Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 20 September 2016

Ketam Kulit Lembut Kuala Gula

Salam Selasa........

Cerita mak masih lagi di Bukit Merah ye. Katanya dua malam kat sini kan. Haruslah jalan jalan cari makan tempat best kat kawasan sekitarnya. 

Bila mak tanya staff hotel makanan apa yang femes kat Bukit Merah ni. Dia kata Mee Ketam Kulit Lembut. Perghhhh dak eh...... tetiba terus mengidam Ketam Kulit Lembut ko. Sejak viral Ketam Kulit Lembut tak lama dulu, rasanya baru sekali jer mak dapat merasa. Makan dekat Homst. Ketam Kulit Lembut Telur Masin. Staff hotel tu cadangkan mak ke Kuala Gula. Terus teringat entri Zee Suhaini yang pernah ke sini makan Ketam Kulit Lembut

Dari Bukit Merah kiranya ambik masa setengah jam jugaklah nak sampai ke Kuala Gula. Jangan pulak membayangkan banyak kedai makan kat sini ye sebab yang mak nampak hari tu cuma inilah satu satunya kedai makan kat sini. Tak ada pilihan lain. Mak perhatikan kedai makan dia pun agak usang. Berlantaikan papan lama. Kerusi meja pun stok lama, senang cakap serba serbi usanglah weyh..... Tapi mak OK jer...... no hallah tu semua, janji dapat makan Ketam Kulit Lembut hihi..... 

Jalan masuk nak menuju ke Restoren Terapung katanya......Masa mak sampai tak ramai orang sebab mak sampai cepat dalam pukul 5 petang gitu. Sampai sampai terus order, lapar weyh, tak makan tengahari ni! Kiranya ni merangkap makan malam sekalilah ...... 


Restoren Terapung yang berpagar tu. 
Namanya pun kampung Nelayankan...... Pemandangan masuk ke restoren ni, kanan kiri memang bot nelayan sesajelah......


Makanan yang mak order hari tu. Siakap 3 Rasa, Ketam Lembut 5 ekor, sorang satu hihi..... Sotong Goreng Tepung untuk 2 orang makan, Sup Cendawan dan Kailan Ikan Masin. Licin sekali hadap! Maksudnya apa tu?

Sedapkah atau laparkah? Haha...... Kalau ikut tekak mak, bolehlah......sedap jugaklah...... Kalau kita yang masak pun belum tentu sedapkan hihihi....

Ketam Lembut yang diidam-idamkan sangat ....... Rm7 henggit seekor. Bagi yang belum pernah merasa, Ketam Lembut ni rasa dia biasa biasa aje. Macam Ketam cuma kulit lembut....

Ketam Kult Lembut Goreng Tepung
Betul betul sebelah Restoren Terapung ni korang boleh tengok tempat belaan Ketam Kulit Lembut. Mak rasalah, sebab mak tengok banyak ketam kat dalam bekas bekas tu. Mestilah Ketam Kulit Lembut kot.... Memang agak menyeramkan tempatnya! Tutup mata sudah! Haha......

Berita baik untuk kaki kaki pancing! Ada chalet jugak kat sini yang boleh korang sewa tau! 

28 comments:

  1. Tengok kawasan yg dinda paparkan kanda terbayang macam kat Kukup pulak.
    Tapi ketam kulit lembut di Kukup tak adalah...
    Best kan sesekali makan kat tempat macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah sampai Kukup kanda. Macamni eh tempatnya...

      Delete
  2. yeahhh mak dah sampei.. awat kita tak nampak tempat belaan tuh? ooo aritu pegi malam..ujan plak lagi..
    rasa situ memang biasa biasa ajer tapi harga murah compare ngan tempat lain..tu yang ramai dan buatkan pemes kot mak..

    ReplyDelete
  3. Yalah nom macam kat Kukup...
    Kalau dah kata ketam lembut senang lah ya nak makan....tentu sedap kan makan makanan laut fresh gitu.

    ReplyDelete
  4. menggoda betul ketam lembut akak tu hehehe...

    ReplyDelete
  5. WAHH AKAK DAH pi sini .....lieya tgk kat majalah 3 kot ke jjcm...ya Allah teliur2 tgk oiiii..ntah bile tahun nak sampai sini nieh...kene ngandung dulu pastu rengek2 manje mengidam baru laki layan kahkahkah

    ReplyDelete
  6. dulu pernah beli dgn kawan ketam kulit lembut ni. buat sendiri. biasa2 je la, tapi tak tahu la kalau kat kedai kot lagi sedap

    ReplyDelete
  7. ye lah, betullah tu mak. kalau nak makan ketam lembut kat sinilah yg famousnya. Area Taiping pun ada, tapi susah sikit nak cari.

    ikan sembilang tak makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat dihati nak jugak makan....tp malu pulak dgn Pak Jilap KB hikhikhik....kang dia kata rakus pulak bini dia ni haha....

      Delete
  8. Wah ko dah makan Nom...
    Ketam kulit lembut tu ye..
    Udah teringin pulak nak mkn..
    Kalau nak peknen lagi dah kilauan emas..
    Macam lieya latif tu boleh kot 😀😀😅😅😆😆

    ReplyDelete
  9. alamat.. mcm mna pulak ni ...ketam kulit lembut? boleh mkan sekali nga kulit2 ke?
    hahha

    ReplyDelete
  10. wahhhh macam best giler je ni kak!! tertelan-telan air liur sayaaaa

    ReplyDelete
  11. Puas hati la dtg sini...tgk ketam tu geram pula
    Walaupun Nur org Perak...tak sampai lg sini huhu

    ReplyDelete
  12. Kalau tempat macam ni memang payahlah sikit saya nak pergi. Tahu ajelah HD tu. Perkara paling penting adalah kebersihan dan persekitaran. Kalau tak kena di matanya, memang monyok aje muka. Kita pulak yang naik angin tak pasal-pasal, nak marah takut derhaka kat suami pulak!

    Takpalah, kita makan ketam kulit keras ajelah Mak...

    ReplyDelete
  13. wahhh mak dah sampai kuala gula, selalu tu dok dengar adik becerita je, dia dok pi mancing situ, makan kat kedai terapung-apung kalau ada bot lalu sebelah katanya.. yg mak pi tu lah kot kalau mmg sebuah tu je tempat makannya kan.

    ReplyDelete
  14. kat sini pon jenuh makan ketam.. kadang2 tu dapat free je.. ihikss.. dok kat pantai kan.. ^_^

    ReplyDelete
  15. ketam lembut ?..

    nampaknya jie kena try jugak..

    ReplyDelete
  16. kira pernah makan. tapi char ketiow ketam kulit lembut. not bad la jugak rasanya. dekat kulim

    ReplyDelete
  17. KAK DH SAMPAI SINI N MERASALAH KETAM GORENG BERKULIT LEMBUT NI...DULU2 MAIN CARI JE KAT TEPI PANTAI DIKAMPUNG TIME KETAM BERSALIN KULIT IKUT MUSIMNYA.

    ReplyDelete
  18. Bayangkan kalo tetiba kita terjatuh dalam kolam ketam lembut tu.. agaknya dorang gigit kita ke tidak?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kot SB....yelah dah kata kulitnya pun lembutkan, haruslah penyepitnya pun lembut.....hihi jenuhlah dia nak menyepit

      Delete
  19. salam nom ..
    alahai embakayu, sebelum merdeka ride tu grup ku ngawe ride mareng restoran kuwi jugak , kita lungo 40 moto, restoran seng podo. lps kuwi mubeng2 neng taman tasek taiping .. bervideo meneh ride kuwi seko KL ..
    gor , orak ngawe entri kuwi . angger ngawe mesti happening ..

    ReplyDelete
  20. kat sini ade jgk jual mee ketam kulit lmbut..xpnh try lg..rmai kata best

    ReplyDelete
  21. Amboi mak jenjalan bukit merah awat tak lajak sampai sp..dekat dh tu.ketam lembut kuala gula ni memang femes la..sy pun belum smp lagi..tp dengar2 la org cerita

    ReplyDelete
  22. https://www.youtube.com/watch?v=Ho05yJKBfNg

    ReplyDelete
    Replies
    1. K Lumpur dan Selangor pun ado https://ms-my.facebook.com/SOFTSHELCRAB/

      Delete