Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 16 July 2013

Nak anak mudah SOLAT?

Salam 7 Ramadhan.....

Baru sat ni pegi ke blog Mialiana. Tertarik dengan satu entri yang dia kongsikan so OKje tempekkanlah kat sini sebagai rujukan dikemudian hari.....

Kalau nak tau apa cerita disebalik ayat ni, kenalah  baca  entri Mia ni. OKje hanya mampu ringkaskan aje....... tak laratlah nak cerita panjang-panjang..... haus beb! hehe.....


Adalah menjadi kewajipan ke atas kita, sebagai ibu bapa untuk menyuruh anak-anak kita berSOLAT ! Betul tak? Bagi mereka yang mempunyai anak yang mudah bersolat tu, memang sangat-sangatlah bersyukur. Tapi yang sebaliknya, boleh jadi STRESS tau nak menjaga solat depa!

SOLAT ni kalau diikutkan memang mudah, bukan lama pun kita bersolat ni, tapi nak mengerjakannya..... Masyaallah...... memang berat! Apatah lagi anak-anak kita...... Tu dari kecik kita dah latih tu!

Kadang tu, nak terkeluar anak tekak mak tau, nak mengejutkan anak SOLAT Subuh terutamanya hehe....... walaupun dah besar panjang!  ( Apa taknya....... panggil mereka dari tingkat bawah je nak kejutkan mereka macam TARZAN! hehe....... Tak berhemah langsung omak eh ni! hehe......)

So mengikut experience orang yang dah pernah mengamalkan doa tu dengan izin Allah, anak mereka jadi mudah untuk solat tanpa disuruh dan dipaksa....... Kan jadi mudah kerja kita tu! Ringan sikit beban !

Anak tekak pun dah tak keluar lagi! hehe......

26 comments:

  1. Nak print letak kat pc hafal.

    ReplyDelete
  2. perkara wajib mesti latih umur 7 tahun kena tegas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Suri..... sebab tak tegaslah jadi gitu!

      Delete
  3. Inshaallah kita cuba amalkan dlm doa kita..nie 2 orng nie kecik lagi tak perlu lg kecoh2 srh semayang..moga besar sikit lagi ringan tulang naksemayang..inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg kita harapkan kan UA.....
      Moga anak anak kita lembut hatinya untuk menunaikan perintah Allah

      Delete
  4. perkara yang baik boleh diamalkan kan okje

    ReplyDelete
  5. wahhh thanks share kak...

    ReplyDelete
  6. saya amalkan doa ini setiap kali lepas solat.. ^_^

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah akan diamalkan..
    TQ sharing kak...
    kena latih dr kecil...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Atie...elok sangat baya baya Pa'ie tu...

      Delete
  8. Berdoa dan mempraktikkan bersama cara terbaik. Kalau omak jerit tapi omak buat sendiri memang bertangguhlah jawabnya. Cuba omak dah siap bertelekung anak pasti cepat bentang sejadah ikut belakang hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...terkena dinda nampaknya hari ni...mmg selalunya dinda dah buat sendiri dulu kanda....kadang tu nak menunggu anak tu yg malas...
      Kita dah siap, dia baru nak masuk bilik air lah, apalah....
      Tulahkan kanda.... huhu

      Delete
  9. Perkongsian yang berguna ni okje...tq

    ReplyDelete
  10. Gud sharing OKje.. InshaAllah boleh lah hafalkan nnt..

    ReplyDelete
  11. perkongsian yg bermakna.. tp deqla x dpt la nk bukak blog mia tu..huhuhu..

    ReplyDelete
  12. nak mula berdoa sejak dia dalam perot nie, mekasih Okje :D

    ReplyDelete
  13. nak amalkan lah ayat ni.. smoga anak2 saya nanti pun taklah culas utk solat..

    ReplyDelete