Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 4 February 2016

Di sebuah pulau yang damai

Salam Khamis......

Ada yang dah cuti ke hari ni ? Maklumlah minggu depan cuti panjang.

Kalau ikutkan musim musim cuti panjang cengginilah, masa yang tepat untuk bercuti di luar kawasan yek. Bolehlah pergi jauh sikit daripada ruang legar udara Malaysia hihi....

Maksud mak, koranglah ...... Mak, ginilah seadanya. Paling jauh pun mak pergi, ruang legar udara PD jer lah hihi..... Tapi untuk Raya Cina, hotel PD kebanyakkannya memang dah fully book ye. Minggu lepas baru Pak Jilap check. Biasalah kan..... kami ni, memang suka sangat, dah nak berak baru korek lubang.

Mula mula ingat gitulah. Nak merehatkan badan sambil honeymoon sekali lagi kat tepi pantai. Tapi nampaknya, honeymoon anganku musnah, kena balik kampung teman bonda huhu..... Ayahanda dan bonda sini pulak? Huhu...

Tulah tu, ada masa teringin jugak nak pergi bercuti jauh sikit, booking hotel siap siap. Tapi kadangkala rasa bersalah tu menebal dalam diri. Bersalah kat adik beradik lain yang bergilir gilir menjaga kedua dua mak abah kita, kita sedap sedap pulak berhoneymoon.

Memanglah mak bukan langsung tak menjenguk mereka. Mak kampung, paling lama pun, mak akan balik sebulan sekali, PIL pulak, insyaallah 2 minggu sekali.

Untuk lagi kerap menjenguk mereka, tak termampu dek badan yang dah semakin kilauan ni. Dengan anak anak yang kadangkala ada aktiviti sekolah hujung minggu, dengan Pak Jilap yang stress dengan kerjanya hari hari, mak yang duduk rumah ni pulak terasa flat hihi....

Gitulah perjalanan kehidupan menjadi anak yang ada ibu bapak yang uzur dan dah berusia ni. Banyak penjuru yang perlu difikirkan kalau nak berjimba mamba dengan family sendiri disebuah pulau yang damai.

Aduhhhh.....

21 comments:

  1. gitu la mak...hang sabo jelah bebanyak..mana tau esok2 Allah kasi rezeki kat hang terus pi pulau hawai sana...bole la menebeng pakai bikini bawah matahari...kahkahkah...pastu ni kite nak bagi nasihat sile dengo bebetol...hang kalau nak pi berak pi terus masuk jamban ye tak payah nak pi korek sana sini....kahkahkah

    ReplyDelete
  2. InsyaÁllah...ade rezeki nanti tuh..:)

    ReplyDelete
  3. Tulah. nak bercuti pikir jugak mak ayah dekat kuching. dari bercuti lebih baik balik kuching. tapi kalau balik kuching kena lama sikit cutinya baru puas.

    ReplyDelete
  4. Bagus menantu ni..
    Rajin menjengok PIL dua minggu sekali..
    CH kalau cuti panjang macam ni..
    Balik kg en suami lah nampaknya..
    Tambahan CH ni dah yatim piatu huhuhu..
    FIL jer lah tempat bermanja..

    Bestkan Nom dapat honeymoon diluar lingkup Malaysia ni kan..
    Dapat gi Korea pun jadi lah kan ..
    Boleh kita Authum In My Heart gitewwww :D

    ReplyDelete
  5. Tak apa akak. Ziarah ibu bapa kita akan dapat balasan yang setimpal. Mungkin dengan menziarahi mereka Allah SWT akan jauhkan musibah kepada kita. Dari situ insyallah lebih baik dari berjalan-jalan makan angin. Insyallah nanti ada masa boleh jalan lagi.

    ReplyDelete
  6. Bagus akak. Ziarah ibu ayah. Jumpa mereka selagi ada, bila dah tak ada, dah tak dapat pelung nak tatap wajah mereka.

    ReplyDelete
  7. Begitulah Mak kehidupan. Akan datang turn kita pulak sebagai makpak yang uzur. Saya ni pun kalau nak ke mana-mana adakalanya sampai tak beritahu adik beradiklah sebab takut apa pulak mereka kata. Tapi memang paling kasihan Ngahlah. Asal yang lain tak boleh menjaga, Ngahlah kena pikul tanggungjawab.

    Mami pun sakit juga di sana nun. Anaknya di sini dah susah hati sebab Mami tinggal sendirian aje sekarang di rumah. Dada hari-hari keluar. Abangnya dan keluarga dah tinggal di rumah sendiri. Mengharapkan pada abangnya ajelah untuk menjenguk Mami sesekali.

    Kita lagilah takda plan cuti panjang kali ni, Mak. Ingat nak balik kampung tapi tak tahulah jadi ke tidak!

    ReplyDelete
  8. raya cine i lepak santai dirumah jek, cuti thaipusam dah sakan berjalan hehe :)

    ReplyDelete
  9. raya cina kazen iols bertunang mak. Dekat kelantan sinunn. kemain jauh melantun. Huhuhu.. Plg lama aina, sebulan sekali balik. balik tengok mak n ayah rasa tenang n damai je hati btui x mak.. =)

    ReplyDelete
  10. sabor lah Anom akan ada hari nya nnt Anom akan senang2 beecuti honeymoon, buat masa ni bersabo lah dulu, Allah tau keikhlasan hati Anom

    ReplyDelete
  11. saya pun ingat nak bawak family gi PD...tapi tak tempah hotel lagi nih huhu

    ReplyDelete
  12. Mak ko untungnya ada ibu ayah lagi utk ko berbakti, aku nasihat kan baik ko jengah mak ayah kt kg, kt kg pun ada angin senja yg damai ape, sawah padi, pokok getah, ladang sawit, errr...

    In shaa Allah, ada rezeki cuti lain kali bole le nak berjimba mamba sekeluarga.

    Aku pon tkde plan nk gi memane, nk rehat secukupnya kt umh, laki aku nk gi panjat gunung ledang, lantak dialah, aku panjat bukit pun mengah, kui kui..

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah sampai nanti.... selamat bercuti CNY... cuti lagi...

    ReplyDelete
  14. betul tu...perlu membahagikan masa mengikut keperluan.

    InshaAllah nanti adalah tu masa untuk berhoneymoon..hehehe, saya tak pernah honeymoon berdua lagi dengan en.azmi tu

    ReplyDelete
  15. Selamat bercuti ya Mak
    In shaa Allah...tercapai jugak hajat nanti

    ReplyDelete
  16. Betul nak holiday tak senang hati bila mak bapa tak dijenguk, tambahan bila bagitau nak holiday macam rasa mereka nak ikut ja kan,mak bapa saya la :) mungkin tidak kut. Perasaan ja. Tu la bagus HO visit FIl kerap juga tu.

    ReplyDelete
  17. mungkin inilah perasaan mak2 bila tua ya. selamat bercuti mak

    ReplyDelete
  18. Balik kampung tu satu percutian jugak..lg best apa dapat tgok muka bonda..kesian sy ni yg dh takda mak ni tau.walaupun tak berapa kilauan.huhu..

    ReplyDelete
  19. betul tu.. bila anak2 ada aktiviti sekolah hujung minggu tak dapatlah nak bersuka ria... tapi okje untung la... mak ayah ada lagi... PIL pun ada lagi... bestnya!

    ReplyDelete
  20. raya cina ari tu aida lepak umah mak abah aje.
    mr.asben ada keje (enjoy dgn kengkawan dia sebeno nyer!)...

    ReplyDelete