Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 7 October 2016

Mencari maid

Salam Jumaat.....

Tulah tu, setelah di timbang tara, mengambil kira tahap kesihatan mami yang semakin uzur,  maka mami anak beranak sepakat nak ambik maid. Bolehlah maid tu tumpukan sepenuh masa dengan mami. 

Nampaknya terpaksa jugaklah mami menggunakan khdmat maid. Memanglah sebelum ni abah yang jaga. Tapi yelah..... nak harapkan abah sepenuh masa, tak larat jugak orang tua tu. Nak harapkan menantu yang sorang ni, huh...... lagilah tak boleh di harap hihi....

Sebelum ni mami pernah jugaklah ambik maid. Ambik bini orang Indon yang kerja buat rumah. Bukanlah melalui agensi. Gaji boleh tahan mahal  jugak. Dia mintak Rm1,200.00, balik hari lagi, Sabtu kerja separuh hari, Ahad cuti. Nak buat macam mana, terpaksa setuju ajelah dengan gaji tu. Yelah..... bukan apa, sekurang kurangnya kalau ada maid, abah dapatlah jugak rehat. Tapi tulah.....tak tahan lama. Dapat bertahan beberapa bulan aje. Tak taulah apa sebab dia nak berhentinya. Tak tahan jaga mami atau sebab lain......

Faham faham ajelah keadaan orang yang sakit Parkinson ni macamana. Mami ni memang tak mampu nak uruskan diri sendiri.

Korang ada kaki yang boleh dipercayai untuk dapatkan khidmat maid tak? Kalau ada tolong bagi no hp. Mak nak contact yek.

Hari tu pakcik Pak Jilap ada recommend satu agensi ni. Mak callah agensi ni nak mintak quotation. Terkejut bosar mak ko!!! Bayangkan ajelah fees dia mencecah 17k untuk seorang maid. Termasuk deposit gaji maid 2 bulan. Taulah yang recommend tu bini Tan Sri hihi..... Masalahnya, orang yang telefon ni ala ala bibik kottt haha.....

Emmmm......  apa yang sampai mahal sangat entahlah.... Kalau memang dah terjamin kerja tip top tak per jugak ek!....

31 comments:

  1. susah jugak skrg ni. agen amik kesempatan. kalau ikut agen harga dah rm12k sekarang kan mak. kalau buat sendiri pun dlm rm4-5 k juga permulaan. gaji pulak depa demand smp rm600-800. kemain lagi depa ni

    ReplyDelete
  2. Gilaa smpi 17K.. perghh... tak mampu den!..huhu.. bagus juga klu ada maid jaga MIL tu kan Kak... sekurang2 nya mgkin lebih terurus..abah pun boleh rehat... tapi tulah nak cari maid skrg ni punya susah..yg nak di percaya pun susah gak.. harapnya kak jumpa maid yg baik2.... :)

    ReplyDelete
  3. tengok cerita maid tv3 tu mcm sng ja dpt maid. ;p

    ReplyDelete
  4. cadangan saya, amik orang kita..tanya kalau kenal mana-mana orang susah kat kampung ke..

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat...
    kakak nieyl ada kawan yang tauke agensi pembantu rumah...so far,mmg ramai amek dr agensi dan boleh dipercayai..tapi dari harga tu nieyl x pasti la...if serius nak..nieyl boleh je bagi no tel org tu..klu nak try tanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak,nieyl ada add fb...nnt approve ya...nieyl nak sent biz card org tu skali..

      Delete
  6. Mahal ya ambil maid rupanya..xpe la kak..jnji snang skit..

    ReplyDelete
  7. Akak setuju dgn cadangan salbiah tu ,kalau boleh cari lah orang kita .Kalau dah upah 1200 tu utk indon ,rasa nya orang kita pun mahu.
    Biasalah jaga orangtua yang sakit ni bukan mudah ,mungkin sebab tu dia berhenti kot.
    Tapi tu lah org kita mana nk nya jadi maid.

    ReplyDelete
  8. AllahhuRabbi...mahalnya bayaran untuk dapatkan seorang pembantu!

    Kakcik ambil pembantu seminggu sekali (kadang-kadang dua tiga minggu sekali). Tiga empat jam kerja, bayar RM80...

    ReplyDelete
  9. salam nom ..
    klu dah sampai 17k ..
    angger nyong, ngolek seng enom ..
    bayar, dadikay bojo terus .
    hihi ..
    opopun waras riko!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....kuwilah seng bojo ku ngomong, angger larang mbanget, dak bapak ey seng kawen, nde'ei seng kawen....

      Wong lanang sukaklah yo...cerito bab kawen kiyei

      Delete
  10. Selalunya bayaran melalui agensi ni memang mahal OKje... sebab dorang yang jamin masuk pekerja tu dari luar ... pastu upah agensi tu lagi ... topup2 semua memang ribu juga. Kalau dapat pekerja yang ok takpe juga tapi yang tak bagusnya ada yang kerja 2 3 hari pastu cabut lari ... huhu

    ReplyDelete
  11. dulu mak long sy uzur, alhamdulillah cousin sy ada jiran yg baik nak ambil upah jaga bila time dia pergi kerja..

    ReplyDelete
  12. Amboi nom 17K tu..
    Terbeliak mata menengok angka tu..
    Agak2 lah kan..
    Kena cari yg balik hari juga lah tu Nom..

    Maaf lah ye Nom..
    CH pun tak tahu nak rekomen maid mana..
    Takut diminta 20k..
    Matilanakkkkkk...

    ReplyDelete
  13. kalah org keje gomen kak... mcm contoh gaji kerani ke par pun tak sampai semahal tuh... rm1200 tuh mahal betul dana rasa sbb dulu2 permulaan gaji dana keje gomen nih ngn spm dlm rm800++ je tau... depa 1200 ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal Dana, tp mahal mahal pun tak semua orang nak jadi maid ni....
      Orang kita lagilah tak pandang, rela kerja kilang lagi, bebas....

      Delete
    2. itulah mak, org kita manalah nak jadi maid ni. kalau nak amik day maid pun depa taknak

      Delete
  14. Dah cuba ke cari org tempatan? Harap dapat maid tu secepat yg mungkin, Okje.

    ReplyDelete
  15. Bukan mudah nak ambil maid sekarang ni, Mak. Kalau tengok 'tangga gaji' macamlah bagus je tapi bila dah diambil bekerja, mahu terterjun satu anak tangga kita dibuatnya. Hampa betul.

    Jaga orang tua ni bukan semua orang boleh. Sedangkan anak sendiri pun ada yang tak boleh, inikan pulak orang luar. Kebebasan dan tentulah tersekat walaupun kerja tak banyak mana. Nak menguruskan tu yang payah. Itu yang kalau tak tahan, mahu lari ditinggalkannya semata nakkan kebebasan katanya.

    Good lucklah kat Mak ya. Semoga cepat dapat maidnya. Tapi Kak Ton is confused tau... nape Mak pulak ditugaskan cari maid? Bukan ke Mak tu menantu mithali jerk, anak-anaknya mana? Sibuk bekerja yerk ... ^_^

    ReplyDelete
  16. semoga dipermudahkannye kak ....

    ReplyDelete
  17. saya doakan moga dipermudahkan urusan untuk mendapatkan maid untuk mami

    ReplyDelete
  18. Salam kak hainom lamanya sy tak singgah blog nii... Sihat ke? Mmg mahal kak hainom kalu ambik dgn agensi ada smpai 20k.. Eija nak mencari juga tp nak yg byr hr je nak minta jgakan eija dlm pantang coming soon hihi

    ReplyDelete
  19. Salam kak hainom lamanya sy tak singgah blog nii... Sihat ke? Mmg mahal kak hainom kalu ambik dgn agensi ada smpai 20k.. Eija nak mencari juga tp nak yg byr hr je nak minta jgakan eija dlm pantang coming soon hihi

    ReplyDelete
  20. Tak dapatlah rekomen since tak tahu. Jumpa iklan nak pembantu rumah domestik berlambaklah kat mudah.my. Jangan jadi macam dalam cerita Bibik-bibikku sudah lah ye kak Hainom. Hehehe..

    ReplyDelete
  21. Semoga dipermudahkan urusan.
    Dh jadi tanggungjawab kita sebagai anak2.

    ReplyDelete
  22. Geng, kita nak mohon tapi mnta gaji lebih boleh?? maklumlah kena ambil cuti tanpa gaji, opssssssssss..

    Moga dipermudahkan urusan nanti, yalah menjaga orang tua bukan semudah menjaga anak kecil, orang yang betul2 penyabar & penyayang mampu melayan kerenah golongan ini.

    ReplyDelete
  23. Mahalnya Nom amik maid ya disana
    Dibrunei skrg ni Bnd 2000-3000 kalau convert Malaysia ringgit pun tklah sampai 17 k tu adoiii
    Pengsan kaknoor kalau mcm tu
    Belum lgi keja kejab dah larikkk malam

    ReplyDelete
  24. huiii..mahalnya lah maid skang...

    ReplyDelete
  25. Mahalnga Anom..sampai 17k..
    muga mudah urusan mencari maid untuk mami Anom..

    ReplyDelete
  26. mahalnyaaaaa dah boleh buat deposit beli rumah dah haaaa. gaji maid pun ada deposit2. kita yang kerja ni pun takde gaji deposit2

    ReplyDelete