Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 11 July 2012

Ramadhan ....kedatanganmu ku nanti......

Tak beberapa hari lagi .... Ramadhan akan datang...... Bulan mulia yg penuh rahmat!! Bulan yg cukup dinanti-nantikan oleh budak-budak terutamanya........, sebab dapat DUIT RAYA!! Seronoklah diaorang...... Mak budak?       He..he..  kena bangun pagilah gamaknya, ..... kelat biji mata .......

Hish...hish........OKje...OKje....awak tu.... umur dah 'DEWASA COMEL'  ( tak mengaku dah banyak BEBB!!! )...ahaks.... banyak-banyakkanlah beribadat!!!

Dalam kita bergembira menyambut Ramadhan, ingatlah.......ada segelintir insan lain yg bersedih...... anak saudara OKje kehilangan anak, kakak OKje  kehilangan cucunya pada Ramadhan tahun lepas...... Allahyarhamah Dania Emelda  - 2 tahun. Kehilangan orang tersayang pada 21 Ramadhan (kalau tak silap!) cukup terkesan! Walaupun kesedihan orang yg memandang tidak sama dengan bahu orang yg memikul........ tapi kesayuan itu tetap ada! Walaupun dia meninggalkan kenangannya untuk insan-insan yg ditinggalkan.... tetapi dia telah menjadi Bidadari Syurga di sana! Al-Fatehah untuk Nia.... opah sentiasa merindui Nia....

Okaylah.... berbalik pada tujuan asal OKje menulis untuk me'refresh balik perkara-perkara basic sebelum kita menyambut Ramadhan. Rujukan ni  OKje ambik dari 'INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT' tulisan Dato' Ismail Kamus ( walaupun dah berzaman OKje beli.... tapi belum khatam-khatam sampai laaa... ni)...ahaks!!!

RUKUN PUASA :

1) Orang yg berpuasa
2) Berniat ~ Berniat dalam hati pada setiap malam. Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari
    hinggalah terbit fajar.
3) Menahan diri daripada perkara-perkara yg membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam
    matahari

NIAT ~
Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala

PERKARA-PERKARA YG MEMBTALKAN PUASA :

1) Makan dan minum dengan sengaja ( jika terlupa tidak batal! TAPI wajib berhenti sewaktu menyedari diri
    sedang berpuasa)
2) Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yg terbuka
3) Muntah dengan sengaja
4) Keluar haid dan nifas
5) Gila
6) Murtad (Keluar dpd Islam)
7) Mengeluarkan mani dengan sengaja
8) Bersetubuh pada siang hari

Kalau OKje nak tulis berkenaan puasa memang banyak..... tapi Okje ambik mana-mana yg OKje rasa penting dan basic! Semoga ada keberkatannya!!! Insyaallah.....

No comments:

Post a Comment