Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 1 July 2016

Cari mood RAYA

Salam 26 Ramadhan....

Akhirnya..... 
Ramadhan telah sampai ke penghujungnya, dan Syawal pulak yang akan menjengah...........

Apalah agaknya pengisian kita dibulan yang penuh berkat ni agaknya kan? Jahit langsir? Buat coklat chip? Huh.... tu mcm pengisian mak aje..... Semuanya pengisian duniawi nampaknya tu huhu..... Sedih!..... Kepada yang hampir khatam, tahniahlah ye! Korang memang haibat!

Walau apa pun pengisian kita, moga Allah mengampunkan dosa dosa kita hendaknya. Moga Allah menerima ibadah kita yang tidak seberapa ini.

Mana mana yang balik kampung, mak doakan moga korang selamat sampai ke kampung masing masing. Mana mana yang memgeram kat KL, moh le kita ronda ronda KL last kopek hihi....

Dah fikir nak masak apa ke Raya ni? Mak dah ambik kata sepakat, tapi kata sepakat dengan diri sendiri ajelah hihi......Mak nak bawak Nasi Lemak jer ke rumah PIL. Buat Sambal Udang, Ayam Goreng berempah, untuk kelainan, katanya Nasi Lemak Raya kan, kita gunalah Beras Basmathi. Barulah namanya Nasi Lemak di Pagi Raya haha....

Kalau nak jugak makan Nasi Himpit nanti mak masaklah jugak sikit buat jangan tidak. Masaklah sikit Sambal Kacang campur Daging. Pergh!! Mak dah bayangkan kemabelesannya tu.  Nak makan lodeh, kita tumpang ajelah lodeh biras mak hihi.....Dia pun masak jugakkan. Dah bertahun tahun masak benda sama di Hari Raya, sampai berlebihan tak termakan, biarlah tahun ni mak buat kelainan sikit. Kalau tak de sapa nak makan Nasi Lemak mak, mak kerahkan ajelah Pak Jilapah dan anak anak Jilapah makan hihi....habis cerita!

Di kesempatan ini, mak pun nak mintak maaf jugak ye korang, manalah tahu terkasar bahasa tanpa sedar masa mengomen tu, tahu ajelah bila mak dah kena sawan tu kan hihihi..... 

Selamat Hari Raya dan Maaf Zair Batin korang!

Udah, marilah kita ambik mood nak Raya, tengok gambo gambo Raya tahun lepas mak, berlatar belakangkan kelapa sawit maklumlah rumah mak jauh di pedalaman. Disamping bagi korang loya di pagi Jumaat ni haha.....


35 comments:

  1. ehhh mood raya ka dah posing raya ni....

    hai kak hainom sekeluarga...aRz juga mohon maaf banyak-banayak sekiranya sepanjang pengenalan ada terkasar bahasa...atau terlupa blogwalking dan sebagainya hehehe

    ReplyDelete
  2. ala... first time "ai" rasa sebak baca entri okje... (part yang awal tu je la...) tah macam manalah penerimaan Allah pada amalan-amalan saya bulan Ramadan ni. Sedih pula bila fikir.. entah-entah tak capai piawaian... (T_T)

    Awalnya mak bagi ucapan raya... janganlah... awal lagi ni... huhuhuh

    ReplyDelete
  3. Manalah tahu ada yg kanda buat terasa dan terkesan dihati dinda walau sekadar di alam maya mohon dimaafkan ye dinda.

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari kanda.

    ReplyDelete
  4. suka tgk gambar yg bj purple tu nampak romantik sgt kak nom ngan pak jilapah ... comeyssss

    ReplyDelete
  5. dana pun sama kak,
    mohon maaf zahir dan batin... almaklum suke ngaco akak kt blog nih, maafkan andai ada komen2 yg menyinggung perasaan kak nom

    tak blh betul dana tgk gambo raya kak nom sefamily... nampak mcm pak jilapah ada 3 anak dara... sama lbh kurang je muke 3 beranak yg perempuan tuh

    ReplyDelete
  6. Amboi ko dah ambil mood raya sungguh tu nom..
    Habis semua gambar selfie tahun2 lepas punya raya keluar...
    Mahu jiran ko meroyan nanti Nom..

    Nasi lemak raya ye Nom..
    Nanti CH singgah raya ye..
    Cer share location kih kihkih..

    Salam lembaran syawal Hainom..
    Mohon kemaafan jika ada salah dan silap sewaktu meninggalkan komen.
    Tahulah kan CH suka menyakat ko kan nom :)

    Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  7. inshaAllah...moga amalan kita diterima oleh Allah. Amboi..dah amik mood raya tu, seronok tengok gambar anak-beranak ni ceria je dah macam kengkawan bergambar je.

    Dikesempatan ni saya nak mohon maaf andai ada tersalah kata semasa komen2 diblog ni ye

    ReplyDelete
  8. Saya pun sama lah kak nom, nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf ye kalau ada ayat saya yang tersalah taip menyinggung kalbu.

    balik kampung nanti hati-hati di jalan raya tau, biar semua selamat tiba termasuk nasi lemak raya tu. Biar semua merasa...

    muka akak ni takde rupa mak-maklah. dah rupa adik-beradik saja. di mana kata dah tua sangat tu?

    ReplyDelete
  9. Wow maaak photo shoot eh! Hehehe..Insyaallah mak. Semoga semua amal kebaikan kita di terima Allah. Selamat hari raya maaf zahir batin ye mak. =) #teambalikkampunghusband. Hahaha..=P

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya kak dari orang yang memang mengeram di KL sentiasa..kekeke..

    ReplyDelete
  11. Suka tgok gambar raya korang ni.sempoi je..

    Sedapnya kuih kacang daging..sabaq je la mak kits ji berpantang.huhu

    Selamat hari raya maaf zshir batin juga ye.maaf dipinta andai ada terkasar bahasa tersalah mengomen sepanjang perkenalan

    ReplyDelete
  12. Akukan mak, sbb mak aku dh tkde, mood beraya dh lama hilang, sekadar raikan anak2 je, ko tya toklaki aku dah brpa thn aku tk beli baju raya, tp taun lps ada aku beli, tapi aku pakai taun ni plak.
    Ko bagi aku idea nk masak pagi raya tu, rasanya aku nk masak nasi lemak jugakla, bole? Tak bole, ada aku kisah, hahah, ko jgn marah mak ek.
    Sempena raya bakal tiba, aku mintak mahap bebanyak mak yo, mana tau aku ngutuk terlebih ke buat ko terasa, harap ko mahapkan ek.
    Eid mubarak in advance

    ReplyDelete
  13. anak lelaki seondon dgn ayahnya , anak perempuan lak sedondon dgn ibunya . teringat lak kat my kakak g pi cari baju raya minggu lepas . dia dan anak daranya sedondon merah . bila nak beli utk abahnya , dia tanya , nak ke abah pakai warna merah ? sudahnya si abah dan anak lelakinya caler biru jer ... heheheee

    ReplyDelete
  14. Keluarga bahagia.
    Macam adik beradik semuanya.

    ReplyDelete
  15. Mak , mak mana satu sebenarnya ... Mak dengan anak - anak macam sama je . Mak forever young . =) ... Ok mak , Nia pun nak ucapkan Selamat Hari Raya . Mintak maaf jika ada terkasar bahasa . =)

    ReplyDelete
  16. Salam aidilfitri dari kaknoor yg jauh ni hainom ya,kita manusia biasa mesti ada salah dan silap semasa dialam maya ni jdi maafkan kaknoor ya 0-0 ok

    ReplyDelete
  17. Skrg baru ada mood raya..mcm2 terfikir nak buat itu..ini

    Ceria beraya walau pic tahun lepas, cantik apa permandangan tu
    Apa apapun nak wish selamat hari raya, maaf zahir batin...mohon kemaafan jika ada terguris semasa berbicara

    ReplyDelete
  18. salam hainom .
    satu keluarga bahagia tu ..
    kira last entri seblm nyambut raya ke ..
    wes njalok ngapuro !!!
    opopun .. nyong jalok ngapuro jugak ..
    lopot ku seng okeh2 di ngapuro yor ..
    selamet lungo, balik kampong ..
    ojoh mangan okeh2 egek ziarah royo engko !!!

    ReplyDelete
  19. Misi kutip duit raya ke tu? kikiki

    ReplyDelete
  20. Mak tahun ni beraya kat mana? bakal menantu nak datang ni..hehe

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir & batin

    Love,
    Lya Afrina ;-)

    ReplyDelete
  22. suka tengok gambar, ceria je.
    anak dengan mak macam sebaya..tips forever young plss
    selamat hari raya..

    ReplyDelete
  23. Salam mak.. Tersengih lady baca coretan mak.. Nasi lemak pun boleh mak.. Keluarga jilapah kan ader..

    Mak, cantik2 gambar raya rahun lepas.. Ceria jer semuanya..

    Mak, ladypun nk ucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk mak sekeluarga..

    ReplyDelete
  24. Wahh mak, nasi lemak nak dibawa di pagi raya. Menarik tu. Mesti sedap mak masak nie. Hehe.

    Selamat hari raya mak dan keluarga. Mohon maaf ye jika ada terkasar bahasa komen kat blog mak.

    Semoga berbahagia di hari raya.. Raya ni seronok tengok budak2 yang excited lebih. Hehe :)

    ReplyDelete
  25. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~

    Menarik semua.😄😄

    ReplyDelete
  26. Sedap gak mak pepagi raya mkn nasi lemak...sebulan oiii tak jumpe nasi lemak...hahaha...haah ek kalau hang masak rendang lodeh bagai dah le sama le pulak dgn biras...bagos perancangan hang tu...kite kasi 4 bintang setengah...hahaha...selamat hari raya mak...mohon ampun dari jauh jika ada kesilapan kala mencoret yg membuatkan hang kecik hati yek.. T__T

    ReplyDelete
  27. Kite keje lg ni. Hu hu hu. Sedih sedih

    ReplyDelete
  28. Nasi lemak di pagi raya....
    Sama dgn mak mertua teman....raya ke 4 buatnya....

    ReplyDelete
  29. selamat hari raya mak, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  30. Tok tok tok..
    Raya lagi ke mak..
    Atau tak habis lagi cuci pinggan mangkuk..

    Selamat hari raya Hainom..

    ReplyDelete
  31. Walaupun 1 syawal dah seminggu berlalu, mood raya masih maintain...
    Raya sebulan katanya...

    ReplyDelete
  32. nom... selamat hari raya.
    jemput dtg umah.
    kat melaka :)

    ReplyDelete
  33. Buat Mak yang kuat selpie,

    Selamat Hari Raya ya, Mak!

    Walaupun hari ni dah masuk 22 Syawal, kira tak terlambat lagilah Kak Ton nak buat ucapan. Ini pun dah kira baik tau, kalau ikutkan mood Kak Ton dekat-dekat nak raya tu, lepas habis Syawal baru nak wish Mak, sekali harung dengan ucapan raya hajilah senang cerita!

    ReplyDelete