Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 25 October 2016

Kam dan sepupunya yang baik

Salam Selasa......

Pagi Ahad tu memang mak dah plan nak jumpa dengan Kam, roomate mak masa kat U dulu. Memang dah lama sangatlah kami tak berjumpanya. Pernahlah jumpa sekali, tapi itu pun dah berbelas belas tahun lepas. Bila dapat tahu dalam group Whatapps dia ada kat KL, mak pun PM tepilah. Kebetulan pulak kat KL ni, dia tidur rumah sepupu dia kat Country Height. Memang cantek sangatlah, sebab tak jauh dengan rumah, nak mintak Pak Jilap hantar pun tak rasa bersalah! hihi....

Awal awal lagi mak dah suruh Pak Jilap tukar baju yang senonoh sikit. Memang pun nak ke Tesco lepas tu, tapi agak agaklah bang oiiii ...... takkanlah nak pakai track suit dengan T shirt buruk pulak nak ke Country Height. Adoiiii abang ni..... 

Alamak!!!..... Terkeluar pulak Queen Control mak! Haha...... Penampilan laki kena jaga hokey! Maklumlah orang lelaki ni, kekadang benda benda remeh gini mana dia kisah......

First time mak masuk Country Height sebenarnya. Wuhhhh....... kiri, kanan, depan, belakang semuanya mahligai orang orang kaya ko. Sepupu Kam ni duduk Town House.  

Rindunya dengan ko Kam....


                                    

Memang dah plan nak ajak Kam keluar sarapan. Senang sikit nak bersembang. Lagi satu malas nak menyusahkan sepupu dia sebenarnya. Tapi sepupu dia beriya suruh mak laki bini masuk. Malu jugak, Dahlah mak datang lenggang kangkung pulak tu!

Terharu sangat dengan layanan sepupu Kam ni. Peramah orangnya. Buat kita tak rasa kekok, rasa macam dah kenal lama. Bukan cuma air yang dihidangkan, mak siap makan tengahari hokey!!!.... Kalau mak pun belum tentu dapat melayan tetamu macam tu. Lagi lagi bab kena masak tu haha.....

Satu fakta yang mak akui, kalau makan kat rumah orang ni, memang mak selera dan sedap sokmo weyh. Tapi makan mesti tak kenyang, sebab malu haha...... Korang rasa macam tu tak?    

' Sahabat itu seperti bintang. Tak selalu nampak tapi selalu ada di hati '

 

30 comments:

  1. Tu kira BFF ko paling top kat U kan Nom..
    Samalah macam CH..
    Mesti ada BFF macam tu..
    Tapi tu lah jarang2 dapat jumpa kan..

    Betul ke malu Nom..
    Bedal jer lah nom...
    Tambahan perut tengah lapor tu hahahha..

    ReplyDelete
  2. Syoknya dpt jumpa bff...
    Mmg segan la kan jumpa kat umah org tp dh tuan umah sporting legaaa

    Mmg kna kontrol makan kan ...walau sedapp..stress huhu

    ReplyDelete
  3. Wah, ayat power kt bawah tu, tersentuh ai tau.
    Tak dpt komen byk ni, tgh dlm kelas

    ReplyDelete
  4. Wah, ayat power kt bawah tu, tersentuh ai tau.
    Tak dpt komen byk ni, tgh dlm kelas

    ReplyDelete
  5. eh betul lah...saya pun selalu rasa gitu..makan kat rumah orang mmg sedap sokmo..mungkin sebab kita dah jemu dengan air tangan kita sendiri kot..huhu...

    ReplyDelete
  6. best jumpa kawan-kawan lama kan

    ReplyDelete
  7. sama,kalau makan kat rumah orang mesti segan nak makan. :)

    ReplyDelete
  8. sama,kalau makan kat rumah orang mesti segan nak makan. :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya jumpa bff kan...akak dah rasai bertapa terujanya apatah lagi bila dah bertahun2 tak jumpa....Seronok sangat.
    Biasa lah nom ,makan kat tempat orang kena lah cover2 sikit,padahal memang tak kenyang lagi...itu akak lh :-).

    ReplyDelete
  10. Seronoknya jumpa bff kan...akak dah rasai bertapa terujanya apatah lagi bila dah bertahun2 tak jumpa....Seronok sangat.
    Biasa lah nom ,makan kat tempat orang kena lah cover2 sikit,padahal memang tak kenyang lagi...itu akak lh :-).

    ReplyDelete
  11. Mesti trrkeluar cerita zaman muda mudi a go go ni Nom kan, untunglah kan dot jumpa kenkawan gitu
    Kaknor ni dh terpelanting kt Brunei mmg susah dah nk jumpa kenkawan, balik kampong pun lebih kpd jumpa family je huhu sedih ni :(

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dapat jumpa BFF ni kak.. betul tu walau jarang jumpa dek kekangan jarak & masa, tapi depa tetap dihati...sekali jumpa mmg banyak nak disembangkan.. baik sepupu Kak Kam tu..alhamdulillah layanan 1st class utk tetamu..

    ReplyDelete
  13. memang betul pun, kalau makan dekat rumah orang mesti rasa sedap semacam walaupun hidang ikan goreng je...nikmat isi ikan tu sampai terkenang2 hiksss

    ReplyDelete
  14. seronoknya jumpa roomate zaman U..lama dah tu!

    sama la kak..saya pun selalu makan sikit2 je kat rmh org. Bkn tak sedap...tapi maluuuu..hihii

    ReplyDelete
  15. tu la pelik kan nape la makanan kat umah orang selalunya sedap melampau..nak makan banyak control weh..control...tu la skrip kat diri sendiri selalunya..adehh..

    ReplyDelete
  16. Bestnya bila dapat jumpa kawan lama

    ReplyDelete
  17. Seronoknya jumpa sahabat lama. Banyak benda nak bercerita kan.

    ReplyDelete
  18. Bagus sepupu kam tu. Siap masak tengahari untuk tetamu yang datang. Akak datang bawa rahmat. Dia raikannya.

    ReplyDelete
  19. Bila jumpa kawan lama. Macam-macam cerita akan keluarkan.

    ReplyDelete
  20. kawan yang baik memang membahagiakan.

    ReplyDelete
  21. kiranya Mak ni rajin cari balik kawan-kawan lama ya. Saya punya kawan tak tahu dah pergi mana. Lagipun, saya sendiri tak rajin mencari.

    ReplyDelete
  22. Org berbudi kita berbahasa
    dah dia memberi dinda dptlah merasa
    cuma rugi sebab malu makan tu yg tak kenyang..:)

    ReplyDelete
  23. ni kawan hat tak penah lost kontek ke hat lost kontek dpt jumpa blk ni kak

    ReplyDelete
  24. "Satu fakta yang mak akui, kalau makan kat rumah orang ni, memang mak selera dan sedap sokmo weyh. Tapi makan mesti tak kenyang, sebab malu haha...... Korang rasa macam tu tak? " ----> Ku akui, benar belaka kata mu itu, wahai OKje.. bhahahaaa!!...

    ReplyDelete
  25. Oh, itu memang benar! Sedap macamana pun kita kena kawal pemakanan kita di khalayak ramai. Kena bersopan walaupun kalau orang tak nampak, rasa nak terkam semua makanan yang ada. Maklumlah sedapkan!

    Untunglah Mak masih lagi berhubung dengan kawan satu universiti. Saya ni pun ada juga BFF tapi masing-masing sibuk. Nak berjumpa memanglah payah nak set appointment.

    Ish, PakJilap nih! Mana boleh setakat nak pergi TESCO pakai track suit dan baju sukan! Kena jaga penampilan, nanti orang kutuk, tempiasnya kena kat bini tau!

    ReplyDelete
  26. Kalau saya kt umah org, lagi2 kt umah awak geng (itupn kalu ada jmputan, hu3), dan2 tu jugop kenyang, malu kekdahnya...

    ReplyDelete
  27. shabat kena jaga..hehe..

    cantik oto mak ditemani pokok tu..

    ReplyDelete