Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 4 March 2015

Terima Kasih Ustaz Ebit Lew

Salam Rabu......

Sambungan entri semalam, memasing suruh mak share ilmu yang mak dapat! Alamak!!
Ni yang mak seram ni. Bab buat summary balik ni memang mak failed sungguh ! Kalau pas kat Alif wau ro nga Jim wau ha ro,  tak pun pas aje kat Tokey Rempeyek, mesti kacang je dia olah ni yek....

OKje ke sini sebenarnya semalam......
Jiran yang pakai tudung biru tu AJKnya. So apa apa aktiviti Dar - Assa'adah dia memang dijemput. Kebetulan sorang pun staff dia tak dapat pergi, dia ajak jiran, mak dengan jiran sorang lagi tu pun apa lagi, ikut le! Sanggup dia cuti tu, sebab nak dengar talks Ustaz Ebit Lew punya pasal.

Baru tau Dar - Assa'adah ni rupanya tempat perlindungan wanita atau remaja yang tersasar arah.....

Baru perasan, orang pakai jubah hitam tu paling giant hihi....ohhh ni mesti salah hp cap ayam mak ni....






















Lepas ambik door gift, mak and the geng terus dijemput bersarapan. Kebetulan perut pun memang tengah kosong sebab jenuh mengharung jem tadi. Memang belasah jer ler makan kuih dengan mee hoon yang ada atas meja tu hihi.... Katanya tetamu jemputankan, walaupun cuma mengendeng jer hihi.....Memang layanan VIP sungguhlah.. Sedap weyh popia dia!

Bila nak cerita pasal ceramah Ustaz Ebit Lew ni?? Asyik cerita pasal makan jer haha.....


Tergendala pulak sebentar, kawan lama mak telefon meluahkan perasaan emm....

Semalam Ustaz Ebit cerita pasal tajuk 'Terima Kasih Allah'. Dia banyak kaitkan pengalaman dia berdakwah dengan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Kisah Nabi Junjungan kita yang mengasihi umatnya lebih daripada diri baginda sendiri. Kisah sahabat sahabat Nabi yang begitu kental imannya dalam memperjuangkan Islam. Jugak kisah pengalaman hidup family dia, pendik kata macam macamlah pengisiannya. 

Memang puaslah mak menangis semalam. Bersihlah sikit jiwa mak yang dah berkarat ni tau hihi....

Rupanya, bapak dia yang convert, dia memang dah Islam sejak dilahirkan cuma amalan Islam tu agak kurang kot. Dan alhamdulilah, Allah telah menitipkan anak kecil ini ( Ustaz Ebit ) dan adiknya, untuk menyampaikan hidayah iman kepada mak dan ayahnya. Apa yang dia buat sampai mak dan ayahnya hidup hatinya untuk belajar tentang Islam, adalah dengan membaca Al Quraan dan Hadis setiap hari. Jangan lupa juga peluklah anak anak, suami atau isteri kerana dengan berkasih sayang tu rahmat Allah akan turun mencurah curah kepada kita. Belajarlah mensyukuri nikmat Islam dan hidayah Allah yang kita dah dapat ini, kerana kedua duanya teramat mahal harganya. 

Banyak lagi yang dia cerita, tapi kan mak dah cakap mak tak pandai nak mengolah hihi.... Kalau rajin boleh jugak baca blog Aku penghibur ni. Dia ada jugak cerita pasal Ustaz Ebit Lew ni

Of kozlah mak tak boleh lepaskan peluang berselfie dengan Ustaz Ebit......sayangnya gambar blur pulak ek! huhu....

Pergh!! muka mak kembang bulat sedulang hihi..... Pasti salah hp cap ayam mak ni....huhu! 





24 comments:

  1. Seronok okje ye...dapat ikut majlis2 ilmu camni...
    Ingtkn p taman syurga yg kat rncngan tv tu...hehe...

    ReplyDelete
  2. Confirm ya Mak tak boleh nak buat ulangkaji kat sini sebab Mak tertidur masa dengar ceramah dek kenyang bersarapan ala-ala tetamu VIP?

    Sesekali memang bestlah dapat pergi majlis ilmu begini. Bersih sikit hati, suci sikit nampak muka. Saya ni terus-terang ajelah memang jarang dapat ke majlis begini. Nak bagi alasan pun tak guna sebabnya kalau hendak seribu daya mengharunginya, kalau tak nak, alasan sebesar kuman pun nak bagi tau jugak!

    ReplyDelete
  3. Untung Okje berpeluang mendengar ceramah agama secara langsung dari ustaz yang tinggi ilmunya ini... :)

    ReplyDelete
  4. terimakasih lah dapat berkongsi sikit ilmu yang hainom dapat dari ustaz tu...
    muka kembang bulat tak jadi hal hainom masih tetap cun.....

    ReplyDelete
  5. Bestnya Nom..KY belum berpeluang mendengar ceramah Ustaz Ebit Lew ni. kalau ada peluag takkan KY lepaskan..

    sederet.. tersusun jer model2 tu.:)

    ReplyDelete
  6. Beruntung OKje sebab diberi ruang dan peluang utk bersua muka dgn Ustaz Ebit Lew. Saya setakat ini hanya mendengar ceramahnya di youtube n TV.

    ReplyDelete
  7. Salam. Hee muhasabah utk diri sendiri juga. Muka mak kembang bulat sedulang pun tetap jelita.

    ReplyDelete
  8. Ade juga baca pasal ustaz Ebit Liew ni.. kat blog mana ntah.. dun worry OKje.. kebesaran org baju hitam dan kebulatan sedulang wajah iteww memang salah hp.. hp kita sama cap ayam! kekekekkk

    ReplyDelete
  9. seronoknya Mak Jilap dapat kumpul ilmu bermanfaat sesambil makan popia sedap..

    ReplyDelete
  10. best baca entri nI, tersenyum ja, untung. dapat ke majlis Ilmu dapat layanan vip lagi. thank you Allah. thanks hanom :)

    ReplyDelete
  11. mak jangan la cakap muka macam dulangggg..sebab mak comel jek!! :)

    ReplyDelete
  12. syoknya haaaa lepas ni mesti jiran akak ajak lagi kalau ada aktiviti gini kan.

    bab ustaz dengan adik baca quran teringat pulak kisah nabi yaakub ke. kalau tak salah lupa pulak padahal baru baca semalam huuuu

    ReplyDelete
  13. amboih2 seronok bergambar ngn ustaz ebit lew tu yek... tak nampak pun muke bolat kak...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih sudi berkongsi ilmu...

    Moga Allah merahmati kita semua..
    Sama sama kita amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? Kenapa komen hari ni mcm baik je hihi.....ohhh lupa pulak, komen kena selari dgn entri yek hihi....

      Delete
  15. dengan berkasih syg rahmat Allah turun mencurah2 pada kita..ohh Ini key word yg sy paling ingat.walau sikit perkongsiannya,pengisan tu ada..apa pulak tak pandai olah..sampai menusk ke kalbu sy lagi!

    ReplyDelete
  16. Bestnya dpt dgr secara live...
    Tajuk pun menarik..berkasih sayang..

    ReplyDelete
  17. Mia belum tahu lg pasal Ustaz Ebit ni .. nanti nak google.

    Muka bulat sedulang pun comel juga bah okje ! :)

    ReplyDelete
  18. muka mak kan macam budak form5 tau,sweet sangat
    alhamdulillah, perkongsian yang bermakna..
    terima kasih kak
    banyak bagi inspirasi..
    :)

    ReplyDelete
  19. salam hainom ..
    mampir mbengi jemuah ..
    alhamdulillah lungo mareng kuliah ..
    insyaallah poholonay tempias mereng seng lanang jugak ..
    psl bagi izin lungo kuliah kuwi

    ReplyDelete
  20. Assalam okje,
    bulat2 pun nomeeeeeeeeeeeeiiiiiiiii

    ReplyDelete
  21. dari mula cite dok salahkan handphone dia, confuse daku ni
    saya memang selalu dok denfar pasal ustaz ni
    sedih dengar cerita dia, tapi kita boleh ambil iktibarkan okje kan

    ReplyDelete