Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 3 August 2016

Tapak Dara

Salam Rabu.....

Ni baru betul ulat dah naik ke daun........  hihi.....

Habis botak seluruh daun dia kerjakan. Mak perasan campur ni, dah 2 kali pokok bunga ni botak akibat amukan ulat and the gang!  Apa ke nama ulat ni? Entah!


Mungkin sedap kot daun bunga Tapak Dara ni.......Kalau Tapak Kilauan tak hingin dia nak test agaknya hihi.... 


Baru mak tau nama pokok bunga yang tumbuh sendiri kat tepi pagar rumah ni Tapak Dara namanya weyh! Banyak khasiat rupanya. Bukan hanya bermanfaat pada manusia, jadi makanan buat makhluk lain jugak.... Allahu Akbar!




28 comments:

  1. merinding aku nengok ulat tuh kak nom oi... geli geleman
    boleh lak kak nom amik gambo ulat tuh, msti jenis hati kering kak nom nih

    ReplyDelete
  2. Nama pun tapak dara, ramailah yang mengendeng. Kalau tapak mak dara, cuba tengok apa jadi! Hidup subur tak, membotak pun tidak. Bukan sekadar ulat, nyamuk pun tak sanggup nak hinggap! Hahaha!

    Bab-bab macam ni Kak Ton malaslah nak ulas banyak sebab Mak pun tahukan, Kak Ton bab-bab tanaman ni memang kureng sikit!

    Pokok ni kat rumah Mak eh? Padanlah mati, ni bukan sebab ulat and the gang aje, bini tuan rumah pun kalau nak parking kereta main lenyek aje apa tumbuhan ada kat tepi jalan tu!

    ReplyDelete
  3. Oh itu nama dia ye dinda. Kanda pun baru tahu
    Kalau pokok banyak khasiat tak mustahil ulat suka dtg. Rumah kanda pokok keembong yg suka betul ulat macam ini dtg. Daun dia lembut agaknya tu yg dia suka.

    ReplyDelete
  4. licin hah ulat tu sebat daun2 tu...tapi siyes aku geli kak oiii...nasib baik ko tak zoom melampau2 ...kalo tak daku lju2 scroll kak oiiiii heheheeheh...

    baru tau kak kelebihan daun tu...

    ReplyDelete
  5. habis togel dah tapak dara tu dikerjakan ulat. Ulat ni memanglah, kalau dah dibuang jauh2 pun datang balik dia. entah dari mana kan, mak. Daun kunyit saya pun sama, suka sangat dimakannya.....

    baru hari tahu pokok tu tapak dara namanya...
    ada khasiat pulak tu ye.

    ReplyDelete
  6. Eii... gelinya tgk ulat2...
    Kalau saya, tak sanggup nak ambil gambar....

    Si ulat pun, pandai dia cari yg dara... bijak2 :)

    ReplyDelete
  7. Oh baru akak tau nama bunga ni....tapak dara rupanya.Kat rumah akak pun banyak tumbuh merecup2.Tapi kalau ulat hijau ni menyerang memang gondol lah jawapannya.Akak ulat ni tak geli tapi takut lah bila ada banyak kat pokok bunga...biasanya abang cabut buang dengan pokok2 sekali.
    Tapak Dara ni orang cina memang tanam buat ubat katanya.

    ReplyDelete
  8. hahaha...eh! memang pokok ni nama gitu ek mak...hang suka la kan...kahkahkah...wei ulat memang suka bebeno la dgn pokok munga ni...dulu kite pon ada tanam pokok ni tapu munga dia yg kaler putih...menci ko sampai 3 hekor si ulat gemuk tu bergantung...petang tu time siram lebat je daun nye...esok pagi cam nak pengsan tengok dah togel...last2 dengan pasu2 kite campak tong sampah...geli lahaiiii...kite tepegang badan ulat tu...lembik je mak T_______T

    ReplyDelete
  9. Ohhhh baru tahu Nom..
    Nama pokok ni tapak dara..
    Rumah arwah mak CH banyak dulu tumbuh..
    Cantik jer bila berbunga banyak..

    Patutlah tengok ulat tu gebus jer..
    Rupanya banyak khasiatnya..
    Apa lagi Nom..
    Hang komisel kan lah..
    Biar banyak tumbuh tepi kereta tu..
    Jutawan tak lama lagi hang tu hahhahaha..

    p/s Nom ko gi lah link kat bawah ni ye.. apa itu wheat green.. lagi hebat nom.. 60 khasiatnya..


    http://www.rumputgandum.com/index.php/91-artikel/rumput-gandum/193-68-manfaat-rumput-gandum-untuk-kesehatan-dan-kecantikan

    ReplyDelete
  10. baru tau nama bunga ni kak..hihi

    ReplyDelete
  11. Laaaa tapak dara ke nama dia??Kekekekek..baru tau..hahaha..malu!

    ReplyDelete
  12. Wkmsalam.
    Pokok herba yang banyak khasiat.

    ReplyDelete
  13. Ulat ni mmg mkn daun dear...mmg botak pokok..sdppp le..tgok kulit ulat cntik hijau..satu jerawat pun tak ada..😅😅😅

    ReplyDelete
  14. namanya pun dah sedap..tentulah ulat pun suka..
    istilah "ulat bulu naik daun" inilah gambaranya..hehe

    ReplyDelete
  15. geli...saya geli tengok ulat..errr...

    ReplyDelete
  16. Yg itam kt bwh tu apa tuh? Siput khinzir ek? Haha.
    Kat umh aku pun byk pokok ni, ntah mana dtgnya bawak dek angin kot benihnya, tetiba tumbuh je dlm pasu, ank aku kata pokok ni mmg ada khasiat, tapi yg bunganya warna putih merah kecik kt tengah. Aku pun baru tau namanya tapak dara ye, manis namanya.

    ReplyDelete
  17. Yg itam kt bwh tu apa tuh? Siput khinzir ek? Haha.
    Kat umh aku pun byk pokok ni, ntah mana dtgnya bawak dek angin kot benihnya, tetiba tumbuh je dlm pasu, ank aku kata pokok ni mmg ada khasiat, tapi yg bunganya warna putih merah kecik kt tengah. Aku pun baru tau namanya tapak dara ye, manis namanya.

    ReplyDelete
  18. Abis daun2, urmmmmmmmmmm nak cmner, udah rezeki ulat tu..

    Kan ke ulat beluncas namanya?

    ReplyDelete
  19. kawan saya pantang tengok ulat ni mau menjerit sekuat hati...dia lelaki sejati

    ReplyDelete
  20. kat kg rumah mak pon ulat gini suka dok gayut.. beso2 bapak lak tu

    ReplyDelete
  21. Sampai licin daun tu dikerjakan, sabor ajalah..
    Byk betul khasiat pokok ni..nmanya pun sedap
    Pernah tgk rasanya

    ReplyDelete
  22. baru tahu nama bunga ni, cantik bunganya, berkhasiat sebab tu ulat tu suka

    ReplyDelete
  23. Cewah, tajuk yang mengundang kontroversi ni. Tak pernah saya dgr tentang nama pokok ni. Nampaknya daun daunnya jadi makanan ulat yang cute tu ya. Ramai nampaknya yang komen geli tgk ulat tu. Haha baru tgk, ok lagi, jgn dekat dgn badan atau pegang.. kau menjerit saya nanti.

    ReplyDelete
  24. ulat pun memilih..nak yang dara je. amboiii..haha

    ReplyDelete
  25. Nama pun tapak dara ya, merenyam la ulat tu nak menggesel..heh

    ReplyDelete
  26. Isk ulat tu hijau bonar.hahaha..byk khasiat ekk..sy yg namanya tapak dara baru hari ni tahu n dengar.huhu..

    ReplyDelete