Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 22 March 2016

25 Things Make Me Happy

Salam Selasa korang....

Oleh kerana ilham mak yang sentiasa ke laut sejak kebelakangan ni, mehlah mak merapu pasal 25 perkara yang buat mak happy. Sebenarnya  mak di tag oleh Kak Nooriah, Chef yang melotop lotop dengan resepinya yang mabeles dari Brunei tu dan Kak Saniah Ibrahim, isteri yang sangat disayangi oleh abang Burhan katanya ko..... Mau tak sayang kan, isteri baik lagi solehah cenggitu! 

OKlah.....yang pertama tamanya sekali...... Kalau zaman mak sekolah rendah dulu, mak happy sangat kalau dapat datang KL. Kalau cuti sekolah mesti pergi KL rumah kakak. Padahal masa tu kakak duduk rumah setinggan jer kat Keramat tu ha. Kalau tak silap, masa tu cuma Ampang Park jerlah mall yang paling gah kat KL ni. Masa tu kalau abang ipar belanja naik kereta bergoyang yang masuk token tu pun dah best sangat tau.
2) Dapat makan berger. Kat kampung, mak abah manalah pernah beli benda benda aneh cenggitu. So bila sesekali pergi KL dapat makan berger, abang ipar belanja memang best sangat rasanya! 
3) Bila dah anak dara pulak, perkara yang buat mak happy mestilah dapat kawen dengan Pak Jilapah, dasar gatal sangatkan hihi.....Umur 20an katanya masa tu, memanglah tengah mengenyam gitu. Mau tak happy kannnn!
4) Pertama kali mengandung, pertama kali scan baby dan pertama kali dapat tengok jantung baby berdegup. Masyaallah, happy sangat.
5) Setiap kali baby bergerak gerak dalam perut dan dapat rasa siku dan lutut dia terbonjol.
6) Mempunyai 3 orang anak yang dah besar panjang cenggini dalam usia mak yang sekarang ni . Alhamdulilah atas nikmat zuriat Ya Allah...

7) Setiap kali Hari Jadi mak. Bukan hari jadi orang ye hihi ..... Sebab ramai orang wish dan mendoakan. Kemuncaknya of course le sebab dapat hadiah daripada Pak Jilapah heeeee....

8) Dapat keizinan suami berhenti kerja pada tahun 2011.... Terasa lega, hilang segala stress mak selama ni weyh! Terima kasih paknya.....

9) Dapat cuti masak setiap hujung minggu

10) Bila dah cuti masak tu, wajiblah dapat makan luar kan.  Best woooo.... makan order! Balik rumah terus terbongkang hihi......

11) First time Pak Jilapah bagi allowance bulanan. Rasa happy sangat campur terharu ko. Menitis air mata mak weyh. Yeayyyyyy boleh enjoy!!! Haha....

12) Dapat tambah koleksi blouse kalau ada yang berkenan.

13) Berjalan jalan atau bercuti cutian sambil tido hotel gitu. 

14) Bila anak sulung dapat masuk universiti. 

15) First time blogger komen dalam entri yang kita tulis. Seronokkkkk sangat. 

16) Dapat ramai kawan kawan yang ohsem macam korang daripada berblogging.

17) Dapat cendera hati dari geng bloggers macam Kak Ton, Aisy Nasiha, Kak Yon, Cik Nor, Nor Azimah, Dedeq d Wishes, Cik Azliejah, Izan Mama Mia, Cikgu Etuza, dan paling best dapat Pemanggang Ajaib daripada Umialya. Terima kasih semua. Budi baik korang hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

18) Bila sesuatu tu 'menjadik' buat pertama kalinya. Macam buat pavlova ke, buat kek ke, buat pizza ke, buat roti ke.... Bangga mak dengan diri sendiri weyh, tak sangka pulakak boleh! hihi.....

19) Bila sesekali dapat berjimba mamba dengan jiran tetangga dan rakan taulan

20) Dapat mengubah suai susunan perabot dalam rumah mengikut citarasa mak hihi.... Nasiblah Pak Jilapah tak masuk campur pun dalam hal urusan rumah ni.

21) Bila anak anak baca Al Quran. Tetiba terasa sejuk perut mak yang ada bekas operate ni tau !

22) Dapat buat sesuatu yang tak dapat buat masa bekerja dulu. Harapnya dapat terus istiqomah. Syukur sangat. 

23) Dapat berkhidmat untuk bonda dan mertua. Moga Allah memandang walaupun khidmatnya tak besar mana pun. Tak de pulak gambo mak dengan mami aka mak mertua....hihi....


24) Dapat berselpie dengan pakwe berdua duaan cenggini. Tapi masih tak boleh lawan aksi romantik Kakcik Seroja dengan abang sadonya hihi...


25) Dapat drive Ferari baru! opsss.....

Udah selesai!.....Semput mak nak menghabiskan tau!!! Mak tag korang, korang, dan semua yang membaca entri ni yeh!

26 comments:

  1. Penat bca..wah bahgia rasanya...terbaik dri ldg

    ReplyDelete
  2. Bila lah CH dapat kegembiraan seperti no 8 ko tu Nom..
    Boleh CH terus berinovasi di dapur kesayang CH ni huhuhu..

    Bab anak membenjol2 dalam perut .. pastu terasalah siku lah.. lutut lah..
    terasa kegembiraan yg luar biasakan Nom..

    Hahhaa Kakcik memang ko tak boleh lawan selfie tu Nom..
    Header blog pun penuh gambar kakcik dgn abang sado :)
    Suka tengok.. sungguh romantik gitu kakcik :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah HO, sejuk hati anak masuk universiti abis quran ni, syukur, dapat ferrari lagi opps :)

    ReplyDelete
  4. orang yg baca n3 ni pon turut happy..
    suka pic last tu..cam orang muda bercinta..jeles ni..hihi..

    ReplyDelete
  5. No 10 tu yang best akak. Bukan selalu dapat buat macam tu.

    ReplyDelete
  6. No 15 tu ramai yang blogger suka rasanya.

    ReplyDelete
  7. No 25 tu rasa nak juga. Tapi tak tahu sempat ke tidak..hehe.

    ReplyDelete
  8. tumpang bahagia kak ... aku suka baca blog ko kak ...bila baca tu boleh rasa kejujuran yg akak selitkan ... hmmmm entah la

    ReplyDelete
  9. kalau akak happy.. saya pun happy jugakkk..

    boleh x macam tu?? ^^

    ReplyDelete
  10. amboi Mak, hepi betul saya membaca..kirim salam kat baju hijau tu ye..k bye

    ReplyDelete
  11. Best baca benda2 yang menggembirakan ni... rasa seronok sama... memeang entry aura positif la ni.....

    Tang kawin..prenant... dapat baby.. tengok baby membesar.. memang semua mak2 rasa sangat happy kan..

    ReplyDelete
  12. hahaha makk kita yang baca ni tumpang happy! alhamdulillah. Moga bahagia hingga jannah bersama pak jilapah n anak anak mak. amin.. =)

    ReplyDelete
  13. Seronok kak zai baca. No 25 tu boleh nangis kan nom dihargai sebagai isteri.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Pn Hainom...

    Suka baca...semoga sentiasa dalam rahmatNya...Doakan saya dpt no 4 juga ya....

    ReplyDelete
  15. Wahhh, anak2 dah besar tp maknya maintain mcm anak dara.. Menjelez jugaq ni, nak tips pls? Hehehe

    ReplyDelete
  16. ky happy jer tengok family Anom. no 25 tu yg best..boleh merempit..hihi

    ReplyDelete
  17. Amboi nom,memuji akak melambung2 pulak ya...ala kita kan sama saja suka dimanja suami...hehee.
    Suka akak baca semua 25 kegembiraan hainom tu...mesti banyak lagi tak terluah kan.

    ReplyDelete
  18. Tumpang gembira, tumpang bahagia, tumpang ceria, tumpang happy, tumpang berkat, tumpang seronok, doakan semoga krbahagiaan ko mak berkekalan hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  19. kita tumpang hepy sekali kan. tapi memang Nampak sangat bila dah berkeluarga. kebahagiaan tu lebih bila bersama keluarga kan ;)

    ReplyDelete
  20. Apa juga keadaan yang buat kita happy keluarga tetap datang dahulu kan...kita happy bila orang yg kita sayang happy.

    ReplyDelete
  21. nk tumpang naik ferari baru bleh., huhu

    ReplyDelete
  22. wow baru beli kereta baru ke?untunglah.hehe..

    bab pregnant nk merasa anak dok menendang kt dalam perut memang nikmatnya Allah saja tahu kan..setiap anak ada memorinya yg tersendiri

    ReplyDelete
  23. terasa bahagia membacanya mak...banyak nikmat untuk disyukurikan alhamdulillah

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya kalau diikutkan lebih banyak daripada 25 yang tersenarai nikan, Mak. Itulah bila kita imbau macam ni, terasa banyak sungguh rezeki yang Allah dah bagi tapi kita buat tak tahu jerk. Hehehe...

    Oh, no.25 tu I like sesangat! Bila nak bawa kita jalan-jalan pi Aeon Mall Shah Alam ni. Kita berdua-duaan aje sambil bergusti lengan atas jalan. Hahahaha!

    ReplyDelete