Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 21 June 2016

Kisah semalam

Salam 16 Ramadhan .....

Semalam,  mak dah selamat memborong tepung bagai tu korang. Malu pulak rasanya. Membeli macam nak meniaga biskut jer gamaknya hihi.... Macam tak banyak, tapi boleh penuh pulak satu bakul! Harapnya janganlah jadi macam tahun lepas. Berbaki jugaklah 3-4 paket tepung naik sendiri. Jenuhlah buat jemput jemput pisang, tapi tak habis habis jugak tepungnya....


Cakap pasal jemput jemput ni, korang pernah try buat jemput jemput kurma tak? Pernah? Tak pernah? Sebenarnya mak pun tak pernah buat sampailah mak kawen dengan Pak Jilapah ni. Kiranya ni resepi ibu mertua lah. Dulu dulu masa mak mula mula kawen, asal puasa jer mami mesti buat Jemput Jemput Kurma ni weyh.

So semalam, apa lagi, mak menjemput le. Terus terimbau you nostalgia zaman makan Jemput Jemput Kurma bersama mami ni. 


Terima kasih buat blogger Yana Yani yang  mengepos kad Raya. Bukak laptop nanti mak linkkan blog hang ye Yana Yani. Rajin betul dia ni. Tahun lepas mak pun dapat kad Raya dari dia jugak. Hang ni kan Yana Yani, buat mak terimbau terimbau jer kerjanya puasa puasa ni. Nostalgia zaman anak dara menunggu posmen hantar kad Raya Pak Jilapah dulu dulu! Haih.....

Moga niat murni Yana Yani membantu sedara seagama Syria kita dipermudahkan. Kalau tak dapat benda ni mak pun tak tau pasal kempen ni. Kempen Ramadhan Al Khairi 4. 
1 Kempen 3 Projek
#Food4Syria
#Milk4Syria
#Care4Syria

28 comments:

  1. jemput jemput kurma? hishhh tak pernah terpikir pulak..almaklum otak tak berapa nak kreatif mengolah resepi..huuhuu..
    banyaknya memborong kak..buat biskut ape tu?

    ReplyDelete
  2. jemput kurma is fav my hubby .... ai punya jemput kurma tak leh celen mak die punya hahaha ...sbb aipunya semua ckp sedap mak mentua ckp mcmana eima buat .... ai buat dgn kasih syg je ..sama je resepinye cuma buat lebih awal; ...biarkan tepung tu dlm 1-2 jam sebelum goreng ...

    ReplyDelete
  3. Jemput-jemput kurma..
    rare bagi CH ni Nom..
    Cer tempek sikit resepi mak mertua mami tu Nom..
    Nak juga CH mencubanya..
    Mak mertua CH ajar buat ondeh-ondeh jer hahhaha..

    Nampak tepung tu..
    Sure berbalang-balang kuih raya homemade ko tu Nom..
    eeehhhh jap jap ..
    ada baca entri sebelum ni..
    bukan ke kakak hang ada jual biskut raya nom..
    Tak oder kat kakak ke..
    Bantulah adik beradik nom hihihi..
    Raya nanti minta maaf ye Nom :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat pulak Mak jemput-jemput kurma ni. Jemput-jemput bilis pun rare buatnya. Hahaha!

    Oh, dah dapatlah kad raya Mak ek! Untungkan ada kawan macam YY ni, nak raya aje hantar kad raya pada kawan-kawan. Nak membalasnya tu aje yang masalah. Zaman sekarang ni, kad raya dengan raya macam tak sinonim aje padahal penting tu saling ingat-mengingati. Sebab itulah dah masuk 2 minggu puasa, tak peduli pun nak cari kad raya. Bila dapat satu, menggelabah pulak dok fikir mana nak cekau kad raya, mana nak balas ni...

    ReplyDelete
  5. Nanti dah siap biskut tu hantar kat ceq sebalang dua tau. Teringin nak rasa biskut raya anum .

    ReplyDelete
  6. Serius jemput-jemput kurma? Sedapp?.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah buat lagi tp ramai kata sedap harus cuba ni...
    Rajinnya mak buat biskut raya ni macam jeles ni huhu...
    Betul tu klau dulu2 mesti tunggu posmen dtg, nak kad rayaaaa
    Dulu2 bole gantung2 skrg simpan dlm buku hihi

    ReplyDelete
  8. waseh.. OKje shopping kat Bagus ekk.. SB jamu mata saja tengok online barangan Bagus ni. Kat Kuching tak da branch kedai Bagus..

    ReplyDelete
  9. makkkkk...plissss le pos sikit mood raye tu kat kite...kite takde mood la mak...nape la taun ni T___T terlanjur tu pos sekali jemput2 kurma tu ye...kuikuikui...penuh la gamaknye satu meja sekut raya hang taun ni mak ye...tengok tepug tu hah sampai sebakul hang mengangkut...semoga sukses mak mesti sedap2 biskut homemade hang tu

    ReplyDelete
  10. Wah tentu merah raya taun ni dengan pelbagai kuih muih.
    Jemput2 kurma ni nostalgia zaman silam. Masa tu kurma yang lembik2 tu dibuat jemput2. Sedap aje.

    ReplyDelete
  11. amboi kak..blh tempah biskut raya ngn akak ni..:)

    ReplyDelete
  12. jemput2 kurma tu akak dah biasa makan sejak zaman budak2 lagi nom...dulu2 mak selalu buat masa2 bulan puasa.Sekarang ni pulak giliran akak yang buat bila suami akak yang tiba2 teringin....sedaplah bagi selera orang2 tua seperti kami ni.Hainom ,akak pernah makan jemput2 dodol tau yang sebelum tu akak tak pernah jumpa.Ada sorang akak angkat akak bagi memang lagi rare...

    ReplyDelete
  13. Mcm cekodoj pisang je rasanya, tau sbb penah buat kasi budak taska minum petang. Tapi hang punya tu awat penyek sangat?

    ReplyDelete
  14. amboih borong mcm nk bukak kedai je kak nom... bukak kedai cookies

    jemput2 kurma biasa dgr tp dana sendiri jarang2 bt

    ReplyDelete
  15. Jemput2 pisang jer knor suka buat,suka mkn..

    ReplyDelete
  16. banyak memborong bahan kuih raya tu sampai sebakul. terror buat kuih gamaknya mak ni ye. Eh! mak, cer tolong bagi sikit cara-cara membuat jemput2 kurma tu. teringin juga nak membuat sementara stok tgh melambak ni. tak pernah pulak saya makan seumur hidup. ni pun pertama kali mendengar jemput2 kurma.

    mak dapat juga ye, kad raya dari YY..tahniah ler.

    ReplyDelete
  17. suka cengkodok bilis je setakat ni.. hehehee
    Btw ema kacau you jap ! Ni ada tag awak tanpa sengaja , KAH KAH !
    http://www.vetovirago.com/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

    ReplyDelete
  18. Jemput2 kurma ... dah beberapa kali makan tp tak pernah buat sebab mak yg tolong masakkan .. hehe

    Amboi2 bertimbun tepung. Nik kalau tak dapat biskut bertong2 ni tak tahulah 😁

    ReplyDelete
  19. syok tengok orang dapat kad2 raya ni, lama dah tak tengok orang gantung2 kad raya ke buat pokok ranting kad raya ke.. dh byk kad raya dapat tu boleh buat tu mak ':)

    ReplyDelete
  20. thn lepas , mcm tulah byknya kami cari bhn biskut kat bagus . maka bersemangatlah my anak buah buat . Selepas balik kg beraya , mrk pandang je biskut yg mrk buat sebab dah jemu menghadap benda yg sama kat kg . Jadinya , thn ni bila di tanya nak buat biskut ke idak , jawapannya nanti x de org makan ... hahahhaaa ... bhn biskut thn lepas pun masih ada juga hainom ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  21. tak pernah makan pun lagi kak jemput2 Kurma ni.. boleh lah nak cuba nti sementara abang Pae tu duk suka Kurma.. bermusim suka makan..hihi
    wah! dapat kad raya? seronok lah... boleh gantung..:)

    ReplyDelete
  22. tak pernah makan pun lagi kak jemput2 Kurma ni.. boleh lah nak cuba nti sementara abang Pae tu duk suka Kurma.. bermusim suka makan..hihi
    wah! dapat kad raya? seronok lah... boleh gantung..:)

    ReplyDelete
  23. banyaknya tepung nak buat biskut raya ye, bolehlah pos dekat saya sebalang dua. tak pernah pun buat cucur kurma ni.

    bagus yana yani rajin bagi kad raya dekat kengkawan

    ReplyDelete
  24. Alhandulillah dapat kad raya kan.. sama la kita. Tu la tepung jenis tu ke nak buat biskut baru tau :)

    ReplyDelete
  25. Eh first time dengar jemput2 kurma okje... nampak sedap tu... acer share resipi.. heheheh agar2 kurma pernah la dengar sebelum ni... tu pun tengok kat tv... buat tak pernah lagi.

    Saya pun dapat kad raya dari yana...tq yana.. eh kat sini pulak berterima kasih kat yana... tak pe lah.. tumpang ye okje.. hahha

    ReplyDelete
  26. Mana jomput2nya ?
    cam ne nak buatnya?
    kena share.. ke i yg terlepas pandang.

    ReplyDelete