Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 8 September 2016

Berangankan tak kena bayar

Salam Khamis.....

Korang Raya Haji balik mana? Mak balik kampung. Yahooooo..... Acah acah happylah sebab kononnya balik kampung sendiri kan hihihi....... Sebenarnya, Raya kat sini ke, Raya kat kampung ke, sama je, kena masak jugak.  

Kejadian petang semalam. Oleh kerana dah makan sedap semalam semalamnya, marilah kita masak Maggi Goreng pulak. Takkan nak hari hari makan sedap kat luar aje hihi..... Tokey balak pun bankrup kalau cenggitu. 

Eh...... mak masak ni pun sedap jugak apa! Maggi Goreng mamak style kau! Kering kering gitu....... Ni gara gara tengok entri Nieyllah ni. 

Maggi Goreng
Mak guna Maggi perasa Kari 4 paket. Perasa dia mak guna 3 aje. Takut termasin pulak kalau guna semua. Gorengkan bawang putih bawang merah, cili blend, buh sos tiram, buh perasa kari maggi, pecahkan telur, letak kobis, letak sotong dengan udang yang tinggal tak berapa ekor dalam esbok tu. Siap!  

Korang tau tak weyh, mak dah tak tau nak masak apa dah. Jemulah ..... hari hari kena masak!

Kan best kalau jadi orang kaya, semua orang sediakan, tak payah buat apa apa, melingkau lingkau anak beranak aje kerjanya hihi...... 

Berangankan tak kena bayar!

36 comments:

  1. Salam Perkenalan..
    nampak sedap maggie goreng tu, nak cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Tetiba teringinlah pulak makan meggi goreng.

    Mia of cozlah .. tiap raya pun balik kg mia hehehe

    ReplyDelete
  3. MMG MAMAK STYLE BETUI BUBUH PERENCAH KARI TU ... HEHEHE
    TU MENU FAHIM PAGI TD KAT MAMAK TEPI SEKOLAH DIA .... KESIAN ANAK BUJANG KITE HR2 MAMAK SEDIAKAN SARAPAN HAHAHA

    ReplyDelete
  4. Salam pagi...
    pagi ini tinggalkan jejak...
    pagi tadi nak buat meggi goreng,nak bawa bekal..
    skali megi xde pulak..masak nasi goreng je laaa

    ReplyDelete
  5. sedapnya nengok kak nom punya megi goreng tuh... penuh ngn seafood

    ReplyDelete
  6. tahniah Carta Pengkomen Tegar Ogos 2016

    ReplyDelete
  7. wahh...terasa lapar...dah ler puasa hari ni...hihihi

    ReplyDelete
  8. eh..eh nak resepi megi kering ala mamak mak ni..

    ReplyDelete
  9. AAAAA..sedappp nyerrr lagi-lagi letak sotonggggg!!

    ReplyDelete
  10. Adibah suka msk maggi goreng...tapi goreng basah..tarok cili api byk2..meletop kebabommm pdssssnya
    Tu yg sodappppp tu

    ReplyDelete
  11. Beranganlah nom...
    Banyak2 sebab tak kena bayor kan 😆😅

    Lapor pulak CH tengok meggie goreng mamak ko tu nom..
    Ada lagi tak ...

    Esok kena buatlah nampaknya..
    Sebab hakak dah merdeka anak habis UPSR..
    Tapi lagi 2 minggu SERAM balik Nom..
    Exam PSRA pulak menanti..
    Masa tu seminggu hakak sunyi sepi senyap membisu hahaha 😃😃😂😂

    ReplyDelete
  12. Tak dapat nak balik kampung beraya dengan family, suami tak dapat cuti

    ReplyDelete
  13. Mak, aku singgah malam ni. Takdo nk komen popo do, sajo yo, windu.

    ReplyDelete
  14. mmemula berangan nom..lama2 jdi kenyataan..insyaallah..

    ReplyDelete
  15. nak ucap salam Aidiladha in advance kak..tak merendang ke?

    ReplyDelete
  16. Kebetulan. Baru makan mee magi kari.
    Sesekali bolehlah.

    ReplyDelete
  17. tak balik mana pon. dok sini je. huhu.
    meggi pantang lagi kak hainom. orang bagi percuma tak kena bayar pon kita tak leh makan :p

    ReplyDelete
  18. Nur mana ada kg...raya KL aja..balik umah mak
    Meriahnya tgk maggi goreng tu...tang isi alamnya bestlah
    Nur kalau masak kat umah mesti guna 5 bungkus..baru puas bertambah huhu

    ReplyDelete
  19. hehehe...best jugak tu klu semua org buatkan...

    ReplyDelete
  20. Saya balik kampung juga. Sedap nampak maggi goreng akak.

    ReplyDelete
  21. eeeiiii, sedapnya maggi goreng! ada lah idea nak masak cuti nanti, hihi

    saya ni pun dah jemu asyik masak saja hari2. kadang2 tak tahu dah nak memikior masak apa, kan mak.

    selamat hari raya haji ye mak. saya raya KK saja, suami keroje.... mak, pergi Imigresen tu, nak makan angin ke mana pulak? (oii, dah komen tersilap entry ni, takpelah ek)

    ReplyDelete
  22. Tak sangka! Minggu ni pun kita ada guna maggi juga tapi bukan maggi gorenglah. Buat maggi kuah kari gitu tapi tambah perencah sendiri dan segala apa adanya dalam peti sejuk!

    Sesekali pekena simple macam ni pun sedaplah, Mak.

    Kita memang pun sukab berangan. Bukan kacau sesiapa pun ^_^

    ReplyDelete
  23. Angan2 mat jenin ye... mummy cikna pun suka goreng maggi ni tapi guna maggi ayam le....;-)

    ReplyDelete
  24. thun ni kena kerja..haha

    jom mkn maggi ketam..

    ReplyDelete
  25. hahahah jd mak2 kena rajin masak.
    hari2 mkn luar pon xsihat. nampak sodapppp lama tak mkn yg mamak punya

    ReplyDelete
  26. Betullah okje... kalau hari-hari masak... kita pun habis idea... maggi goreng ni favorite faris... saya tak berapa sukalah okje... selalu kalau saya masak maggi goreng saya tak makan sangat pun.. hehehhe

    ReplyDelete
  27. Sedap pulak nampak maggi goreng mak tu, dah la kite pose nih...saya yg baru.seminggu cuti & jd surirumah sepenuh masa ni pun buntu nk memasak apa mak..kering idea

    ReplyDelete
  28. nanti dah jadi orang kaya rindu pulak nak berpeluh2 kat dapur ekekekeke

    ReplyDelete
  29. Sesekali masak maggi goreng ni sedap juga.selalu2 botak kepala.msg tinggi..makanan tak sihat ni.hahaha..

    Betui mak berangan tak kena bayar

    ReplyDelete