Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 14 July 2016

Syawal di kampung

Salam Khamis ....

Maaf le weyh...... mak belum dapat ziarah Raya semua kengkawan alamaya. Insyaallah nanti pelan pelan mak sampai ek. Meh le kita sambung cerita Raya lagi..... sementara mood Raya mak tengah mengganas ni kan....

Selalunya mak kalau kat rumah mertua, Raya ke dua mak dah balik kampung dah. Tapi kalau sebaliknya pulak, cuti Raya nak habis, baru mak balik KL. Memang ginilah gamaknya ghuper menantu hantu hihi...... Nak mengata maklah tu! 

Kalau Raya pertama mak kat KL, rumah pertama yang di tuju haruslah rumah orang kaya kaya haha.... Eh, mak gurau aje, bukanlah sebab orang kaya kita tuju dulu. Ni sebenarnya rumah adik mak mertua. Dia kena stroke sejak tahun lepas. Tapi kelebihan dia, walaupun sakit, hidupnya senang. Biasalah kan dalam reramai adik beradik tu, adalah seorang dua yang kaya raya. Jadinya, kita tumpang makan sedap, pun jadiklah hihi.... 

Kemain lagi kan Pak Jilapah anak beranak tu, mentang mentanglah duduk kat sofa orang kaya, terus terlena tak hengat dunia...


Tahun ni pulak buat julung julung kalinya, keluarga mak buat gadering Hari Raya. Bergader gader dengan adik beradik dan anak menantu aje pun. Makanan semua tempah. Memasing cuma kena sediakan duit aje. Kang kalau masak bergotong royong, ada pulak yang bermasam muka, yang tu tak tolong, yang ni tak kemas so baiklah kita tempah aje! Marilah kita senangkan hidup kita di Hari Raya yang mulia ini haha.....Terima kasih kat anak sedara, Alyn dan Sapura yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni dari awal sampai akhir.  Terima kasih jugak buat abangku sudi sponsor rumah. dan khemah.  


Menu hari tu, Nasi Lemak, Sate, Laksa Johor , Bubur Cha Cha dan kuih muih. Alhamdulilah memang puas hati, makanan pun sedap! 


Time oranglah pulak senyum sampai telinga ye bang hihi.....


Dan saat yang paling mak suka tentulah dapat bergambar dengan adik beradik sepusat sepusing cenggini. Cuma yang tak bestnya 3 orang abang ipar tak de kat sini. Sorang dah meninggal dan dua orang lagi tak boleh nak join. Cepat teka mana satu adik beradik mak!

Kalau bukan Raya memang jangan haraplah nak bergambar cenggini. Maklum ajelah memasing umur pun dah hampir Maghrib, memasing lebih suka ikut kepala sendirilah hihi.....

Gitulah pusingan kehidupan manusia, perumpamaan umur yang dulunya Subuh dah jadi Zohor. Tengok ajelah adik bongsu diaorang ni,  umur pun dah masuk Asar  huhu....

26 comments:

  1. Saat yg paling happy inilah Nom..
    Dapat berkumpul adik beradik sepusat sepusing..
    Masa tu lah nak gelak ketawa..
    Tentu dah berderet cicit mak hang kan Nom..
    Dah anak2 semua pun dah kilauan emas...
    Sedang kan hang pun dah asar ..
    Apa lagi kakak dan abang hang ..
    tentu dah masuk maghrib terakhir hihihi

    Cara CH pulak Nom..
    Kita orang buat potluck ajer..
    jadi semua yg kena masak sendiri hahaha..
    Jadi tak ada nak masam muka , bila tengok ada yg tak buat kerjakan Nom..

    Cara hang pun OK nom..
    Sediakan ajer kepala agong tu..
    Orang lain yg penat masak hihihi..

    ReplyDelete
  2. nak meneka adik beradik mak tu, susah jugaklah.
    takde yg serupa pun...
    mak nak dekat asar tu ok lah lagi kan berbanding adik beradik lain dah nak maghrib hihi

    betul tu, gotong royong ajer yg senang, kita tak penat, bermasam muka yg tak seronok tu, tambah2 hari raya, baru bermaafan dah gaduh balik..tak syok lah kan.

    mak sedara pak jilapah tu mesti kaya sangatkan, tengok sofa tu pun dah tau.
    tp abang mak tu pun tak kurang juga, cantiknya rumah dia.

    ReplyDelete
  3. ok fine meriah nyerrrr raya mak oiii ! ghater ghater yang paling best !

    ReplyDelete
  4. hamboi2 kak nommmmm...

    mmg nampak jelas kak nom si bongsu yg paling awet muda...
    serono lah dpt bt gather2 gitu... seronok tak pyh bt keje makanan siap... ,mkn sambil gosip2

    ReplyDelete
  5. bestnya adik beradik ramai..meriah klu berkumpul..:)

    ReplyDelete
  6. lawanye rumah ... siap ade tugu menara istana ....

    ReplyDelete
  7. Gathering camni nk buat setiap tahun pun payah.sekali sekala dpt buat bergambar sakanlah kan.menu tempah pun janji semua puas hati..tak payah mak sibuk2 nk potluck..lgpun kami faham sgt la mak jilap ni cmna orgnya.hahaha gelak besar

    Mak yg paling bongsu ke.nmpk yg lain2 semua veteren..mak sorg awet muda disitu.hihi

    ReplyDelete
  8. Gathering camni nk buat setiap tahun pun payah.sekali sekala dpt buat bergambar sakanlah kan.menu tempah pun janji semua puas hati..tak payah mak sibuk2 nk potluck..lgpun kami faham sgt la mak jilap ni cmna orgnya.hahaha gelak besar

    Mak yg paling bongsu ke.nmpk yg lain2 semua veteren..mak sorg awet muda disitu.hihi

    ReplyDelete
  9. Bestnya nom dapat gambar dengan mak dan adek beradek.Akak rasa boleh cam wajah2 adek beradek hainom ,yang agak2 seiras tu.lah agaknya.
    Akak tak dapat nak gambar2 rupa gini sebab orangtua dh takde ni masing2 beraya rumah sendiri.Lagipun 3 teratas dah uzor almaklumlah nom masing2 dah maghrib...
    Pergh...pak jilap tu betul2 santai kat sofa orang kaya tu ya nom.

    ReplyDelete
  10. yelah betul mak-mak ni time raya baru nak bergambar, katanya bajunya dah cantik kan..

    ReplyDelete
  11. Mana tak tertido pakjilap tu ... dah tenggelam badan kat sofa mahal tu ... hehe
    Mesti best bila dah berkumpul2 camni kan :)

    ReplyDelete
  12. Cantiknya rumah. Sy kalau nak gambar meriah dgn ipar duai aje la. Maklum la x de adik beradik.

    ReplyDelete
  13. kak oi bila masa pulak sy ni org perlis ... kite raya johor le ..pastu blk langkawi

    ReplyDelete
  14. seronoknya Syawal kalau dapat berkumpul adik beradik...inikan syawal....berikan masa...Selamat hari raya kak hainom dan sekeluarga

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya mak jilap..bila nak ajak saya bergambar sekali ni..haha

    ReplyDelete
  16. Baru muncul ko ye mak, amboiiih...meriah sakan beraya yea, seronok kan ada adik badik ramai, tambah meriah bila memasing bwk ank2 balik, aku adik badik tak ramai,dahla tak ramai, mak pun dah takde, diorg takmo balik, sedih aku mak.
    Aku suka blk umh mk mentua aku, adik beradik suami ramai, ank buah pun ramai, meriah.

    ReplyDelete
  17. Baru muncul ko ye mak, amboiiih...meriah sakan beraya yea, seronok kan ada adik badik ramai, tambah meriah bila memasing bwk ank2 balik, aku adik badik tak ramai,dahla tak ramai, mak pun dah takde, diorg takmo balik, sedih aku mak.
    Aku suka blk umh mk mentua aku, adik beradik suami ramai, ank buah pun ramai, meriah.

    ReplyDelete
  18. salam nom ..
    bila berkumpul ramai mcm tu ..
    belah malam anak sibuk kira duit raya la yer ..
    meriah royo mu ..
    iso guyupan sedulur kabeh ..

    ReplyDelete
  19. tengok sopa pun tau dah kaya tu haa..alhamdulillah seronok tengok orang kita yang kaya2 nih

    tu abang nom pun tak kurang kaya juga tu, tengok rumah pun tau dah tu.

    Seronokkan dapat berkumpul ramai2 cenggitu, mesti seronokkan dapat makan2 dan jumpa ramai2 macam tu, tempah katering pun ok tu sebab kita tak penat,cuma penat makan jelah kan

    tak dapa nak teka mana satu adik-beradik tu mak, tak nampak yang serupa dan sedondon wajahnya tu

    ReplyDelete
  20. Syoknya raya ramai-ramai..
    Meriah nampaknya Mak

    ReplyDelete
  21. besar keluarga Nom.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  22. adoii x tercari la sedara sepusat seousing mak.. muke takde iras..
    payah nau,nk ngesan.hiks

    seronokkan dpt berkumpul reramai,gini

    ReplyDelete
  23. Bestkan bila berkumpul beramai-ramai adik beradik. Macam-macam cerita nak catch up. Tak sudah-sudah nak bergurau senda dan berborak sakan. Kali ni pun Kak Ton dapat berlama-lama sikit di rumah kampung. Serius seronok sebab kebetulan semua pun turn balik ke kampung di Batu Pahat. Riuh-rendah semuanya!

    ReplyDelete