Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 29 August 2016

Buffet tengahari Rm8 henggit

Salam Isnin .....

Macam biasalah kan...... mak kalau hujung minggu memang jarang ke dapur. Pakej terus cuti masak 2 hari satu malam haha....

Biasanya hujung hujung minggu gini Pak Jilapah sarapan kat surau. Maklah jugak yang besarkan bantal. Melingkau lingkau atas katil macam ular sawa hihi....Entah apa lah nak jadi!..... 

So, kalau  Pak Jilapah dah kenyang, mak pun senang hati sebenarnya,  tak payah dah nak buat sarapan, setakat perut mak dengan anak anak ni, apalah sangat..... makan ajelah apa yang ada kat rumah, tak pun, makan ajelah apa apa yang ada kat kedai tu hihi....

Dan selalunya tengahari tu memang misi mencari makan bermulalah. Macam minggu baru ni, jalan punya jalan tersampai pulak ke Senawang. Masa pusing pusing tu ternampak pulak kedai ni.


Sebelum orang tu naik hantu sebab lapar mak cadangkan cepat cepatlah kita singgah, kang tak berjumpa kedai makan, mak jugaklah yang susah. Lagi pun, nampak macam menarik jugak kedainya. Kedai pun luas. Orang pun tak ramai.

                 

Rupanya kedai ni style buffet. Boleh makan sampai lebam tapi tak masuk minumanlah. Lauk pun boleh tahan banyak. 

Macamanalah boleh tak pernah perasan kedai ni. Padahal selalu jer lalu Senawang kalau nak balik kampung tu.

Dua dua tu mak punya pinggan hokey! Yang kedua tu mak menambah lauk. Alang alang boleh tambah katanyakan hihi..... Pak Jilapah pulak menambah ikan caru sambal.

Bagi mak memang ok sangatlah. Sekarang ni mana nak dapat Rm 8 henggit kalau lauk macam macam??

Budak budak ni bukan main lagi, order Fresh Orange memasing. RM5 henggit segelas you. 
Sesiapa yang teringin nak makan buffet tengahari RM8 henggit bolehlah cuba!


26 comments:

  1. Uikssss Nom..
    Memang murah tu..
    Selalu juga lalu senawang kalau balik kg en suami..
    Kena save lah alamat tu..

    Sakan ko menambah ye Nom..
    Mentang2 buffet..
    Makan sampai lebam..
    Penuh lauk pauk dalam pinggan ko tu Nom..
    Nom lain kali bawa air dari rumah sendiri hahahhaha.

    ReplyDelete
  2. murahnya buffet regenya tu.

    ReplyDelete
  3. Oh... yang ni Kak Ton belum pernah sampailah! Jauh kat Senawang yerk! Tapi takpa, nanti-nanti akan Kak Ton usulkan pada suami tercinta supaya membawa kami melantak di sini ^_^

    Tapi nama restoran ni macam pernah pulak ternampak. Tapi, di mana ya...

    Oh, ya Mak! Ada satu lagi buffet RM8 di Meru kalau tak silap. Yang itu, dengan air minuman pun free!

    ReplyDelete
  4. bagus lah kak nom... dana lak terbalik, sabtu ahad selalu nya mmg masak sbb hari keje kadang dana mls masak hehehhe

    mmg murah gile lah bufet gitu, rm8 mana nk dpt kak oi... cuma air lah mahal skit... kire ok lah mkn rm8 blh mkn sampai sengkak air je mahal skit

    ReplyDelete
  5. Singgah pagi isnin...
    murahhhnyaaa...

    ReplyDelete
  6. jauhnya sampai ke Senawang. Tapi takpe lah kan mak, nasik pauk-lauknya dah murah. tak sia-sia datang makan situ, boleh tambah-tambah lagi.

    tapi minuman dia, saya pun rasa mahal jugaklah sampai rm5.

    ReplyDelete
  7. Asal hujung minggu, SB pon gantung jap periuk kasi dorang cuti dari memasak..
    Agak berbaloi gak harga tu, OKje. Nampaknya lauk semua boleh masuk tekak dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  8. Kalau tengok lauk dia berbaloi tu dinda dgn harga RM8/-
    Sebab kalau kita nak masak semua lauk tu semua manalah sempat utk makan sekali hidang kan.

    ReplyDelete
  9. menyesal baca entry ni time lunch hour...\
    nak keluar malas, jadi telan air liur banyak2 bile baca entry ni :p

    Murah sgt tu mak...
    Rasa skrang jugak nak start enjin kereta p makan kat sana... hahaha

    ReplyDelete
  10. salam nom ..
    ok la lunch set buffer rm8/ ..
    blh makan2 puas2 kan ...
    warek ndelok gambar2 mangan mu

    ReplyDelete
  11. hallaaa kita suka sangat makan lauk-lauk macam ni feel dia macam kat umah tauuu..

    ReplyDelete
  12. Mmg murah, berbaloi makan hingga kenyang..
    Klau dekat nk juga pergi

    ReplyDelete
  13. weyhhhhhhhhhhhhhhh biar betul.. RM8 jer, murah sangat2

    ReplyDelete
  14. kalau macam ni memang murah giler tu...siap boleh menambah lagi tu

    ReplyDelete
  15. Buffet murah tapi fresh orange macam mahal.

    ReplyDelete
  16. alaa... awat x amek gmbq lauk skali. klu murah2 ni bleh pi ni. hehehe

    ReplyDelete
  17. ishh pada lieya okey sgt harga tu kak...lagi2 pilihan lauk mcm2 ade....kalo dekat dah heret laki pi terjah heheeheheh....kalo lieya ni nasi amik sikit, lauk jek byk pastu rase semua sikit2 hahaahahah...dasar kan !!

    ReplyDelete
  18. Wahhh... murah tu lapan hinggit jer. Sedap tak.

    ReplyDelete
  19. Murahnya ...Boleh tambah2'lauk tu yg best tapi bagi akak kalau untuk jalan2 ok lah....tapi kalau semata2 ke sana tak berbaloi minyak kereta.

    ReplyDelete
  20. mak aiii mrahnya.
    bile bile terlepas ke sanaa blh lah singgah

    ReplyDelete
  21. giler murahnyaa....mak aiiii daa lar sedappp tgkkkk

    ReplyDelete
  22. wah murah tu makk, lauk2 pun nampak sedap tu haa

    ReplyDelete
  23. Murah dan nampak sedaplah okje... ish lapor pulak perut dibuatnya...

    ReplyDelete