Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 2 July 2015

Kad Raya Pertamaku

Salam Rabu, salam 15 Ramadhan.....

Hihi...... mak muncul muncul dah setengah bulan puasa yek. Macamana nak lawan Jiran Sebelah yang berjaya hasilkan 30 entri sebulan ni, kalau cenggini punya gaya. Tak pelah bagi chance kat dia. Kasi dia tak hengat dunia sikit puasa puasa ni.....

Mak rindu dekat korang sebenarnya......
Mak bukannya hilang sebab bertadarrus dan bertadabbur tak berhenti henti
weyh hihi..... Adanya ni ha. Duk jadi tukun hihi..... Hp buat hal, 'hang' tak mengingat, pas tu, la ni, camera fail pulak dah! Tak bersawan selpielah mak puasa ni nampaknya! Huh.....bermaharajalelalah jiran mak kalau cenggini!

USB pulak tak connect, udah, nak transfer gambar camne??? Kat rumah ni berlambak lambak USB katanya, yang dapat lain, yang beli lain, ada yang OK ada yang tak, time nak pakai mesti terambik yang rosak, yang OKnya entah mana mana letak. Nampak sangat tunggang langgang rumah mak ek haha.....

Weyh...... semalam mak dapat kad Raya!  Kad Raya pertamalah ni kiranya. Kotnya pertama dan terakhir haha..... Maklumlah ....... zaman era dah dekat nak menapouse ni, tak de sapa yang berminat lagi nak bagi mak. Kalau zaman anak dara dulu berebut peminat hantar kad Raya ko haha.....( ini adalah statement propa jer ye, kasi Pak Jilap jeles hihi...  ). Tapi kad Raya daripada peminat yang sorang tu jugak yang paling mak tunggu tunggu tau! Tak sabar nak baca kata kata cinta dari dia sambil senyum sorang sorang. Awww..... syok pulak bila mengimbau kenangan lama weyh.


Amboi!! Mentang mentang le mak rajin buat kuih buka pose, dihantarnya kad Raya tanya dah buat kuih ke belum! Ingat mak ni rajin sangat ke! Belum ar  ......satu habuk tepung pun tak beli lagi ni ha.

Terima kasih Yana Yani kerana sudi hantar kad Raya. Kenapa tak bagi kad Raya yang ada muzik muzik tu hihi...... Kena tunggu lagi barang 10 kad Raya nampaknya ni, barulah boleh gantung kad Raya kat ranting hihi....


Oklah babai.....  mak nak mintak diri dulu, jumpa lagi dekat nak Raya esok hihi..... Nah, sekeping gambar mak pengganti diri, kasi korang muntah kalerful huahahaha......



  

32 comments:

  1. amboi lama mendiam tu mak oi...
    takpe, saya faham..
    mak mengejar keberkatan ramadan al mubarak ni ya.
    moga puasa dan amalan baik diterima ya.
    InsyaAllah moga panjang usia kita semua yang bersahabat di alam maya ni...

    ReplyDelete
  2. hahaha..maknanya next entry keluar 29 Ramadan la ya? Mesti entry mintak maaf zahir batin...wakakaka...

    Saya pun dpt kad raya semalam...hahaha.

    ReplyDelete
  3. ala, jelesnya dah dapat kad raya..tulah tertanya-tanya ke mana kakak mertuaku pergi.Ingat buat Umrah Ramadhan..jaga diri ye, n selamat berpuasa. Mana ada dah kad raya nyanyi-nyanyi tu, zaman 90-an banyaklah..hihi

    ReplyDelete
  4. Sesekali keluar, mesti nak tempek gambar selfie walaupun katanya ini cerita kad raya pertama! Takpalah Mak, jiran Mak ni dah lama redha.....

    Alahai, tak terbuat tu cakap ajelah, nak menyalahkan jiran pulak dapat tulis 30 entri. Itu pun bahana dicabar si penghantar kad rayalah tu! Itu yang kita kuatkan semangat menulis meroyan-royan tau!

    Saya pun dapat kad raya juga....betul-betul on my birthday pulak tu. Itu yang rasa terharu sangat. Eh, Mak... patutlah kita berjiran sebelah macam ni. I tulis pasal kad raya, you pun ngengada tetiba keluar pasal kad raya juga yerk! Bersatu tegah, bercerai roboh betul ler.... Erk!

    Yalah, Mak... nanti Mak muncul lagi masa nak dekat raya, sebelum balik kampung. Mesti nak minta ampun maaf dulu sambil selit gambar selfie dengan suami sempena nak balik kampungkan....

    ReplyDelete
  5. Kak zai dah lama tak dapat kad raya. Sekarang semuanya hantar melalui wsap.

    ReplyDelete
  6. Wah...jeles kita tau, taun ni rasanya tak dpt kad raya sbb apa tau, sbb tak eproc pun rakanblogger, rakan blogger je yg rajin bagi2 kad rayani kan,hu hu...bukan tkmo tau, tapi ahhh...takmolah bagi alasan yg klise tu..

    ReplyDelete
  7. wahhhh dah ade kat raya tu hebak hebak hebak ...kami satu pun tak de

    ReplyDelete
  8. bertuah lah masih dpt kad raya lagi....mengimbau kenangan silam berdozen2 dpt kad raya.Zamn ni kakak rasa anak bongsu akak pun tak kenal apa tu kad raya.

    ReplyDelete
  9. kad raya pun dah lama kaknoor tak tengok skrg ni untung hainom dpt kad raya nostalgia tu dolu2 kan

    ReplyDelete
  10. bila nak dekat2 raya ni hanya kad raya je la yang boleh buat kita lupa kejap pada sirap dan karipap..

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat kad raya. Lama dah tak pernah merasa posmen datang hantar kad. Kalau dulu berlumba-lumba kumpul

    ReplyDelete
  12. hehehe....penyelesaiannya, kabel usb yg dah rosak tu elok di buang terus. jangan ada perasaaan sayang mahu di simpan untuk koleksi.

    ReplyDelete
  13. Teringat pula pokok kad raya tu ... hehe semua kad raya gantung diranting .. :D

    ReplyDelete
  14. sempat lagi tu tempek gambar muda remaja dia.saja nak bagi jiran sebelah jeles.hahahaha...

    untunglah adanjuga yg sudi hantaq kad raya..kite ni takde sapa pun sudi hantar..makanya disitihar tahun ni tak dpt sekeping pun kad raya.uwaaaa

    ReplyDelete
  15. best dpt kad raya ek...makin lama makin dilupakan..huhu

    ReplyDelete
  16. Jelesnya...saya tak dapat lagi kad raya macam tu..

    ReplyDelete
  17. CH tak dapat kad raya pun tahun ni...
    nak beli Kad lah..
    pos kat diri sendiri..
    boleh camtu hainom :D

    ReplyDelete
  18. tahun ni kite x dapat pun kad raya macam tahun2 lepas
    mungkin sebab baru nak aktif blogging balik kot hihi

    ReplyDelete
  19. wah stoknya dia....dapat kad raya boleh lekat kat dinding

    ReplyDelete
  20. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete
  21. ok
    tahun ni lom dpt kad raya lagi
    baik kat umah atau opis
    ntah nape la
    semua cut budget kot
    dan kita plak
    tahun ni pecah rekod
    tak nak anto kad raya
    kahkahkah

    ReplyDelete
  22. Cam takde harapan je nak dapat kad raya tahun ni. Huwaaa...

    ReplyDelete
  23. cik nor baru dapat 1kpg..dari shida radzuan..:)

    ReplyDelete
  24. bagus yy masih mengekalkan budaya begini
    smga di lapuk di masa akan dtg

    saya pon x tgk dlm peti pon.

    ReplyDelete
  25. nostalgianya kalau dapat kad raya :)

    ReplyDelete
  26. dah mcm jatuh ditimpa tangga pula . selalunya mmg camtu . bila satu buat hal , yg lain nak join juga ...

    ReplyDelete
  27. dah lame dah tak dapat kad rayaa.. hehe untunglahh

    ReplyDelete
  28. lama tak dengar cite okje ni
    rindulah sebenarnya...
    glad okje suka kad tu =)
    apapun selamat hari raya ye =)

    ReplyDelete
  29. Okje tetap maintain awet muda. ape rahsia? ce meh kongsi2 sikit. haishhhhh

    ReplyDelete