Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 20 July 2012

Indahnya...... RAMADHAN

RAMADHAN itu ibarat kekasih yang telah lama meninggalkan kita dan datang kembali untuk menemui insan yang dikasihinya .....

Perasaan rindu dendam dan asyiknya untuk bersua, keghairahan menyambut kedatangannya yang sukar dibendung........ Semuanya menjadi agenda minda kita.

Insan yang tidak gembira bertemu RAMADHAN adalah insan yang sakit jiwanya, umpama hamba Allah yang tiada selera ketika sakit. Manakan mungkin bulan yang penuh kerahmatan itu tidak dialu-alukan. Bulan yang memberi peluang kepada kita mengumpul ganjaran yang banyak. RAMADHAN tidak sama dengan bulan-bulan yang lain. Bulan dimana syaitan syaitan durjana dirantai,  RAMADHAN mendidik diri supaya tidak tunduk dengan nafsu  sendiri, RAMADHAN mengajar kita beristiqamah dengan apa yang telah kita amalkan sepanjang bersamanya.  


Syukur Tuhanku.........Kau telah memberi peluang kepada hambamu untuk merebut keberkatan RAMADHAN...... 


RAMADHAN...... kedatangan mu ku nanti.........



6 comments:

  1. Sayu pulak bace.. sobsob :') selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu bagi orang yg menghayatinya....(cheewah! he...he...)

      Delete
  2. pandai berfalsafah.....:)
    salam ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. He...he... cilok idea mana2 sikit.... Salam ramadhan tuk awak n family!

      Delete
  3. SALAM RAMADHAN!

    InsyaALLAH.. ;)

    selamat berpuasa ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan tuk Afieyna jugak...

      Delete