Komunikasi Yang Baik....

OKje rasa OKje dah jadi 'BLOG ADDICT' lah pulak....... Apa taknya ..... gatal je tangan ni nak bukak laptop.......  nak tengok follower lah.... nak blogwalking lah..... nak tambah entry lah... tak boleh jadi ni.... tak boleh dibiarkan....  nanti jadi macam Angry Bird dan Tahi Lalat Bawah Dagu..... asyik 'berfacebooking' tak habis-habis........ sampai sakit hati OKje dibuatnya... Nasiblah Si Abang tak de, kalau tidak 'menembak' dari pagi sampai malam....

Tapi OKje kena 'SMART' dalam pengurusan masa ni, kerja rumah kene beres,  bila Arjuna balik kena STOP!!  he..he... kasi layan FIRST CLASS barulah Arjuna tak bising !  Komunikasi diantara suami isteri kena tip top!

Sepatah kata Ustaz Badli Shah dalam Muqaddimah pagi tadi..... ( OKje memang suka dengar Ustaz Badli Shah ni bagi ceramah..... best tau....lawak! )

KOMUNIKSI

Adalah usaha untuk kesatuan maksud ( ni macam bahasa buku je.... he...he...). Maksudnya bila kita berkata-kata tu....... maksudnya kena sampai kepada pendengar/pasangan.

PRINSIP KOMUNIKASI pulak  :

Kita hendaklah menjadi pendengar dan pengucap yg baik. Berkata-kata dengan bahasa yg sopan, walaupun ketika marah. Bila bahasa yg digunakan sopan, orang yg mendengar senang untuk menerima.

CARA BERKOMUNIKASI  YG BAIK :

1) Kena ada IDEA untuk diucapkan
2) Cara Pengolahan IDEA itu sendiri.
     ~ Apa yang nak diucapkan itu sampai kepada kemampuan pemikiran pasangan
     ~ Tak boleh jugak under estimate
     ~ Panggilan manja hendaklah dikekalkan sehingga ke alam perkahwinan
3) Menyalurkan idea yg telah diolah kepada pasangan dengan cara yang betul.
     ~ Kesesuaian situasi semasa hendak menyalurkan idea itu juga kena ambil kira.
4) Bahasa yg digunakan hendaklah sopan terutama kepada pasangan

SEBAB itulah.....

" Isteri diciptakankan daripada rusuk Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan juga dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai..."

Comments

Popular Posts