Weekend yang busy..

Separuh hari, hari ni OKje tak sentuh pun laptop ni......he...he... sebab blackout!!!  Kalau tak blackout, confirm dah berblogwalking dah....

Hari Isnin memang cukup busy bagi OKje..... apa taknya ....... baju nak kena iron, time ni jugaklah OKje boleh baca 'paper'. Semalam? Mana sempat....... semalam adalah hari ber'libur' he...he.... Lagipun  semalam atok Arjuna masuk hospital. So kenalah visitkan....... bawak mak dan abah Arjuna sekali so dah satu hari kat situ je....

KPJ, Ampang Puteri, hospital swasta...... memanglah selesa untuk orang yang sakit. Beruntunglah Atok sebab dapat duduk kat hospital swasta, bilik sorang, layanan yg bagus...... senanglah untuk anak-anak nak visit, tak kira masa! Atok Arjuna ada 13 orang anak dan anak-anaknya semua 'MENJADI ORANG' he..he.... SEJUK perut ibu mengandung! Lebih separuh daripada makcik dan pakcik Arjuna adalah GURU termasuklah IBU MERTUAKU he...he...

Harap- harap dijauhkanlah OKje masuk hospital ni.... supaya tidak menyusahkan Arjuna untuk membayar bilnya, tak menyusahkan anak-anak ... nanti mereka tiada peneman, tiada supirnya, tiada chefnya, tiada housekeepernya......  Harap-harap Allah memberi kesihatan yg baik kepada OKje...!

Comments

Popular Posts