Pertemuan tak disangka di bulan Ramadhan

Salam Selasa korang.....

Dah Syawal ke berapa hari ini ek? Rasa macam lama beno pulak Syawalnya kali ni, agaknya sebab Open House tak habis habis lagi kot....

Ha, korang bila pulak nak buat Open House ajak mak ? 

Apa? Nak suruh mak buat Open House ajak korang ? Hish....orang suruh  dia, dia pulak yang suruh orang balik! Lupakan ajelah hasrat murni tu. Kita ber Open House di alamaya sudahlah yek. Malu you..... nak jumpa face to face dengan korang. Kelu pulak lidah nak berbicara. Elok elok asalnya mak peramah, kang tetiba pulak mak jadi pendiam pulak. Hihi....

Nilah nak ceritanya ni, sejak mak menjadi menjadi blogger ( bloggerlah sangat!!! blogger merapu yang lebihnya) 3 tahun lepas, rasanya baru tahun inilah mak  berpeluang terserempak dengan 2 orang Geng Blogger yang rajin berkomen kat blog mak dan sorang Silent Reader Puan Aisyah yang katanya pernah terserempak mak.  

Blogger pertama yang pernah mak jumpa adalah Ibu Lala. Ibu Lala yang pakai tudung pink cair tu. 


Mak terjumpa dia kat Midvalley, dalam Aeon. Masa tu cuti sekolah tapi tak ingat dah puasa ke belum. Masa tu kami memasing tengah duk belek belek baju. Belek ajelah yang lebihnya, belinya tidak! Hihi.... Masa tu kami terpandang antara satu sama lain. Dalam hati mak berteka teki tau. Macam ku kenallah orang ini. Betul ke dia ni Ibu Lala ek? Macam ye. Hajat di hati nak menegur tapi macam malu gitu. Kalau salah orang, tak ke bopeng mak weyh!! Hihi... Sampailah Ibu Lala pergi tempat lain. Dalam hati dah berniat dah, lepas ni kalau terserempak sekali lagi,  tak kira walau apa pun keadaannya, memang mak akan tegur jugak. Tapi sampai sudah, tak berjumpa lagi. Confirmnya bila Ibu Lala hantar message kat FB. Nampaknya memang tak berezeki kita nak bersembanglah ye Ibu Lala. Tak apalah, mungkin next time kalau Allah mengizinkan......

Sorang lagi blogger dah tentulah Jiran Sebelah Rumah yang kuat menyakat lagi mengumpat mak. Yang asyik nak mengajak bergusti je kerjanya!  Sapa lagi kalau bukan Kak Ton over perahsantan tu. Yang ni memang mak sangat sangat bersyukur dapat berjumpa. Lepas ni dia dah tak de chance lagilah nak menyorok!! Mak dah kenal hokey huahahaha.... Ingatnya dia boleh mengelak agaknya, dia tak tahu, walaupun muka dia langsung mak tak pernah tengok, tapi muka Bubbly Abang ngan Adik Cute memang mak dah siap siap saved dalam kepala tau!

                        

Kejadian ni berlaku masa mak berbuka puasa kat Bangi Golf Resort. Memang terima kasih sangat sangatlah mak kat TLBD yang beriya mengajak makan buffet hari tu sampai terjumpa Kak Ton

Mula mula tu mak ternampak anak sedara Kak Ton yang baru kawen hari tu. Jangan tak tau, otak mak ni memang cepat absorb merakam sesuatu ye, tambah lagi muka orang hihi.... Dalam hati terdetik jugaklah, jangan jangan Kak Ton pun ada sekali ni. Yelah, Kak Ton kan rajin makan berjemaah dengan kaum kerabat dia katanya.
\
Jantung mak ni dah mula berdegup degup dah ni. Mata dah melilau sana sini cari budak yang sama muka dengan Bubbly Abang tak pun muka Adik Cute. Tetiba..... dengan izin Allah boleh pulak ternampak Bubbly Abang dengan daddynya yang tengah queue nak ambik satey. Kalau dah muka bukan orang Malaysia sebelah Bubbly Abang tu, sapa lagilah kan kalau bukan Hubbydearie, Tengku Mahkota kesayangan  Mummydearie.... ( pleaseeee...... nyampah hokey nak sebut ni, hihi!!! ). 
Jadinya, memang tak salah lagilah tekaan mak yang Jiran Sebelah Rumah mak memang ada kat sini. Pergh!! Semakin bertambah kencanglah degupan jantung mak masa tu ko. Kalah nak jumpa boipren hokey!!

Bila sekali lagi mak terjumpa Bubbly Abang, memang mak tak lepaskan peluanglah. Mak tak nak pisang berbuah dua kali macam masa terserempak Ibu Lala dulu, apa lagi, mak teruslah tangkap tangan Bubbly Abang. Tanya mommy mana? 

Rupanya Kak Ton ada tak jauh daripada Bubbly Abang. Takut Kak Ton lari nyorok bawah meja, cepat cepat mak terus pikul Kak Ton tau,  makkan sado! Haha..... Memang nampak sangatlah muka Kak Ton tergamam masa tu. Macam kenal, macam tak kenal rupanya saraf otak dia lambat memperoses haha....

Tak sempat pun nak berselpie bagai, cuma sempat sembang, itu pun sekejap, maklumlah masa tu dah masuk waktu berbuka, perut pun memasing dah lapar nak melahap katanya. 

Begitulah cantiknya perancangan Allah..... dunia yang luas ini kalau Allah takdirkan untuk bertemu, tak mustahil kita akan bertemu jugak.

Macam baru baru nilah, boleh pulak mak terjumpa dengan ex-officemate kat KLCC. (Rasanya pertama kali ke KLCC untuk tahun ni walaupun katanya duduk kat  KL). Dia ni dah berhenti dan berhijrah ke Jeddah ikut suaminya yang menjadi lecturer kat sana. Sekarang ni mereka tengah bercuti. Kebetulan memang teringat ingat sangat dengan dia ni 2-3 minggu sudah. Alhamdulilah..... Allah perkenankan rupanya........... 

Abaikan lengan mak yang sado tu akibat memikul Kak Ton hari tu haha....

Comments

  1. adoi gelak saya sorang2 ni ha. sado sangat ke mak ni, sampai boleh pikul Kak Ton? Cuba describe sikit wajah Kak Ton tu, macam mana lah agaknya ye.

    ReplyDelete
  2. Indahnya perancangan Allah....berborak di alam maya last2 dipertemukan depan mata

    ReplyDelete
  3. Huahahahah! Berdebo-debo eh!

    Kita lagilah terkesima ya, Mak! Memang lambat betul otak nak proses maklumat. Bila tengok muka rasa kenal, tapi macam ya ke ni, ya ke ni, mana aku nak lari nih! Hahaha!

    Kalau saya kena macam Ibu Lala, memang buat-buat tak tahu aje. Malu punya pasal juga ^_^ Lepas tu buat-buat lupa terus. Hehehe!

    Yalah, Mak ni hebatlah. Itu yang tak disangka-sangka. Kalau nampak anak-anak kita, Mak mencari kita takpalah juga. Sedia maklum. Ni nampak Iwan aje tu pun boleh tahu itu anak saudara kita. Jenuh kita kena gelak dengan kaum kerabat malam tu tau. HDlah paling menyibuk bertanya. Malas nak jawab soalannya...

    Mak, statement last tu biar benor! Bila masa pulak Mak pikul kita? Bukan ke kita yang rangkul Mak dek Mak pun dah terkesima juga? Hahaha!

    ReplyDelete
  4. hebat kak ok je .... makan byk kismis ke ape ni .... cam je muka blogger .. hehehe

    ReplyDelete
  5. huntung la kak..sy ni jumpa alam maya jer..hihi

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt jumpa kwn2 di alam maya secara nyata kan kak nom....

    kak nom tu kalu terserempak org kot2 org tak perasan kak nom yg glemer tuh cuit2 lah yek...

    ReplyDelete
  7. Ishhhhhhhhhhhhhhh bagus betul ingatan awak geng, semua dalam kepala, salute abis2an..

    Gamaknya kalu terserempak ngan anak kecil kita kat mana2 cepat jer siasat..

    ReplyDelete
  8. citer korang memang lawak..nasib baik Abang tak jerit ingat ada orang nak kidnap dia

    ReplyDelete
  9. Yelah kalau muka bubbly abang dgn adik cute tu kalau kanda jumpa pun boleh kenal. Mana mungkin budak dua tu jalan sendiri kan.. rezeki nak jumpalah tu dinda:)

    ReplyDelete
  10. Hainom ...sayangnya tak de ke gambar selfie dengan MD,akak pun teringin nak tengok wajah mummmy anak kacuk tu.Dapat akak bayang kan keadaan masa tu mesti penuh debar...riuh agaknya bila dah jumpa gitu kan...

    ReplyDelete
  11. aduyai..udah mcm scene penculikan zaman dulu2..main pikul2! :D

    nanti kalau rayau IOI mall, terserempak akak..saya tegurlah, tapi kalau lidah kelu..ampunlah ya! Sblm ni dah terserempak suami dan anak2 akak...dup dap kot nampak akak. hahha

    ReplyDelete
  12. Elok lah tu dah berjumpa kawan gusti Nom..
    Tapi boleh lak ter kesima pula keduanya..
    Lidah kelu nak berkata..
    Mata bertentang mata hahahha..
    Kat komen blog kemain korang berdua kan..
    Ber degar-degar dok menyakat..

    CH kalau jumpa ko Nom..
    Memang ajak selfie..
    Pastu kita bandingkan lengan sapa yg sado hahhaha..

    ReplyDelete
  13. Suka dapat jumpa rakan blogger macam ni. Ikatan persahabatan terjalin kan akak.

    ReplyDelete
  14. Mesti meriah jadinya bila bertemu macam ni. Semua cerita keluar kan akak.

    ReplyDelete
  15. Comel betul budak dua org tu, pipi dia, geram tengok.
    Aku kan paling takut nak jumpa kwn blog nih, aku tak reti borak sangat, kat sini retilah aku nyakat, kalo jumpa kat luar harus senyap je.
    Sekian adanya, hihi

    ReplyDelete
  16. Comel betul budak dua org tu, pipi dia, geram tengok.
    Aku kan paling takut nak jumpa kwn blog nih, aku tak reti borak sangat, kat sini retilah aku nyakat, kalo jumpa kat luar harus senyap je.
    Sekian adanya, hihi

    ReplyDelete
  17. alahai rejeki mak la dpt ketemu mommy, kan.
    bestya

    salam aidilfitri mak
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.
    Cantiknya perancangan Allah.

    ReplyDelete
  19. Best nya anom jumpa rakan2 blogger
    Mmg terkedu jugak masa tu kan
    Malu2 kucinglah kononnya kan
    Rupanya anom dh jumpa MD bestnye akakpun tingin nak berjumpa jugak sbb dia selalu dok sembunyi sngt muka dia kan, bukan mcm kita ni kan selalu dok tayang haha

    ReplyDelete
  20. wah, bertuah badan boleh jumpa teman segusti di alam maya..
    yg tak tahan tu siap berdebar debar lagi..
    gambar mana? gambar mana? tak aci sungguh...

    mak, kita pun dah beberapa kali jumpa doktor PC...
    mmg dia terpinga pinga masa kita tegur dia...
    hahaha, terkesima habis..

    ReplyDelete
  21. haha...seronok giler baca cerita pertemuan ni
    kalau saya pun mau camtu jadinya
    maklumlah kenal pun kat dunia maya aje katanya
    tapi dahsyatlah okje
    boleh cam sampai ke anak sedara kak ton tu
    kalau saya cam muka budak berdua tu aje
    ni kalau saya, agaknya okje cam ke idak ye

    ReplyDelete
  22. Jejak kasih di alam nyata nampaknya

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.

    mcm aida komen kat entry MD.
    ada sekali aida tgh makan kat kfc.
    tetiba ada sorang lady dtg, dia tanya aida ni adianiez ker?
    ha ha ha tau ler tu blogger.
    bila di tanya camne kenal aida, dia kata dia sgt kenal muka nurin & syuhada.
    ha ha ha yes la Nom.
    masa tu 2 dara tu kecik lg.
    muka diorang ajer la terpampang kat laman blog aida tu :)

    eratkan sillaturahim dari maya ke nyata, kan :)

    ReplyDelete
  24. Kecik sgt ke kakton tu mak smp mak boleh pikul.hahaha..mak tak nak describe ke kutuk ke cmna rupa kak ton tu.hahaha..

    kan hebat perancangan Allah.Alhamdulillah bertambah erat ukhuwah bila dah bertemu ni kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts