Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 25 March 2014

Perkongsian - SOLAT GHAIB


Salam Takziah dan Al-Fatihah ( bagi yang beragama Islam ) buat keluarga, penumpang dan krew MH370....
Setiap perjalanan hidup manusia itu adalah ketentuanNya, sebagai hamba yang sangat sangat lemah, apa yang patut dan mampu kita lakukan adalah memujuk hati untuk redho dan pasrah! 
Bertabahlah duhai hati hati yang diuji.........
___________________________________________________

JABATAN MUFTI MELAKA (e-Pusara JAWI)
SOALAN :

Dapatkah tuan memberi keterangan lanjut mengenai kawan sepasukan saya mati lemas, puas dicari oleh
pasukan saya, juga penyelam dari Akademi Laut Malaysia tidak juga berjumpa.
Bolehkah disembahyangkan gha’ib atas mayat atau tidak boleh?


JAWAPAN:

Menjadi fardu kifayah atas yang hidup menyempurnakan mayat si mati iaitu dimandikan,
dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Tetapi bagi mayat yang hilang tidak dijumpai,
tidaklah dapat disempurnakan ke atas mayat itu. Dengan itu, tidaklah boleh disembahyangkan
jenazahnya,

ini menurut kitab I‘anah al-Talibin, juz’ 2, muka surat 131 yang berbunyi:
“Jika seorang yang hidup jatuh ke dalam lombong atau ke dalam laut dan tidak dapat dikeluarkan dan
dimandikan, tidaklah disembahyangkan jenazah itu kerana tidak ada syarat-syaratnya atas qawl mu‘tamad.”

Adapun sembahyang gha’ib iaitu sembahyang di atas mayat yang jauh tetapi telah
disempurnakan jenazahnya.

Credit : epusara.jawi.


SOALAN :


JAWAPAN :

SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan
untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh
di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat
tidak diharuskan.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat
dilakukan di atas kubur si mati.

Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang
maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah: 

1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.
2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat
yang sama seperti solat jenazah biasa.


Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur
selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar
berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada
 pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan
walaupun berlalu masa yang panjang.

Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka
Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan.
(Kitab Subulas Salam).

Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama’ terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan,
solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda
mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama’ antaranya:

1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan
pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan
jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk simati.

3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan
cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat
dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi
Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.

Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak
diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan
kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan
seperti jenazah biasa.

2010/05/14 - 07:20:53 AM Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh Berita harian
Credit to 


28 comments:

  1. thank you OKje, great piece of sharing and indeed a good one... salam takziah pada keluarga para penumpang yang bukan beragama Islam dan Al-Fatihah pada yang beragama Islam...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah dan....takziah utk keluarga mangsa,terima kasih hainom kerana bagi info psl solat ghaib.

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..ada baca juga pasal solat ghaib tadi di FB..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg sgttt bgus nih kak

    ReplyDelete
  5. TQ sharing kak.. dpt tambah ilmu.. Takziah pada semua keluarga penumpang & anak kapal MH370.. sedih yg teramat, tapi hati kena redha..semuanya ketentuan Allah...:(

    ReplyDelete
  6. good sharing okjer..noted
    moga kita semua mendapat panduan.

    ReplyDelete
  7. tq Okje...perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  8. Masih x dapat paham sepenuhmyee..... kena baca lg dan lagi.... kena paham betoi2ni

    ReplyDelete
  9. Satu perkongsian yg baik buat semua dinda..

    ReplyDelete
  10. pengetahuan yang berguna ni okje
    saya baru tahu pasal ni pun sebenarnya

    apapun takziah kepada ahli keluarga yang terlibat
    walau tiada kenalan dalam pesawat malang tu
    saya tetap merasai kesedihannya

    moga mereka diberi kekuatan menghadapi berita yang tidak
    diingini oleh mana-mana ahli keluarga pun

    ReplyDelete
  11. Info yg bermanfaat Hainom.... terima kasih kongsi..

    Takziah buat keluarga MH370

    ReplyDelete
  12. info yang bagus.. terima kasih OKjer~

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat ahli keluarga, al fatihah..

    ReplyDelete
  14. baru tahu hal yg sebenar2 nya pasal solat jenazah ghaib ni

    takziah pada keluarga mangsa dan krew :(

    ReplyDelete
  15. Sedang tonton pasal solat ghaib kat Awani sekarang...Thanks Okje for info..

    ReplyDelete
  16. Good info ni OKje. Thanks for sharing. Barulah tahu dan lebih jelas lagi tentang solat ghaib ni.

    ReplyDelete
  17. one of the hikmah, buka jalan untuk belajar tentang solat jenazah.

    ReplyDelete
  18. Memang banyak ilmu baru kita pelajari sejak kes Mh370 ni. Semoga ramai yang ambil pengajaran daripada kes ini.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian OKje..

    ReplyDelete
  20. Terima kasih okje atas perkongsian....semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini

    ReplyDelete
  21. yg berlaku menyuntik pengetahuan juga ye okje..sebelum ni bukan amik tahu sgt pasal solat ghaib ni..nice sharing!

    ReplyDelete
  22. semoga menjadi pedoman buat yang kurang paham atau yang tak tahu..
    tq ostajah OKje :)

    ReplyDelete
  23. tima kasih perkongsian ni okje.

    ReplyDelete