Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 25 March 2016

Entri Bajet Bagus je

Salam Jumaat.....

Semalam mak bizi sikit. Bizilah daripada biasa..... Kalau selalunya petang petang mak banyak landing atas sofa buruk sambil blogwalking ataupun layan HBO movie, tapi semalam mak banyak atas jalan raya weyh.... Dah, dah ..... tak payah nak jeles sangat, korang masyuk ribu riban, mak apa ada? Masuk pun tak tentu tau ! hihi....

Anak sedara mak dari Batu Pahat mintak tolong hantar dia ke UKM.  Nak menghantar sel kulit katanya. Jangan pulak tanya mak lebih lebih, mana mak tau. Tu semua pasal projek master dialah tu agaknya. Sapa lagilah nak diharap kat KL ni kalau bukan mak usu dia kan...

Jenuhlah nak mintak izin Pak Jilap ni, tambah lagi waktu budak sekolahkan. Pak Jilapah ni satu spesis jugak weyh, dia ni susah sikit nak melepaskan mak keluar jauh jauh, kecuali kalau dengan anak anak. Jeles lew tu mak dah tak stress keje! Lagi lagi kalau mak nak berjimba mamba dengan kengkawan. Tambahlah banyak soal jawabnya! 

So malam semalam, perlahan lahan mak cakap  dengan dia akan hasrat murni mak nak menolong anak sedara mak. Tapi, make sure anak anak dia settle dulu katanya, baru mak boleh menyettlekan orang lain. Baik Tuan Anas!! Lepas hantar TLBD sekolah barulah mak bertolak ke TBS. Kebetulan pulak Angry Bird pun balik pukul 5 semalam so memang cantik sangatlah perancangan Allah tu....

Rumah >>> TBS >>> UKM >>> TBS>>> Rumah gitu kekdahnya perjalanan mak semalam. Nasiblah ada waze sekarang ni ek, memang membantu sangatlah untuk orang orang yang buta jalan macam mak ni.


Lepas settle semua, mak ajak dia makan kat Muhammad Chan, Bangi. Sebenarnya tekak mak yang lebih teringin Dim Sumnya hihi. 

Rasa puas, bila dapat tolong memudahkan urusan anak sedara mak semalam. Apalah sangat bantuan mak tu, mak dia aka kakak dan abang ipar pun banyak sangat  membantu mak selama ini. 

Eh......ni bukan entri angkat bakul tau korang, ni entri bajet bagus je haha.....

37 comments:

  1. anak buah dengan mak buah sama2 comel...hehehe...kire hang dasyat gak la ek mak memandu kat bandar2 camtu...kite ni tak penah berani nak bawak kete kat KL nun...gayat mak seriau je 24 jam...hahaha...paling jauh kite penah bawak setakat sampai negeri sembilan je...nampak sedap bebeno la dimsum yg hang makan tu...memacam kaler ek pastu nampak mengiurkan sungguh...tergoda ai tau :p

    ReplyDelete
  2. Yalah sedara yang duk KL lah yang boleh jadi peneman kan...
    Sama seiras lah anak sedara dengan mak usu nya...macam adik beradek gitu....cantek

    ReplyDelete
  3. takpe mak..berbakti pada keluarga kan mak..takde nyer org cakap bajet baik bajet bagus sebab memang bagus pun!

    ReplyDelete
  4. ehehehhe pak jilap tkt bila akak dh kuar berjimba tu lupa kt urusan anak2...
    sedapnya dimsum... akak nih bt org teringin je

    ReplyDelete
  5. mujur ada waze...hahahaa...
    sedap nya benda tu kak..nyummnyumm

    ReplyDelete
  6. selalu pegi mohd chan makan wan tan mee roasted duck je..sedappp ehehheh :)

    ReplyDelete
  7. Sambil menyelam makn dimsumlah ni keedahnya.

    Samalh dgn knor gerak jauh2 kna ada bodyguard.

    ReplyDelete
  8. bagusnya akak ni..macam ni lah mak sedara n pak sedara berhati mulia.giteww

    ReplyDelete
  9. hiks.
    mak usu yg baik.. alhamdulillah dpt mmbntu anak mereka pulak, kan !

    ReplyDelete
  10. baiknye mak usu dia. untung ade mak usu yang boleh bawak sana sini.
    betol lah OKjer, besar pahala pada orang yang memudahkan keje orang lain.
    manatau esok2 kita plak nak mintak tolong orang kan~

    ReplyDelete
  11. Bukan selalu pun dpt bantu anak buah. Anak buah pun dah macam anak kita juga kan dinda. Sekarang rumah kanda ada tambah satu anak tau dinda (yg dinda ingat kanda beranak lagi hihi...) itulah dia kerja satu tempat dgn abang cuma lain jabatan lain block bangunan. Pergi kerja drive kereta asing-asing juga. Duduk dgn kanda sekarang ni dah sebulan.

    So mana tahu akan dtg anak buah dinda tu pun dpt kerja situ duduk dgn dinda. Seronok juga kan ada anak di rumah ada teman nak bercakap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah kawen kanda....duk Batu Pahat. Mmg tak akan duduk bersama ler jawabnya haha....Dalam bab ni macam macam pandangan kanda, susah jugak kalau serumah sebab dia pompuan. Nanti serba salah pulak cik abg dinda duduk rumah sendiri

      Delete
  12. Seiras aje anak buah dan maksunya dua2 comel. Tolong menolong lps tu dpt belanja dimsum.

    ReplyDelete
  13. Malehnya nk ngomel arini, baca jer.
    Selamat berhari minggu...
    Selamat mengukur jalan ye...

    ReplyDelete
  14. mak buah tu cantik je memanjang..tunjuk gambar tak cantik satu..entah2 tak de..kan???

    hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak weyh....takut tak lalu pulak nak tengok nanti haha....

      Delete
  15. mak sedara lagi cun nampak sebaya ngan anak sedara dah tu ... bertuah betui akak dpt kulit gebulicin gitu

    ReplyDelete
  16. untungnya ada makusu yg cantik lagi baik..
    sedap pulak nampak Dim sum tu..:)

    ReplyDelete
  17. Dah sama cantik pulak mak sedara dgn anak buah ye ..
    Macam tu lah bila rumah kita yg dekat..
    Boleh lah kita membantu Nom..
    Dulu sepupu en suami pun ada gak minta tolong hantar ke CIAST tu.. 15 minit jer dari rumhah CH..

    Wah dimsum macam nak mencari pulak CH..

    ReplyDelete
  18. saya pon xknl sgt dia,hehhee,, tp sy suka pendapat dia..
    shawl tu, ad je kaler lain, tp tu la, kalo dh bekenan,,hahaha

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Anom, kaknoor ni kan tkde lain yang nampak selain dari dimsum tu jeee haha, ishhh hantu makan sungguh kannn

    ReplyDelete
  20. Bila tolong anak sedara ni rasa suka di hati kan akak.
    Dapat pula pekena Dim Sum di Bangi lagi lah terangkat.
    :-)

    ReplyDelete
  21. Suami akak risau tu.
    Takut jadi apa-apa kat luar jika dia tak ada bersama.
    sedap nampak Dim Sum tu.

    ReplyDelete
  22. Sampai Bangi rasanya nak kena pekena juga Dim Sum ni.
    Semoga dimudahkan urusan akak.
    bagus ada mak sedara macam ni ;-)

    ReplyDelete
  23. tu maknanya pak jilab syg sama 'mak' tau

    ReplyDelete
  24. kak Nom..emailkan JM alamat..ada ole2 for u..dah masuk sampul alamat je x de..emailkan ke jarimanis4ever@gmail.com eh

    ReplyDelete
  25. Mak.. mohammad chan bangi tu rasa mcm pernah masuk JJCM. Hihihi..Mak, bukan nak cakap apa tau.. nampak mcm kakak adik pun ado la mak n anak buah. dua dua cun. Hihihi.

    ReplyDelete
  26. terbaiklahhh.. (thumb up sikettt!!)
    mak sedara contoh ni.. hahaha^^

    ReplyDelete
  27. sedapnya dim sum..adoii

    mak sedara n anak sedara cam sebaya je kan..sama2 comey.huhu

    ReplyDelete
  28. Betul tu kalau kita ikhlas menolong terasa puas sangat hati kan tambahan yg ditolong tu anak saudara sendiri lagi lebih pahala tu.

    ReplyDelete
  29. macam nak sebaya je mak usu dan anak buahnya tu haa

    ReplyDelete
  30. lapar lagi la bila tgk dim sum....
    Ni yang rasa nak ajak cik abang dating kat restoran Muhammad Chan malam karang..hihi

    ReplyDelete
  31. yang mana satu mak usu, yang mana pula anak sedara?
    ecece haha.

    ReplyDelete
  32. Mak usu dgn ank sedara mesti xbeza byk tahun ni kan. Syok la tu dpt melayan dimsum sorg2 tu hihi

    ReplyDelete
  33. Lebih kurang aje perangai PakJilap dengan HD. HD pun sama gitu gayanya. Semua tak boleh. Kalau nak minta izin pun, kena pandai-pandailah susun ayat.

    Saya pulak berbeza. Jalan jauh dah tak biasa bawa kereta tapi setakat KL ni okeylah ada berani memandu.

    Mak dengan anak saudara tak boleh nak bezakanlah. Ni sesajalah tu ambil gambar berdua nak suruh orang pilih mana satu mak saudara, mana satu anak saudara. Kasihan anak saudara dia dapat mak saudara muda sepanjang zaman!

    ReplyDelete