Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 17 March 2016

Angin Sepoi Sejuk Cameron Highland

Salam Isnin ......

Alahai..... bila berhari hari dah tak berentri, nak menulis balik, macam kena sawanlah pulak. Mak bizi weyh minggu lepas..... Banyak nau urusan dunia yang perlu diselesaikan. Tambah lagi Pak Jilapah cuti, faham cukuplah kannnn.....

So macamana cuti korang? Seronok? Tak seronok?  

Mak tak kemana pun. Adalah pergi Cameron Highland semalam. Buat jangan tidak, bercuti bawak budak budak kata orang hihi.....Tu pun sebab dah terlanjur pergi ke Tronoh sebab ada hal. 

Masa naik Cameron Highland hari tu, alhamdulilah tak jammed. Mungkin sebab hari bekerja kot. Alah,  tak kemana pun kat atas tu. Lavender Farm pun tidak, Strawbery Farm pun tidak, Ladang Teh Sungai Palas apa tah lagi. 

Cuma pergi Pasar Malam jerlah. Memborong ketam dengan udang goreng tepung! Jarang jumpa weyh benda ni kat Pasar Malam KL ni! 

Tapi mak sikit pun tak makan. Rasa loya pulak malam tu tengok benda tu semua. Agaknya dah banyak sangat membelasah sorang sorang cendawan shitake goreng kot hihi.... Perut dah penuh minyak katanya.

Satu lagi yang mak suka kat Pasar Malam Cameron Highland ni, tang jemput jemput Ä·eledek dia, walaupun benda tu senang nak buat, tapi kalau beli tetap mabeles haha......  Cuma yang tak bestnya, susah betul nak tengok orang Melayu kita menjual benda ni ek.

Pak Jilapah dapat beli madu. Bukan mak yang dapat madu yer hihi.....Tak cukup madu, dengan sarang sarang lebah dibelinya hihi.... Madu sebotol besar jem tu harga dia Rm25 henggit. Asli ke tidak, entah!


Mak dapat apa? Mak dapat selpie kat depan bilik hotel bajet jadiklah hihi....Best jugak hotel ni weyh. Snooze Too Hotel. Hotel baru. Jalan kaki jer nak ke Pasar Malam


Nak mengharapkan sejuk menggigil, jauh sekalilah kat Cameron Highland ni. Tapi bolehlah ....... dapat jugaklah rasa angin sepoi sepoi sejuk Cemeron Highland waktu pagi tu.

18 comments:

  1. Kalau dah dgn sarang nya tu pasti ori..Oklah tu murah sangat.Akak tanya haritu kat sini botol kecik je 30rm ,dah tu belum tentu ori.
    Bila mak dah selfie,kita orang dpt lah tengok wajah yg lama tak bersiaran ni.

    ReplyDelete
  2. mak hang tak borong stoberi ke? dapat tak memurah cam kite hari tu? bior le duduk hotel budget ke hape mak yg penting bersih...kite pegi hari tu tak sempat terjah paso malam...sampai pon dah nak dekat pkl 10 malam...best la hang sejuk2 kat sana...kiteorang kat sini melinjang kepanasan tau tak...hahaha...gambo last tu awat anje2 sangat senyuman nye tu...hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah ke Cameroon Highland rupanya ko ye Hainom..
    Patutlah sunyi sepi blog ko ni Nom..
    Dah kenapa pulak tak pergi ketempat2 yg popular tu Nom..
    Boleh apa guling2 menari2 macam cerita Diwale di kebun bunga tu Nom..

    Tak apa lah Nom ..
    Sekurang-kurangnya ko dapat madu Nom..
    Ehhhh Madu lebah pak jilapah tu hahahhah :D

    ReplyDelete
  4. lama jugak dah tak pi CH ...ada 3-4 bln dah kot ....
    dulu2 sejuk kak sampai kena berstoking mlm tak leh tido tp skrg ni hmmmmmm byk penerokaan tanah kot

    ReplyDelete
  5. bestnya g cameron.. lama dah x pergi..

    ReplyDelete
  6. haah.. best pasar malam dia tu..
    tapi last pergi setahun lepas..hahaha..

    ReplyDelete
  7. ramai review kata snooze too hotel tu ok..pasar malam dia memang best..kami tak smp lg.hahaha...

    enrahlah ekk susah nak bezakan madu asli n tak.masa pegi CH tempohari en suami beli jugak madu..rega 100..tp bodek2 dpt la 80..sekarang ni beliau memang setiap hari amal madu n cuka tin..utk kesihatan kan

    ReplyDelete
  8. Hai ketam lagi, sedap tu, sejuk angin kat cameron kan, orang kat bawah ni sangat la berpeluh, masam masam masin ni :) wah sarang lebah, makan tak abih la HO hehe..

    ReplyDelete
  9. waaah makk best nya ke CH. aina baru plan nak pegi bulan 7 nanti.. hihihi
    BTw, madu mmg baik utk kesihatan.. aina pun amal kan honey lemon setiap hari. =D

    ReplyDelete
  10. cameron ni sejuk time malam je..berbungkus tido

    ReplyDelete
  11. ohoooiiii ni yang tetiba nak mengidam naik Cameron cicah strawberi dengan garam kat atas tu!!! kihkihkih

    ReplyDelete
  12. Berhajat sangat nak ke Cameron Highland dah lama tak pergi last masa zaman muda2 dulu kot.

    ReplyDelete
  13. dah tak berapa cameron sekrang kan, sedap tu goreng2 tepung tu

    ReplyDelete
  14. teringin plak nk.ke sana. pertama kali hari tu pergi masa pregnantkan rania. baby moon katanya.hiks.

    ppppsstt: okje. mmg kene ikat la. saya pon bru terpikir nk ikat rantai n gelang skrg. ikut cara paksu ikatkan gelang tok. letak tali tangsi, benang.
    emas berharga skrg ni.. dgn nilai mata wang jatuh. perghhh.. sayangggggggg bangat..

    dh la dlu masa memula kawin hilang gelang kawin, subang. umh kene pecah masuk. dok kl pon umh kene pecah masuk. hilang subang emas juga. ni hilang rantai plak.mmg jodoh xpanjang la..

    ReplyDelete
  15. rindu nak naik CH.
    tapi tu la. lom ada time.
    ari tu kami gi musim ujan, nom.
    sejuk giler mlm.
    siang, ok ok ajer la.

    ReplyDelete
  16. Dapt selfie pun jadilah, Mak. Ni mencuba kereta barulah tu. Puaslah melenjan ya.

    La ni kalau nak rasa sejuk, tak payahlah pergi CH. Duduk dalam kereta dan buka aircond full blast pun dah sejuk menggigilkan, Mak ^_^

    ReplyDelete