Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 18 February 2015

Sorry for hurting your feelings....

Salam Rabu.....

Bila pak Jilap cakap, seumur hidup dia tak pernah rasa bini dia bawakan bekal air bila dia pergi kerja macam dalam drama tu ( statement perli nampak paknya! hoho  ), tak menunggu lama, esoknya, pagi pagi lagi OKje dah buatkan bekal air kopi panas. Guna free gift yang pak Jilap dapat masa dinner Proton tahun lepas. Siap siap letak atas meja sebelah setokin dengan sapu tangan supaya tak tertinggal.



















Sudahnya tak di bawak pun, dia kata dia macam nak puasa, tak muat pun ye nak letak kat celah kereta katanya.

OK, tak mau bawak sudah! Meh, orang minum kasi habis! .....
Lepas ni jangan pulak nak mintak bawak bekal air lagi yeh. Peluang hanya sekali tau bang !

Tetiba tak sampai tengahari dapat WA ni daripada pak Jilap. Tak sedap hati katanya!
















Hihi..... serious, sikit pun orang tak kecik hati tau bang ! Pelik jugak mak, kenapa hati mak boleh jadi kebal cenggitu hari tu hihi....  Kalau tidak kena gayanya, sure mak dah merajuk, mogok masak setahun tu!....

Moral of the story ?
Tak payahlah nak ambik hati sangat, perkara remeh temeh cenggitu, buat penat merajuk jer.......
Tak pasal pasal bertambah jeragat kat muka mak ni....( eh? ada kaitan ke ni? hihi )


33 comments:

  1. Bagusnya pak jilap. Memahami hati isterinya gitu. Nasib isterinya x majuk.

    ReplyDelete
  2. ololo comey la pak jilap ni ....
    hehehe siap anto gambo bunga kat kak ok je

    ReplyDelete
  3. untung la suami tahu menghargai

    ReplyDelete
  4. alolo..sweetnya kak...jgn merajuk kuat sgt nnt abe plk yng merajuk..hihik

    ReplyDelete
  5. Sweeetnya pak jilap. Mesti dia tak senang buat kerja sebab takut bininya merajuk pasal tak bawa air kopi tu ... hehe
    ala betullah okje, perkara2 remeh temeh camtu nak merajuk buat apa. Nanti tak awet mudalah kalau muka masam sentiasa. :P

    ReplyDelete
  6. Terkejutlah Mak pakai title omputih. Ingatkan Mak dah kecikkan hati sapa-sapalah. Eh, Mak... kalau kitalah memang kita merajuk. Dahlah tak pernah buat, lepas tu first time buat tak bawa pergi kerja. Haruslah nangis-nangis atas bantal masa nak tidur, konon mogoklah dalam hati minta dipujuk :)

    Romantis juga AbangJilap ni rupanya padanlah KakJilap tak pandang mana-mana lelaki pun hatta Presiden Obama sekalipun *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. awatlah Presiden Obama pun terlibat ni...hahaha.

      alolo, diorang ni cuweeet...tu pasal dua-dua pun awet muda gitu..

      Delete
  7. En arjuna dinda tu ada perasaan juga walau dia tahu dinda tak berkecil hati
    Tapi sebagai suami terasa juga dah benda disediakan isterinya tetiba tak jadi nak dibawa
    Memang tak perlulah nak merajuk-rajuk dinda betul tu.. sama-sama dah duduk sebumbung berbelas-belas tahun dah tahu isi hati masing-masing kan... yg kecik-kecik ni tak payahlah...

    ReplyDelete
  8. Kadang-kadang tu..memang perkara kecik.
    tapi.. (kalau saya lah) bila cik abang datang memujuk...best jugak...huhu..sesekali

    ReplyDelete
  9. Salam. Hee malam ini mesti mak dapat upah. Kihkih2

    ReplyDelete
  10. Hmm... Pula.. Ai mmg akn merajuk.. Haha...

    ReplyDelete
  11. tu beza nya orang dah lama kawen dengan baru kawen..dah lama kawen cam kita2 ni memang tak kuasa nak kecik2 hati bab benda2 remeh tu..kan??kalau baru kawen lain la..merajuk hentak2 kaki gitu..ahahhah

    ReplyDelete
  12. Cik abe sesaje ler tu nak manja-manja dengan sis..hihi

    ReplyDelete
  13. Haha.. sukalah tu ye.. abg dia mesej gitu.. prihatin dan romantis sungguh.. lepas ni xmboh la buat bekal lagi ya.. meh bagi roti sapu kaya je..

    ReplyDelete
  14. mesti pak jilap susah hati sepanjang jalan...last decide hantar tu...

    ReplyDelete
  15. wah bunga tu , dok atas garfu lagi . takut bebenor wife kesayangannya terasa hati ... suami isteri ni kena lbh krg je kan ...

    ReplyDelete
  16. hehe...itu tandanya suami pandai jaga hati isteri. Beruntung Hainom.

    ReplyDelete
  17. wah
    kalau saya terasa hati kot
    tapi tak la sampai merajuk
    hehehehhee

    ReplyDelete
  18. owh romantika nya. haha mesti fell bunga-bunga bila pak jilap call for sorry kan kak hainom

    ReplyDelete
  19. pak jilap romantik gituu.. risau takut mak terasa hihi.. sweet sgt ^_^

    ReplyDelete
  20. Alololo...sweet nya pak jilap. Pandai amik hati sang isteri.

    ReplyDelete
  21. nak kena menuntut ilmu kebal dengan akak la cenggini nampaknya ekekekeke

    ReplyDelete
  22. oh bagusnyer... kalau akak dapat whatsapp gini terharu gak ler...
    tapi suami mmg gitu kita dah buat dia buat dunnojer..
    kitani orang pompuan mulaler kata lain kali memang taklerkan...

    ReplyDelete
  23. Hahaha..akak memang x sah kalau x melawak.
    Statement bertambah jeragat tu lawak betulll..

    ReplyDelete
  24. Tapi, kalau saya memang akan merajuk.
    And saya kalau merajuk tak makan pujuk.

    ReplyDelete
  25. nak majukkkk.. dah cakap cenggitu pastu tak bawa... nak pujuk? kenen beli blink2... waaahhh gituuu! kekekkk

    ReplyDelete
  26. wahhh...romantis juga pak jilap ni ye
    kalau mychintahati, haram nak buat gitu
    dia tak tahu aje
    jadi malas pula kita ni nak majuk pun
    bukan ada orang pujuk...huhu

    ReplyDelete