Penyejuk Mataku....

Dah masuk 3 bulan jugak OKje bertatih  menulis dalam blog ni......lama2 seronok jugak......dapat meluahkan sesuatu dalam bentuk tulisan....(walaupun OKje sorang je yg baca! he..he..)

Okje rasalah.....OKje ni memang ada bakat menulis.....kalaulah OKje buat NOVEL....rasa2nya boleh meletop tak??? ( Perasanlah kau OKje!! ) Mak masih ingat tau.....mak ni pernah merangkul tempat ke dua dalam menulis karangan sempena Hari Guru peringkat sekolah pada tahun 1984 ( ceh wah!  ingat mak ape?  he..he ) Ingat lagi time tu Cikgu Khadijah yang tolong hantar OKje ambik hadiah kat Sek. Men. Sains Muar...ngerinya OKje nak naik pentas.... Sebelah Okje masa tu saudari Farha Hanina (pemenang tempat pertama) masih segar dalam ingatan namanya....... orang Bukit Gambir. Kat mana agaknya dia ek? Lepas tu OKje ada hantar karangan kat Mingguan Kanak-Kanak ......Tajuknya apa tau   'Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan' masa tu dapatlah free langganan paper tu selama beberapa bulan.... pas tu terus terbantut tak tulis apa2 lagi sehinggalah laaa ni..... terkenang zaman dolu-dolu....

Pagi ni OKje sempatlah mencuri dengar  'Tanyalah Ustazah TV9' ......  Apa yg Okje dapat untuk di'share'kan :

Berdoa adalah Senjata orang Mukmin !

Banyakkanlah berdoa dan membaca Surah AL-FURQAN ayat 74 yg maknanya lebih kurang macam ni
 ' Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan yg menyenangkan hati. Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang2 yg bertakwa'.

Kita berusaha untuk menjadi penyejuk mata bagi pasangan dan kalau sebagai anak ....penyejuk mata bagi kedua ibu bapa kita. Bagaimana? Taatlah perintah Allah...sebagai manusia biasa .......tidak mungkin kita sentiasa baikkk je, tidak melakukan kejahatan ... cepat2lah bertaubat  dan kembali kepada Allah.

Nabi berpesan supaya kita membahagikan kehidupan kita dalam sehari ni kepada 3 bahagian :
 1) Untuk diri kita dan keluarga
 2) Untuk menghambakan diri kepada Allah
 3) Untuk kerja

Tanamkan azam dalam setiap minda ibu bapa terutamanya Sang Suami ni dengan soalan 'Bagaimana kita nak selamatkan anak isteri kita dari azab api neraka'! Semoga kita menjadi hamba yg taat dan penyejuk mata kepada pasangan dan ibu bapa kita. Insyaallah!!



Comments

  1. perrgghhh....dah jd bloggers skangg....akak ngerii laaa....;)

    ReplyDelete
  2. heeeee....apa lagi buat blog laaa.........

    ReplyDelete
  3. Memangnya sebagai blogger kita ni memang syok sendiri kan, OKje. MD pun memang suka baca balik karangan budak SPM MD yang berjela-jela tu. Tak kisahlah kalau orang tak baca, yang penting MD happy aje masa menulis. Erhhhh....nama sekolah tu macam ku kenallah sangat-sangat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts