Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 5 September 2016

2 hari 1 malam di Seri Iskandar

Salam Isnin.....

Kelemauan melanda mak hari ni nampaknya. 
Malas, lesu dan tak bermaya.... rasa macam nak tido je weyh. 

Buat anak anak geng bloggers yang ambik UPSR hari ni Gud Lucklah ye. Alahhhh....... tak payahlan nak seram sangat mak maknya tu, relax ar!!! Baru UPSR!

Hari Sabtu hari tu mak ke Seri Iskandar ambik anak. Cuti seminggu habis semester.  Padahalnya dia dah beli tiket keretapi pun, tapi ayahnya ngengada nak pergi ambik. Mak, suka aje...... cuti masak sambil tidor hotel, sapa tak suka kan...... Sebenarnya boleh aje balik hari, tapi entahlah, kitaorang ni kalau ke sana mesti nak bermalam. Macam kena sawan tido pulak tau.....

Entah apa yang bestnya kat Seri Iskandar tu agaknya, mak pun konpius ....

Mak kalau kat Seri Iskandar ni, mak suka bekfes kat dalam Kedai Petronas! Bagi mak yang bestnya kat sini ada Roti Titab. Alahhhhh roti bakar yang atasnya ada telur separuh masak tu. Tapi untuk bekfes semalam mak tak orderlah. Sebabnya dah ambik Nasi Lemakkan. Kalau ikutlan nafsu pelahap ni, nak aje hihi..... Kontrol weyh depan Pak Jilap! 

Pak Jilapah pulak kalau ke Seri Iskandar ni, mesti tak lepaskan peluang minum cendol kat Mr Cendol dalam Billion tu. Billion ni kiranya mall paling besarlah kat sini. Orang orang Seri Iskandar kalau dapat soping kat kat sini sure macam dah best sangatlah haha.....Hish!!! dapat tau orang Seri Iskandar, harus mak kena kecam ni hihi..... Yang bestnya minum cendol kat sini, kita boleh kontrol nak manis mana. Sebab gula merah dia, dia letak sebotol sebotol atas meja koooo. Suka hati tekaulah nak buh banyak mana pun!

Mak anak beranak suka jugak layan tengok wayang kat Seri Iskandar ni. Wayang ni kat dalam Billion jugaklah. Kan mak dah kata Billion Seri Iskandar ni setaraf dengan IOI Putrajaya. Macam macam ada! Hihi...... Macam baru baru ni mak anak beranak terpaksa berpecah kepada 2 grup. Si TLBD nak sangat tengok cerita kartun Pete's Dragon. Jadi kita serahkan ajelah pada Pak Jilap meneman si TLBD. Apa barang mak nak tengok cerita kartun macam tu hihi...... Kalau suruh mak yang teman TLBD, confirm tido dalam panggung hihi......Tau tau dah tamat!  Mak dengan yang lainnya tengok cerita Don't Breathe. Best weyh!!! Suspen cerita dia.....

Balik semalam on the way keluar Toll Plaza Gopeng singgah makan tengahari kat sini. Restoren Adily. Pertama kali sampai dan tak sia sia singgah. Sebabnya lauk banyak sangat sampai bingung mak nak buat pilihan. Semua pun nampak sedap. So dengan ini mak dah jumpa port makan tengahari yang sedap. Lepas ni nampaknya bolehlah singgah lagi .

Itu ajelah aktiviti mak kat Seri Iskandar 2 hari satu malam baru baru ini.

25 comments:

  1. Wah jalan sakan ye okje. Siap boleh tengo wayang, boleh pilih2 cerita ye.best ke film dont breath tu okje.

    ReplyDelete
  2. opps orang bota maini... memang pun sri iskandartu pada kita yang duk sini takder apa2pun.. tapi akak yang tengok sri iskandar dari hutan kini menjadi bandar memang macam tak sangka...
    kita pun tak penah tengok wayang kat situ lagi weh!!... selalu pergi makan2jer kalau ke sri iskandar...

    ReplyDelete
  3. Habislah Mak kena kecam nanti samakan Billion dengan IOI Mall yang besar tu ^_^

    Baguslah Mak buat entri ni, macam tau-tau aje Kak Ton memerlukan yerk ^_^

    Eh, Kak Ton pun tak tahu nak komen apa lagi! Mood tengah lunyai nih!

    ReplyDelete
  4. Jenjalan, makan2, tido hotel, gantung periuk,, idaman daku selalu..hihiii..cendol tu nampak tersangat la sedap, OKje

    ReplyDelete
  5. sambil nyelam sambil minum air ye kak nom...
    dh alang2 sampai sana msti lah pusing2 sri iskandar kan....

    best nengok aktiviti kak nom sekeluarga... sian lah pak jilap di paksa neman si TLBD nengok katun heehhehe

    ReplyDelete
  6. wahhh... syok ye cuti tak yah masak..kite pun suka .. ni anak bujang ada kat rumah kena la rajin masak kan

    ReplyDelete
  7. alah Pak tuan nak ajak berjalan lah tu...

    ReplyDelete
  8. favourite kita jugak roti titab tu.
    penah update kat blog makan roti tu kat k'tan..
    haha jakun sbb first time makan kat situ.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Baca cerita Mak dah rasa seronok apalagi kalau dapat join makan sekali..
    Macam-macam ada kat Seri Iskandar tu rupanya, baru tahu.. hehehe

    ReplyDelete
  10. amboi Anom..bestnya dpt jln2 makan2. bahagia rasanyakan. makyon pun nak kesanalah..tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah pergilah KY....bukan ada apa pun kat sana. Itu pun sebab nak tengok anak

      Delete
  11. betul betul betul billion tu hape yang takde..mak ayah je takde..heheheheee

    ReplyDelete
  12. Nur ada 2 org pak cik dok seri iskandar...mmg tak tahu apa yg best kat cini huhu...dtg pun kejap x sempat nk jelajah hihi

    Adik hubby de belajar kat UTP...situ yg best agaknya...

    Amboi sedapnya cendol tu...

    ReplyDelete
  13. arrrgggh! rindunya kat sri iskandar, dah lama giler tak pergi iskandar lepas dah habis belajar dulu

    ReplyDelete
  14. kalau dengan family, gi soping mall pun best macam gi disneyland

    ReplyDelete
  15. kira oklah jugak mak pergi sri iskandar tu dah boleh ke shopping mall dan tengok wayang kat billion. kalau dulu2 apah pun tak mandang mak oii. kiri kanan jalan pokok-pokok saja.

    ReplyDelete
  16. Best le jln2 dgn family...kan
    Tapi knor rasa ipoh bandar yg sepi..tak happening..
    Rasa bosan jer...itu knorlh hihi

    ReplyDelete
  17. Kikiki...billion dan kedai2 sekitarnya memang bole tahan gak ar godaan nye...hahaha...yg paling best situ kebyk kan peniaga adalah melayu..hang dah perasan dak mak kedai kek sebelah hotel tu...sebelah je...sederet dgn kedai cendol yg hang bedal tu...nyesal pulak hari tu x menerai T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak....macmana mak boleh tak perasan kedai kek tu Mel, takkan mata kena tutup ngan bunian kot hihi....Kedai roti adalah.... agaknya ada kedai kek sekali kot ek.

      Delete
  18. Sporting pak jilap tu Nom..
    Mahu lagi meneman kan anak tengok wayang...
    Anak CH yg tengok ni pun tanya..
    Macam ni dlm panggung wayang ye mama..
    Nampak bebenor maknya tak bawa tengok wayang...
    Korang tengok CD dlm laptop udah lah hahaha😃😂😁

    ReplyDelete
  19. Tang tidur hotel & cuti masak memang i pun suka... hahahhaha dah tau port baik... nanti boleh singgah lagi!

    ReplyDelete
  20. Dasyat mak berjalan..sakan dh serupa shopping mall tempat sndri mak bikin.pastu kutuk org seri iskandar nk kena babap bontot mak ni.hahaha

    ReplyDelete