Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 29 January 2015

Ceh ! Saja nak lekakan oranglah tu

Salam Khamis......

Sementara menunggu idea mak sampai, mailah kita tengok bukit dulu. Cantik yek!!!! Subhanallah, Masyaallah.......indahnya ciptaan Allah!



Kalau dapat kat Arzmoha, tak pun dapat kat Shenta hati si Mia Kassim ni, harus lompat guardrail tepi tu ha sambil pegang DSLR hihi......

Gambar ni mak ambik masa on the way ke Tronoh bulan lepas.
Sebok jer pak Jilap tau, suruh mak ambik gambar nilah, gambar tulah sepanjang jalan tu. Nikmatilah alam semula jadi katanya. Ceh! Saja nak lekakan orang bukak bloglah tu.

Kalau menghala ke Utara, bila dekat dengan kawasan Tapah tu, perasan tak ada satu Air Terjun yang korang boleh nampak sayup sayup daripada Highway? Yang tu pun pak Jilap sebok suruh mak tangkap gambar. Manalah boleh nampak bang!! Jauhhhhh....... Apa barang guna hp Samseng mak ni sepatah kat Puan Kutu. OKje agak Samseng tu, Samsung kot..... Macam macamlah Puan Kutu ni hihi.....


Weyh...... sampai sudah idea tak mai......... Layan ajelah gambar yang ada tu yek! hihi.....
Terasa rasa macam nak pergi PDlah pulak cuti panjang ni, nak skodeng orang!!! kehkehkeh.....


37 comments:

  1. cantik gambar..pakai dslr gak ke kak Okje?hehe.nak ke mana tu...

    ReplyDelete
  2. ok la tu tu okje..idea tak mai pun up gak satu entry...mcm lieya ni balik2 entry random photo jek laa kakaakakka..takde bahan dahnak update blog...balik2 citer same...kang org bosan bace....

    cantik2 gambar tusemua okje...awan sekepuk2 dpt tgk...cuaca kalo terik panas mmg cantik pic awannyer kite dpt snap kan....

    ReplyDelete
  3. Memang banyak pemandangan indah di negara kita yang tercinta ini... :)

    ReplyDelete
  4. acik kalau lalu highway ke utara pun suka tengok air terjun tu..walaupun nampak dari jauh je

    ReplyDelete
  5. on the way ke utara, mmg spectacular pemandangan nya kan..bukit2 batu kapur tu..
    Tapi paling best, kalau singgah R&R Tapah...hahahhaa...makanan nya sedap

    ReplyDelete
  6. cantik kak... pak jilap tau minat akak ber blog itu dia suh amik gambar cantik2... kot2 akak takde idea blh letak gambar2 tuh

    ReplyDelete
  7. saya perasan gak air terjun tu.. nampak cantik ja..

    ReplyDelete
  8. Haruslah okje ... wajib disnap. Pemandangan cantik gitu mesti diabadikan .. hehe

    ReplyDelete
  9. cantik gambo iki,
    pandai riko snap,
    sukak ndelok awan tutup gua tu
    iki jalan seng nyong pernah lalu masa balik kampung arwah mak
    di Bukit Merah.
    air terjun tu pun nyong eleng meneh kak
    sebab dulu kalau nak pergi cameron memang kami lalu kat Tapah
    lepas tu ada roti bakar inti peanut butter..sedap yang amat
    tapi tak ingat dah kat mana area kedai tu..
    saiki nyong orak pernah balik dah sono..

    ReplyDelete
  10. ohhh..kiranya hainom ni jadi jurugambar lah ya sepanjang perjalanan....hihiii.Bagus juga pak Jilap ya suruh menghayati keindahan Allah ...kalau nak buka blog bila2 pun bole kan..

    ReplyDelete
  11. Apa yang susah sangat idea Mak nak datang buat entri ni? Kalau dah takda sangat idea, letak ajelah gambar-gambar kasih mesra macam selalu. Sedap sikit tukang komen nak menulis.

    Air terjun tepi highway tu saya memang tak pernah miss kalau ke utara. Suka sangat. Dulu saya rajin juga mandi-manda kat Tapah tu. Apa nama tempatnya, Kuala Sg Woh... macam itulah bunyi sikit-sikit. Itu cerita sebelum kahwinlah! Sekarang ni boleh dibilang dengan jari berapa kali dah 'mendaki' ke utara ni :)

    Mak, jiran Mak kata plan kena cancellah sebab ada orang nak skodeng! Tak larat nak dok dalam bilik tidur je *_*

    ReplyDelete
  12. Cantik... Selalu kalau perjalanan ke utara tak sempat nak nikmati pemandangan sebab mata sibuk kat highway ate sendiri driver gitulah...

    ReplyDelete
  13. ky selalu keutara..tapi tak pernah smpt nak menghayati pemandangan..masuk kete terus ngorok..hehe

    ReplyDelete
  14. Itulah indahnya ciptaan Allah.
    Tapi kanda rasa kalau berhenti pun larat ke nak mendaki
    Eleh Bukit Gambir tu pun tak terdaki. Ini tengok, tangkap gambar bolehlah

    ReplyDelete
  15. Itu apa ke hal anak-anak mendera papanya pakai shawl
    Sporting pulak papanya - alahai:)

    Kanda saja buat N3 hari ini sebab geram kata Muo aje ada mee bandung. Itu yg kanda buat minyak wak dakam dgn nasi beryani hahaha... jgn buat lagi tau!

    ReplyDelete
  16. Tgh duk baca entry ni, danish datang... Ummi, cantiknya snow atas mountain... habis lah, awan pun dia boleh tertukar dgn snow...

    Saya pun suka snap gambar pemandangan lagi2 kalau langit membiru lagu tu... Gabungan warna hijau, biru dan putih - mmg buat saya jatuh cinta :)

    ReplyDelete
  17. huh..sama mcm bojo ku..asal lalu air terjun tu je sibuk soh snap pic. Bukan boleh buat apa pun..tengok je lah kan.

    tapi mmg suka lalu hway kat Perak nun..cantik view sepanjang jln.

    ReplyDelete
  18. kak, kali saya dah tukar kpd google+ profile, sbb yg kes aritu mmg takleh selesai. :(

    ReplyDelete
  19. best nya ir terjun.eh!!ada ye air terjun..tak perasan la jalan tu boleh nampak air terjun..sya lebih suka air terjun daripada pantai..pantai buat kulit saya rasa tak best...

    ReplyDelete
  20. ingat kat sabah tadiii... view sangat cantikkk

    ReplyDelete
  21. Paaatutlaaa saya tersedak huk huk huk...kak hainom sebut nama saya rupanya...

    fuhhh cantik. pandai jugak kak hainom amik gambar....

    saya memang tak berkesempatanla nak amik gambar kena pegang stereng

    ReplyDelete
  22. Jap nak singgah siapa Shenta hati yang kak hainom sebut tu.

    ReplyDelete
  23. cantik.. :)

    Jemput singgah "Anak buah kesayangan"


    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  24. salam hainom ..
    mampir mbengi jemuah ..
    wes neng ipoh, orak mampir neng
    Lost World of Tambun ke

    ReplyDelete
  25. Ohh cantik..awan berkepul2 macam asap..ni hand phone bapak canggih ni..manakan sama dengan samseng saya.huhu..mmg laluan Dari utara ke Perak cantik Sgt..sy dh selalu Sgt lalu..lagi2 waktu pagi bukak tingkap segarnya udara..air terjun tu mmg la jauh sikit,mana sempat snap..kereta kt highway tu kan ke laju2..

    ReplyDelete
  26. Ai..dalam tak de idea takde mood sempat publish entry ada gambo lawa ..kagumla Okje.. ni maknanya mmg ada bakat menulis ni.. haha.. awat ni. Entry tadi dan entry ni macam ada susah hati je. Moga cepat baik mood Okje ya..

    ReplyDelete
  27. Cantik gambar gunung tu Okje.. dah bole jadi photograher dah.. hehe

    ReplyDelete
  28. mmg cantik bukit tu . pernah dah lalu sini ... pemandangan tu mmg utk dinikmati kendahannya . klu ada camera , rakam sekali . betul lah tu kata pak jilap .

    ReplyDelete
  29. Pak Jilap jelles lah tu akak blogging.
    Alamak..jangan btau die saya yang cakap ea.

    ReplyDelete
  30. Bukit..pokok dan awan.....
    Tetiba rasa nak jadi pencinta alam semulajadi.....hehe :)
    Nice photo OKje..

    ReplyDelete
  31. patut pemandangan macam penah nampak
    tapi memang cantik pun tempat tu
    ni mesti standby bagai nak rak semata nak ambil shot cantik =)

    ReplyDelete