Love this moment

Salam Isnin korang.....

Selamat bercuti kepada sahabat sahabat  yang bercuti panjang. Manfaatkanlah masa bersama anak anak dan orang orang tersayang tu dengan sebaiknya gitu. Contohnya macam berselfie bersama big boss ke, booking rumah banglow kat Forest City ke...... Meh le kita reramai berjiran dengan Daddy Ziyyad.... senang sikit nak pekse doktor! Free weyh.... hihihi....

Makkan balik kampung semalam . Jiran depan rumah bonda tu bagi labu. Katanya boss dia bagi. Dia pulak tak suka makan labu. So rezeki maklah dapat labu. Eh! Macam pantun pulak....hujung semua 'u' hihi....

Labu ni, mak memanglah suka. Tapi tang nak mengopek kulit tu, mak memang malas sikit. Kulit labu tu kan keras. Pas tu, kang tangan melekat dengan getah labu tu pulak. Dahlah tu, boleh naik lenguh jugak tau tangan mak yang sado ni kalau kopek labu sebijik haha.... Banyaklah alasannya......

Love this moment......( tercakap omputih pulak ko hihi....)

Memang love sangatlah bila tengok anak anak duduk semeja kat dapur cenggini, tolong mak dia. Terima kasih anak anak ibu! 

Huh....of course le memasing kena kerah dengan mak, kalau dengan rela hati memasing, memang tak ler gamaknya.... Tulah sapa suruh maknya tak minat masak? Padanlah muka maknya! Hihi....

Untunglah ada anak anak yang rajin ke dapur macam Lieya Latif, macam ko Yati......

Inilah hasilnya...... pengat labu penuh dengan love, love, loveeeeeee.....

Comments

  1. Sedapnya pengat labu. Kalau buat lepat pun sedap. Buat masak lemak pun sedap. Rebus je makan dengan kelapa pun sedap. Eh...buat bingka pun sedap...

    Hehehe... bab makan, apa yang tak sedap bagi kakcik kannnnn? :)

    ReplyDelete
  2. Hahhaha kerahan tenaga ye Nom..
    Jadi buruh kasar pulak anak2 ko tu Nom..
    Semua kena kupas kulit labu yg keras tu..
    Janji dorang enjoy..

    Perghhhh lama tak pekana pengat labu Nom..
    Sebelanga dpt labu ye Nom..
    Puas kenduri anak beranak tu..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak anak yg semua bedal cuma yg tengah jer CH. Yg abg lagilah memilih makan tu....cuma semalam kiranya dia buat pahala jerlah, kopek tp tak makan....hihi...

      Delete
  3. kiteorng anak beranak tak berapa minat gak dgn labu mak...jadi memang jarang2 ar nak jumpe labu dalam rumah ni...bila dah betol2 teringin atau mengidam je baru beli...beli pon setakat yg dah di belah2 tu atau cari saiz labu yg paling kecit...hehehe...gitu la suasana paling sweet kat dapo kan...sempat kite skodeng lauk ikan dgn udang kat hujung meja tu...hahaha

    ReplyDelete
  4. Haha sama la dengan aunty potong dulu baru kupas, duduk relax pun bole, love the momentkan Ho anak anak menolong. Dah jadi la labu made with love:)

    ReplyDelete
  5. saya pun peminat labu, macam2 boleh buat dengan labu ni. dah la murah kan

    ReplyDelete
  6. telan ayaqq liuq jelaa kita kat sini.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Bgus2 sesuai dgn tajuk..awak2 kopek..tdi mmd bru jer suka rela nk kopek petai tu nk mengelat dri kerahan buat latih tubi le tu..bknnya maknye tak tau., pndai dia mmbodek mak dia..
    Buat serawa labu kah itu...dulu2 sampai muntah mkn lbu.., asyik2 labu..lani nk bli labu fikiur 10x sbb yg mknnya teman sore jer..hrp juga org bgi..hihi

    ReplyDelete
  8. Rumah kanda pun sentiasa ada labu sebab kebun bapak ada org sewa selain tanam jagung juga tanam labu. Sesekali memang sedap dinda tapi kena selalu muak juga dibuatnya. Pengatlah, sayur lemak campur kacanglah, bingkalah lama-lama buat agih kat org..

    Tengok dinda punya pengat mulalah teringin nak buat juga.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya pengat labu, lama tak makan, rasa macam kena cari labu juga ni nak buat pengat..

    ReplyDelete
  10. Banyak nya alasan nak kopek labu ya nom....
    Kalau anak2 akak lagilah tak pandai ke malas nak tolong kopek ,akak juga yg kena buat kalau dorang nk masak.
    Kat rumah akak ni pun jarang sangat beli labu ,cik abang akak ni tak makan yg sejuk2 ni...kalau teringin juga akak masak time anak2 yang besar2 tu balik.

    ReplyDelete
  11. saya sampai kesudah tak pandai makan labu..kekee..lagi teruk yg malas mengupas tu..

    ReplyDelete
  12. dah lama tak makan ni,,, dulu2 mak saya suka jgk buat, skeg dah jarang,,
    laporrr..haha

    ReplyDelete
  13. amikla saya jadi menantu mak..bukan takat kopek kulit, nak buat cam halloween tu pun boleh..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki....so set date ar bila mak boleh masuk minang ni?

      Delete
  14. salam hainom ..
    labu klu dibuat apa sedap dimakan ..
    godok mcm tu pun sedap juga ..
    apatah di buat pengat ..
    bertambah tambah la selera

    ReplyDelete
  15. Rasulullah suka mkn labu tau mak, tapi aku tk brpa mkn sbb angin kekdahnya, so kalo org bg labu tersimpan jela dlm peti smp la agak2 bole buang, hu hu..

    ReplyDelete
  16. Rasulullah suka mkn labu tau mak, tapi aku tk brpa mkn sbb angin kekdahnya, so kalo org bg labu tersimpan jela dlm peti smp la agak2 bole buang, hu hu..

    ReplyDelete
  17. haha kita serupaaa...kita serupaaaa...suka makan labu tp malas nak mengopeknya..

    ReplyDelete
  18. salam Anom
    dah lama kaknoor tk masak labu ni sedap nmpk pengt Anom tu trliurr lah

    ReplyDelete
  19. Mak aiihhh...sedap pulak tengok pengat labu malam2 ni...

    ReplyDelete
  20. banyak alasan ko kak ek... lekit kt tgn lah... kulit tebal lah itulah ini lah hahhaha...

    lahai sedapnya pengat labu... tiba2 tingin nk mkn labu msk lemak lah pulak

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak,
    Sedap pengat labu makan dgn roti.. Masuk fridge bagi sejuk lagi mables..

    ReplyDelete
  22. Sedap nya maaakk.. haha tp bab nk kopek tu mmg la payoh. Kulit keras. Tp klu tekak nk makan labu tetiba je blh jd rajin. Hihihi. Terliur la tgk pengat ni..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Kak Hainom...sedapnya pengat labu...letak sekali dengan sagu...lagi saya suka...huhuhu

    ReplyDelete
  24. Teringin nk mkn tp kang badan penuh angin...sedapnya pengat labu..klau blik umah dptlah makann

    ReplyDelete
  25. Anommmmm, akak ada tag Nom cepat ke blog kaknoor amik tau heheee

    ReplyDelete
  26. Forest city...JB memang cepat membangun hingga menggerunkan rasa

    ReplyDelete
  27. ikut je cara saya . masak pengat labu dengan kulit dan bijinya sekali ... ada berani ... heh heh heh

    ReplyDelete
  28. sedapnya pengat labu.... dah lama x makan labu... huhu

    ReplyDelete
  29. labu sedapnya kalau masak lemak.ada smabal belacan ngan ikan masin. tp yg tak tahan anginnya tu...

    ReplyDelete
  30. Aiyooooo... sini pon bikin lapar jugak.
    dah lama tak merayap kat blog, alih2 banyak blog bikin lapar.
    bertabah lah.

    Zura pon suka makan pengat labu, tapi x pernah buat sendiri. kih kih kih kih

    ReplyDelete
  31. Wah dapat labu. Saya pun dapat labu balik kampung hari tu. Tak tahu lagi nak buat apa. Macam ok aje pengat labu ni. Kongsi resepi sikit akak. Nak cuba juga jika senang nak buat dia.

    ReplyDelete
  32. Nampak sedap pengat labu tu. Labu ada juga kat rumah ni.

    ReplyDelete
  33. Kat sebelah anak-anak kupas labu tu ada lauk sedap aje nampak. Siap potong labu baru boleh makan ker tu akak.

    ReplyDelete
  34. sedap nyer pengat labu...buat sayur labu pun sedap jugak ni

    ReplyDelete
  35. amboiiiiiiiiiiiiiiii geng, kemain lagi tajuk tulis omputih, sib baik member awak kt sini faham sikit2, x yah nak rujuk kamus bagai.

    pengat labu, sedapnya, ada lagi k?? erkkkkk entri dua hari lepas ya, ermmm dah sah2 abis..

    ReplyDelete
  36. untunglah anak2 dh besar..maknya malas potong labu boleh pass ke anak.muahahaha...

    ReplyDelete
  37. hahahaha sama la. malas nak mengerjakan labu. kalau teringin nak makan. balik kampong req kat mama. tak pun beli labu yang dah siap ptong sekerat sekerat dekat pasaraya tu. dasar perangai tak senonoh hihihihi

    ReplyDelete
  38. Gila sedap pengat labu...haihhhh... Kat rumah ni kalau buat pengat2 mak dgn apaknya jelah makan.

    ReplyDelete
  39. Jangan tak tahu, kita suka pengat labu dan labu masak lemak tau. Hah, jangan tak percaya pulak!

    Kita pun malaslah Mak kopek labu. Selalunya kita serahkan task ni pada HD. Nak suruh anak-anak, kecil lagi. Nantilah anak-anak dah besar sikit, kita bawa mereka tour of dapur rumah, tolong-tolong masak. Anak perempuan takda ni!

    ReplyDelete
  40. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts