Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 25 November 2015

Maklumlah rakyat marhaen

Salam Rabu......

Semalam si TLBD nak buat projek Biskut Nutella. Siap dia tunjuk Youtube, cara nak buatnya.
Mak tak bagilah, sebabnya membazir Nutella je!!!

Bila mak tak bagi buat, dia mulalah komplen........ Kata ibu, adik asyik tengok iPad je, suruh adik buat aktivitilah, tapi bila adik nak buat biskut Nutella, tak bagi pulak!!!

Yelah ......kalau nak buat biskut pun, paling kurang sebotol Nutella kang guna. Nutella tu pulak bukannya murah, mahal tuuuuuuuu...... sebotol hampir Rm10 henggit! Mahallah kiranya kalau banding dengan jem atau pun kaya Gardenia. Baiklah buat makan dengan roti dik, tahan lama sikit.

Kadang tu bukan tak mau menyokong hobi anak, tapi agak agaklah anak oiii.... kang Nutella satu hal, jadinya belum tentu, satu hal. Maklumlah first try katanya. Bukan senang nak buat biskut dik oiiii, silap silap keras kebatun tak boleh makan! Dah membazir!

Lainlah buat pizza mabeles yang dah tentu jadinya keh keh keh......Walaupun mahal costnya, tapi berbaloi. Eh? Terpuji diri sendiri pulak!! Projek semalam ye korang....  Mak lunch Pizza je 3 beranak!


Yang ni pulak projek anakanda Angry Bird. Kira macam macam projeklah semalam mak anak beranak buat hihi......Aiskrim ni pun satu hal jugak, boleh tahan mahal jugak harga buah kiwi ni. Rm12 henggit untuk 6 biji. 


Hajat di hati mereka nak letak buah Peach segar, sekali timbang, tengok harga Rm12 henggit untuk 2 biji, terus letak balik haha.... Kita ambik buah Peach tin ajelah. Huh......serba serbi mahallah dunia sekarang ni!!! Eloknya buat aiskrim air masak jer dik hihi.....murah!

Sebenarnya kalau di timbang tara balik, mungkin lebih kurang sama harga jer. Antara jem, kaya dengan Nutella, ataupun antara Peach segar dengan Peach tin. 

Tapi biasalah rakyat marhaen yang serba kekurangan macam mak ni, seboleh mungkin nak berjimat waktu membayar katanya!

44 comments:

  1. sedapnya Pizza tu..memang projek menjadi la ni..kesian kat TLBD..terbantut hasrat nak membiskut..tggu time Nutella murah..haritu sura beli yg besar 15 hengget jer kat My Mydin..kalau time mahal jeling jelah kat Nutella tu..hihi..sesekali dapat kejap jer habis....gitula bila jarang beli..harap time murah jer...

    ReplyDelete
  2. Jomlah kita buat projek aiskrim malaysia je... :)

    ReplyDelete
  3. urmmmmmmmmmmmmm malas nak fikir2kan bab harga sekarang ni, kalau xder seratus dua, tak yah nak singgah kat pasar @ pasaraya, wat malu jer jika masa nak bayar tak cukup ongkosnya..

    ReplyDelete
  4. Nutella, setuju mmg mahal..mmgla sedap, mkn ngn biskut, roti...samalah kita, marhaen juga..

    ReplyDelete
  5. Bila balik M'sia, saya pun berkira bila nak letak barang dlm troli.. Ambil letak ambil letak, takut nanti juling mata dan menggigil tangan masa nak membayar :p

    Kadang2 rasa miskin pula bila di negara sendiri... Semua barang mahal weyh...

    Nutella, peach atau kiwi mmg tak termasuk dlm shopping list... Kalau lalu depan rak buah plum, sekadar tengok jer dari jauh... Mmg tak mampu nak beli :(

    ReplyDelete
  6. Sama la...kadang2 tengok bahan yang nak buat kek kalau mahal, memang takde nya nak buat

    ReplyDelete
  7. dalam mana rakyak marhaen tuuu...makan tetap sodap sodapppp kak oiii

    ReplyDelete
  8. wahh..kira menjadik lah ye kak semua projek anak beranak tu... perghh pizza tu kak,menyelerakan sungguh...klu abg Pae nampak ni mau meraung nak makan pizza plak.. hahaha...
    ais krim pun nampak cantik ja... hihi

    ReplyDelete
  9. Oh, ni kira Mak buat kelas memasak bersama anak-anak daralah yerk! Padanlah sampai Maghrib tak habis lagi membaking, mengoven dan sebagainya yerk ...

    Sedap tak pizza tu, Mak? Maklumlah katanya baru akil baligh hal-hal di dapur ni. Kalau Mak berterusan macam ni, Kak Ton pun nak kena pasang azam rajin di dapur jugalah nampaknya. Hai...menu apa agaknya Kak Ton nak tibai dulu yerk, nak masuk blog ni..... Pening arghhh nak fikir ^_^

    ReplyDelete
  10. salam, is pun rakyat marhaen jugak teringin la nak buat satu.

    www.iskandarx.com.my

    ReplyDelete
  11. hahaha..ais krim air masak tu win!!

    sian adik ipar I...meh,meh nak Nutella berapa botol, kak Sal kau belanja.haha

    ReplyDelete
  12. bagusla berjimat kan akak, bukan apa, untuk masa depan yg gemilang,,hahaa..
    betol, mak saya pon selalu tak sokong aktiviti tah pape kitorang, kitorang je yg tak paham why,,haha

    ReplyDelete
  13. Kalau dah aiskrim air masak tak payahlah kan dik.. ibu ni memanglah dia buat pizza boleh adik nak buat biskut nutella tak boleh ye. Kalau dah resepi dlm tangan mestilah jadi kan dik. Guna duti tabung aje dik buat biskut tu nanti masukkan dlm blog ibu. Nak juga auntie tengok:)

    Memang tak ada yg murah sekarang ni dinda. Bagus dinda buat pizza sendiri. Menggoda mata kanda ni sebenarnya:)

    ReplyDelete
  14. Terbantut sudah si Adik nak buat biskut Nutella tu Nom..
    Cuba ganti jer Nuttella tu dengan coklat biasa tu dulu..
    Kalau ok kejadiannya boleh dicuba dgn Nutella tu..
    Betul kata Auntie Zakie tu dik.. guna duit tabung tu dulu..

    Terasa sejuk jer lalu kat tekak CH ni Nom tengok aiskkrim Kiwi tu,
    Emmm nyaman nya..

    ReplyDelete
  15. smua mahal kak sekarang ni...huhu,.apa2 pon jgn lupa berjimat..

    ReplyDelete
  16. betul2 buat aktiviti yg boleh menjimatkan, menghasilkan wang, mcm hobi yg produktif, hobi wat blog, masak, jahit...semua boleh jd duit.x pun boleh mkn sendiri, pakai sendiri..

    ReplyDelete
  17. Sian nom adek tu tengah rajin nak mencuba ,tak cuba mana tau hasilnya.
    Memang mahal sungguh barang2 skg ...kakak pun kalau anak2 nak try resepi baru tengok2 budget dulu....insan marhaen katakan...kesian kan laki kita keja sorang ...abang ni pun sampai nak botak menanggung kami anak beranak nak makan hari2 lain nak belajar lain.
    Tapi melampau pulak buat aiskrim air masak tu nom....hehee!

    ReplyDelete
  18. yummy....sekarang semua barang dah naek harga....costs dah meningkat...huhuhu...

    ReplyDelete
  19. Cuba guna macam Nutella yang Gardenia akak. Yang tu rasanya RM8 aje. Murah sikit daripada Nutella tu. Rasanya pun sedap. Tapi kena tengok. nanti anak-anak buat makan macam tu aje. Sedap pizza akak buat. Nak rasa aiskrim sikit.

    ReplyDelete
  20. Betul tu akak. Sekarang barang mahal. Kena cari income sampingan nak tambah perbelanjaan keluarga.

    ReplyDelete
  21. Sedap aiskrim kiwi tu.Sekali sekala buat oklah. Nak buat hari-hari jenuh juga belanjanya.

    ReplyDelete
  22. mmg betul sngt hainom skrg kalai ke kedai 50 hengget ti dh mcm 10 hengget je nilai nua, jom lah kita buat aiskrim sirap ke, asam boi ke lebih murah hehe kann, mcm tingin je rengok pizza tu lah

    ReplyDelete
  23. betul tu.sekarang nak membeli kena fikir betul2. karang tak cukup budget pulak

    ReplyDelete
  24. piza ada., eskim pun ada., tinggal ngap jer., tuk mkn tekak sendiri pe salahnya kak., hehehe

    ReplyDelete
  25. Sama la dgn kite mak.. nak buat sesuatu tu kene buat kire2 dulu...kalau tengok cam berbaloi bole je teruskan...tapi kalau dah melebih2 tu kim salam...hehehe...pizza mak tu kan mahen nampak sedap bebeno...terus kite telan ailio 88x tau...tapi buah peach tu 12 hengget dpt 2 biji je memang cam mahal kedaung mak...dlm tin punye baru 8 hengget kalau tak silap....kite dulu masa anak dara kecik teringin nak masak...mak kasi teping gandum je semangkuk...pi buat cekodok kosong katenye...ekekek

    ReplyDelete
  26. Lapar lapar. Nak sikit

    Anak sy buat projek pakai dynamo. Habis sebotol dynamo dikerjakannya. Tepuk dahi maknya. Dah la dynamo tu mahal. Ater kalau dua 3 kali buat x botak kpla ke

    ReplyDelete
  27. Kadang2 cemburu tengok anak2 orang kaya dahlah makan tempat exclusive holiday sana sini lagi.

    Cuba hainom gantikan dengan bahan lain supaya minat dia tidak terbantut.

    ReplyDelete
  28. Salam sis,

    Saya langsung tak pernah makan Nutella ni. Apa rasanya.... Tapi mcm femes sgt produk ni kat oversea. Yg i pernah terbaca, ada pihak2 kat oversea sana suruh boikot Nutella ni pasal isu pokok kelapa sawit. Baru tau rupanya antara bahan utama untuk membuatnya ialah minyak kelapa sawit. Bangga la pulak...

    ReplyDelete
  29. kesian adik..terbantut hasrat dia nak belajar masak..
    buat aiskrim 1 malaysia pun ok jer..hihih

    ReplyDelete
  30. Sekarang serba-serbi mahal maakkk..
    Apa lagi nutella & kiwi tu.. ;-)

    ReplyDelete
  31. hahahaha...kalau dah siap biskut nutella tu pos kat sini sket yer. mak tu kalau kena pujuk dia sponsor la nutella tu.... hihihihi

    ReplyDelete
  32. pizza tu dapnya.ramai isi rumah macam macam xtvt boleh dibuat, kan okje.
    saya x sabar tunggu rania besar sikit lagi nak ajak buat eskerim jugak la.hikhiks da geng, kan !

    mmg betul, agak boleh dicari yg lebih murah dah berbaloi, itu yg diambil ..

    ReplyDelete
  33. tule..masterchef cilik nak buat projek nak ikut exactly macam resepi. samalah dengan 2 Abdul saya tu. nak alternate dengan bahan lebih cheaper...dia takut tak jadi. camne tu..

    ReplyDelete
  34. buat sendri pun mahal kan ... klu beli pun sama juga .....hmmmm kesian kite

    ReplyDelete
  35. Adik n angah kat rumah ni pun duk x abis dgn projek masak2 diaorng ni , baru lepas makan kek pelangi kukus home made by this 2 girl okje... layan kan ajelah kan bila cuti2 sekolah ni

    ReplyDelete
  36. Sedap plak tgk pizza tu. Resepi eskem please. Tempting nengok ☺☺

    ReplyDelete
  37. eh....mana pergi entri sambaran di ikea. tak sempat nak baca & komen

    ReplyDelete
  38. betul juga tu kan OKJE
    saya pun gitu juga. perlu timbang tara segala kos
    kadang kos buat sendiri lebih mahal dari beli...hehe

    ReplyDelete
  39. Mahal eh kiwi kuning ke tu? LM buat eskrim tu kiwi kuning laki duk bawak balik dua mgu berturut2 aritu dari psr mlm. Adalah 5-6 bijik kot sebakul kecik tu. nk buat eskrim letak la sket warna hijau sbb ank tak suka kiwi kuning. Huk huk

    ReplyDelete
  40. Setujulah dengan isu ni..Kita yang tinggal kat bandar ni banyak kos kena tanggung jadi memang kena berkira la utk benda yang kita rasa tak patut.. ada masa tgk orang beli tu, kita pulak beli ni..padahal gaji sma je, ada masa dia banyak simpan, tapi kita tak ada. Apa pun, jawapan paling tepat ialah ukur baju di badan sendiri..

    ReplyDelete
  41. Apa yang harga murah kat mesia ni...tu belum masuk gst lagi :(

    ReplyDelete
  42. huhuhu kannnn. tapi kak bebudak yang tak kerja tak masuk dunia luar macam kita yang dah jadi mak budak ni mana nak fikir macam tu sangat. macam kira la dulu. masa bujang kemain lagi nak shopping tesco je haaa. tak fikir dah mana tempat murah2, mana yang senang je pegi. tapi sekarang selagi boleh dapat tempat murah memang situ la dituju ;(

    ReplyDelete
  43. Tak ada yg murah sekarang ni okje .. serba serbi mahal. Huhu

    ReplyDelete