Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 9 July 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Busy sungguh OKje sejak hari Jummat lalu...... nak menulis blog pun tak tersempat.....  Ambik report kad anak lagi, briefing pasal PBS untuk budak Tingkatan 1 2012, jemputan kahwin dan macam-macam hal!

Stok lauk mentah pulak dah habis........ Pagi-pagi lagi dah melawat 'Pak Sedara Tesco'  he...he... Melayang RM300.00 untuk lauk basah dan barang-barang kering.... tahanlah untuk seminggu dua. Harga ikan  masih reasonable .... tak mahal sangat! Kalau ikan merah yang 'potong'....... masih boleh dapat RM32.00/kg. Ikan pun nampak fresh! Jaya Jusco? Harga ikan dah mencecah RM40.00/kg...... Pasar awam? Tak dapat nak compare ..... sebabnya OKje amatlah jarang pergi pasar..... Gedung membeli belah bak cendawan tumbuh laa ni yang jauh lebih selesa menjadi pilihan. Cakap aje nak gi mana.... Tesco, Giant , Carrefour ..... semuanya dikejiranan Teratak OKje...   Sediakan saja ongkosnya dong!

Berbalik pasal PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah )....... Apa yg OKje faham daripada briefing tadi, OKje cuba rumuskan. Apakah objektif sebenarnya..... Selain daripada menghapuskan PMR, guru-guru diberi peluang untuk menyumbangkan point untuk pelajar! Dalam erti kata lain nasib pelajar 50% di tangan guru! ( Mungkin ini salah satu cara guru dapat mengawal disiplin pelajar! ) Dalam hal ni, pelajar hendaklah menjalinkan hubungan yg baik dengan guru.

PBS dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

1) Akademik  ~ Pelajar di nilai melalui exam, homework, kedatangan dan tugasan yg diberikan.  Siapa kata exam tak de! Masih seperti biasa mungkin bukan exam pertengahan tahun, akhir tahun macam dulu tetapi pelajar kena selalu bersiap sedia.

2) Bukan Akademik ~ Kegiatan kokurikulum, adab pelajar dengan guru dan aktiviti luar 


Kedua-dua perkara tersebut diambil kira dan seterusnya dinilai oleh guru. Dimanakah kedudukan anak anda?  Samaada  di BEND 1 - Tahu, atau BEND 2 - Tahu dan Faham atau BEND 3- Tahu, Faham dan Buat , atau BEND 4 - Tahu, Faham, Buat dan Praktik  atau BEND 5 - Tahu, Faham, Buat, Praktik dan Memberi Tunjuk Ajar atau anak anda di BEND 6 - Tahu, Faham, Buat, Praktik, Memberi Tunjuk Ajar dan mampu  Berinovasi. Complicatednya akademik zaman sekarang ni. Tak de lagi markah-markah ni.... Apa kata Survey?? Okay ke?


OKje rasa salah satu kebaikannya dapat mengawal kelakuan anak-anak kita untuk lebih berdisiplin dan menghormati guru. So, lahirlah generasi akan datang  yang selain educated, tinggi nilai-nilai murni dalam diri mereka. Mungkin......

1 comment:

  1. Oh topik ni sungguh sensitip. Saya setuju dengan pendidikan yang dinilai sebegini tapi keberkesanannya belum tentu lagi, yang pasti dalam sistem peperiksaan yg dipraktikkan masih ada antara pelajar yang tidak boleh membaca. Sikap diantara masyarakat kita juga masih berada ditahap yang meragukan dalam memberi penilaian yang telus.

    ReplyDelete