah, tengok pun jadilah kan !!)

Apa istimewanya bandar Muo ek??   Banyakkkkk!!! sesangat... Kalau singgah kat Muo ni rugilah tak rasa mee bandong Muo.....MELETOP !! bukan macam mee bandong yg kat KL ni ....kat KL mee sos namanya he..he......... Nak rempah mee bandung segera pun ada......... ( google RH brand semestinya!!) lagi........... nasi ayam berlada,  mee rebus, sate, soto, cendol, rojak dan yg paling selalu OKje cari kalau balik Muo adalah Mertabak Singapore dan apam balik memang tak sama dengan KL beb.....     Pehh......... terliurlah pulak OKje ....

Supermarket??? Ada dong...banyak seh.... ada banyak pilihan 4 - 5 buah supermarket untuk window shopping..... yg famous... Wetex le... walaupun tak macam kat KL...tapi bolehlah...untuk menjamu mata....nak makanan segera? Kat Wetex pun ada MC Donald ........ Giant ada... Econ Save ada...   apa lagi? Hebat tak Muo??? Hebatkan... Macam ni lah keadaan Bandar Maharani.....



Muo jugak tak kalah dengan makanan lautnya...  Sabak Awor......pelbagai jenis seafood....... kupang, pepahat, ketam, udang, sotong,siput, ikan jangan cakap le...... dengan harga yang  berpatutan. Kira Sabak Awor ni sama macam Umbai kat Melakalah. Ha...   kalau nak makan pisang tanduk goreng cecah sambal kicap, mee siput Muolah tempatnya...

Taman Rekreasi ( betul ke eja ni? ) pun ada.... Tanjung Emas namanya. Kat sini letaknya rumah singgah  Sultan Johor , Masjid Muo dan pejabat-pejabat kerajaan... Selalunya kalau balik kampung OKje akan makan tengahari di sini. Pilihan kitaorang tentunya asam pedas! Asam Pedas ikan Sembilang ( ni memang 'feberet' Arjuna!) 

Nak shopping Jubah? Adaaaa.... Jubah kain 'viskos' harganya diantara RM60 - RM70 ....Banyak pilihan beb......memang syok.

Apa lagi ....... jom le singgah Muo ! Hotel pun banyak dan nampak macam BEST je........ tapi Okje tak pernahlah survey harga hotel ... sebab hotel mak OKje kan ada... he..he.. 



3 comments:

  1. best kan muo...kite pun org muo...arjuna kite pun org bandar mou....

    ReplyDelete
  2. Oh, eksyen ek! Kita orang BP, lagi beso dari Muo tu tau tak! Masa kita belajo kat Muo, setiap kali outing kita pegi Tanjung Mas. Abah kita kalau datang mesti nak bawak kita gi shopping kat shopping mall beli budget makanan untuk 1 minggu pastu makan mi hailam, mi bandung fav pulak. Tapi dah berjaman kita tak sight seeing kat bandar Muo ni. Kita tak tahu pun ada Muar Traders Hotel kat sana sekarang ni!

    ReplyDelete
  3. Sekarang makin sesak..dulu2 masa zaman muda dan belajar di Cosmopoint MUar, naik motorsikal jer. Lepas tu makan rojak dan ais kacang di Tanjung Emas, Muar...lepas tu main buai-buai di Tanjung Emas...seronok sangat kat MUar ni. Banyak kenangan...

    ReplyDelete