Santapan Rohani pagi!

Rasanya dah lama OKje tak share makna-makna surah ni...... asyik membebel tah pape je..... so hari ni jommmmm....

Surah ke 112 -  Al-IKHLAS (Ketulusan)


1) Katakanlah "Dialah Allah yang Maha Esa"  2) Allah ialah tumpuan segala harapan   3)  Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan   4) Dan tiada seorang pun yang menyamaiNya


Keterangan Ayat :


Ayat dua ash-shomad : yang dimaksud/disengajakan dan dituju untuk meminta segala hajat. Maka Allah hanya satu-satunya tempat meminta hajat. Bukan kepada kubur, jin atau malaikat sekalipun.


TAHUKAH ANDA?

Surah Al-Baqarah adalah surah yang PALING PANJANG !   Surah ini mengandungi 286 ayat iaitu surah yang memiliki ayat paling banyak. Diturunkan di Madinah. Banyak keistimewaan surah ini, antaranya sebagai pendinding diri. Hal ini sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat Muslim yang bermaksud : " Sesiapa yang membaca surah Al-Baqarah di dalam rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak dapat memasuki rumahnya selama 3 malam. Dalam riwayat al-Tabrani dan Ibn Hibban pula menyebut : " Sesiapa yang membaca surah Al-Baqarah  di rumahnya pada tengah hari, maka syaitan tidak akan dapat memasuki rumah itu selama tiga hari"

Sumber daripada : majalah 'al-Ustaz' ~ Meluruskan Kekeliruan Hukum Hakam Puasa  
( Arjuna yg beli!!!! bukan OKje..... he....he..... semoga dapat manfaatnya bersama!)

Comments

Popular Posts