Bakal Mimpi Indah

Salam Rabu.....

Bab bab cari makan hujung minggu ni selalunya mak pergi tempat yang biasa je. Selain dah biasa dengan makanannya, mak nak mengelakkan orang naik darah pagi pagi hihi....... Orang lapar katanya, haruslah cepat marah ye dak......

Kadang kadang tu teringin jugak nak cuba tempat lain. Yelah.....kalau duk ulang makan kat situ jer minggu minggu. Jemu jugakkan.... Macam Kak Ton tu. Kan best cenggitu.  Duduk KL, sarapan kat Umai Putrajaya. Disamping perut kenyang boleh cuci mata sekali. Mak jugak yang sampai sudah tak sampai lagi kat Umai Cafe ni Kak Ton weyh. Pergi dalam mimpi ajelah gamaknya. Nak buat macamana...... dah laki ai tak adventures katanya..... Hadap ajelah ko.

Hari minggu baru ni ada hal kat Kuchai Lama. Dah terlanjur ke arah sana tu, mak cadangkan kita bersarapan ajelah tempat lain dari biasa. Bab bab mencari tempat makan ni mak serahkan ajelah pada Pak Jilap sebab dia rajin menggoogle. Mak ingat dia dah jumpalah tempat makannya, sebab dia ada cakap sarapan kat Bandar Permaisuri. Dalam perjalanan tu lalulah jugak simpang simpang kedai yang biasa mak makan. Mak cakaplah kita makan ajelah kat kedai yang biasa tu sebab mak tahu kalau tak jumpa kedai makan ada orang yang bising kang ...... Malas nak layan! ......

Betul bagai di kata, memang tak jumpa kedai makan yang berkenan dihati. Nak kata kedai tak banyak, memanglah banyak. Kedai tepi jalan pun ada, rumah kedai pun ada. Kata orang, alang alang dah pergi lain tempat tu kan, carilah kedai yang best sikit. Puaslah pusing Bandar Tun Razak, Bandar Permaisuri tu. Mak cadangkan ke Restoren Sang Dewi ajelah. Asyik baca review Kak Ton je, perginya tak pernah pun. Manalah tahu terjumpa Datok Siti ke, bolehlah selpie sampai fengsan hihi....
Dah terlepas jauh katanya. Padahal masa tu baru je nak masuk simpang Bandar Tun Razak, Boleh je kalau nak U turn. 

Lastnya makanlah kat satu kedai ni. Kat kawasan mana mak tak ingat. Tapi barisan kedai besi tepi jalan. Bolehlah..... pilihan pun banyak, macam macam ada. Pak Jilap dengan anak beranak dia ambik nasi lemak, mak ambik nasi himpit kuah kacang dengan rendang daging. 

Ada jual jugak pulut dengan kuah durian.
Wahhh.... makan ni bakal mimpi indah ni kak!! Orang yang jaga pinggan tu cakap. Orang tu lelaki Indonesia. Mak dengan TLBD gelihati pulak dalam hati! Maksud dia sedap sangatlah kot ek....


Walaupun nampak macam tak selera, tapi sedap oiii...... Pulut tu diaorang kukus kot tu yang jadi sedap, keras tapi masak. Malam tu, tak sabar nak tidur, kotnya Mimpi Indah hihi......



Comments

  1. Hahaha😆😆😂😉
    Mimpi makan mmg lah indah nom oiiii...
    Tapi tu lah boleh kenyang ke..
    Setakat serawa duyan tak yah mimpi nom..
    Rugi masa tido jer hihihi

    ReplyDelete
  2. mulut manis sungguh mamat Indon tu meng ayat ya nom....memang lah sedappp sangat pada pengemar durian.Takut2 mimpi mamat tu pulak nanti...hihii

    ReplyDelete
  3. SA x leh makan pulut..kalu makan walau sikit sure semput...dh lama x berpeluang makan pulut..

    ReplyDelete
  4. a'ah la. nampak gambo mcm simple bebeno.
    tapi sedap fullamak ekk?
    camtu la kita nak. jgn rupa bukan main, tapi rasa? nan hado...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. dh mimpi indah belum kak nom?

    ReplyDelete
  6. ko jgn mak kang tetiba temimpi jejaka indon yg kat kedai tu kang...hahaha...lamanyeeee lahaiiii tak makan pulut durian cengini...kalau dpt kompom mimpi indah gak...hahaha

    ReplyDelete
  7. aah, tgk rupa mcm biasa jer...
    rupa durian pun xde...

    hari tu beli 4 biji durian sbb nak buat pulut durian...
    sekali terus licin dibelasah budak2 ni...huhuhu

    pagi esok jgn lupa update apa yg indah sgt tu hingga terbawa ke mimpi....

    ReplyDelete
  8. Sama le kita citer pasai pulut..pulut doyan ker tu

    ReplyDelete
  9. Sama le kita citer pasai pulut..pulut doyan ker tu

    ReplyDelete
  10. hahaha ooo tu yg maksud tajuknye .. keh keh keh

    ReplyDelete
  11. hahaha, bakal mimpi indah. Dah mimpi ke belom mak?

    ReplyDelete
  12. Sedap sgt tu yg smp boleh mimpi indah..bgus tu ayat mengayat dia lariskan jualan.hehe..

    Kakton laki bini memang adventures.suka habiskan masa kt tgh jalan.kita ni pi mai pi mai makan tempat sama senang..tak sakit hati dh pergi jauh2 makanan tak sedap.haha

    ReplyDelete
  13. Manis juga mulut si penjaga pinggan tu...nak beri tahu ia sedap tp ayat berbunga2 huhu
    Sedap ke...nmpk simple aja menunya

    ReplyDelete
  14. first time dengar pulut tu kukus...perghhhhhhhhh sedap yer

    ReplyDelete
  15. selemat bermimpi indah kak hainom...ada kaitan dengan entri manjakani tu ker hahaha

    ReplyDelete
  16. habis tu mimpi indah tak mak? hehehe

    ReplyDelete
  17. Mak, Restoran Sang Dewi hari Ahad tutup ya, Mak. Kalau hari biasa pun bukanya lewat. Pukul 10 pagi macam tu baru nak buka kedai! Jangan sampai awal sangat. Kalau Mak ikut jalan belakang lalu BTHO, Alam Damai, sampai dah Giant Tmn Connaught tu kan Mak! PakJilap ni sengajalah tu terlepas jalan, simpang, traffic light bagai!

    Kat BSP tu, mamak banyaklah, pilah Q Bistro kalau nak mimpi indah dengan mamak ^_^ Tapi ada satu kedai kegemaran KakTon ni, lupa pulak nama kedai tapi belakang tadika anak bujang Kak Ton, kedainya warna purple. Makanan sodap Mak! Lambat sampai dah habis!

    Conclusionnya ni, Mak mimpi apa yang indah sangat tu, cer ceghita sikit Kak Ton nak tau!

    Minggu ni Kak Ton nak pi cari bekpes kat Shah Alam ya Mak eh ^_^

    ReplyDelete
  18. Habislah okje kena manderem dengan orang Indon tu... hahahah tu yang sesap sangat tu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts