Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 21 October 2016

Perempuan, Perempuan jugaklah

Salam Jumaat....

Macam manalah entri ni boleh terdelete pun tak taulah. Memanglah mak ada mendelete draf dekat apps blog tu, tapi tak sangkalah entri published pulak yang terdelete. Nasiblah komen komen korang tak terdelete sekali. Adoyai..... terpaksalah mengarang entri ni balik sebab nak buat kenangan punya pasal.

Untung jadi budak budak sekarang ni. Habis sekolah je mesti ada Majlis Graduasi. Tak payah dah nak tunggu masuk U. Samalah kisahnya dengan si anak dara mak, Angry Bird baru baru ni.

Nak konvo habis Form 5 je pun tapi persediaannya mengalahkan nak konvo Doktor Falsafah je tau! Sebulan sebelum konvo dah berkira kira nak beli baju baru. Tu belum kisah tudung baru lagi tu. Padahal berlambak je tudung dalam bilik tu. Eh tak, nak tudung baru jugak....  


Nasiblah terjumpa baju online yang cantik dan murah, harga Rm50 henggit aje. Apa lagi! Mohlah cepat cepat merembat. Bab bab shopping online ni kita serahkan ajelah pada jiran mak. Mak mana pernah bersoping online! Eh! Bukan jiran sebelah rumah mak yang nama Kak Ton tu ye....ni jiran real punya, jiran taman. Kebetulan anak dia aka kawan Angry Bird pun nak berbaju baru jugak di Hari Graduasi katanya.

Dah disarung jubah, baju baru pun tak nampak..... 




Gud luck untuk SPM dan semoga korang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading nanti ye

18 comments:

  1. waaaa jaman sekarang nih semua ada konvo ek...

    tp labuh sangat jubah si adik nih sampai tak nampak kain baju yg di pakai nya...

    ReplyDelete
  2. Yalah dah kata pompuan memang lah nak cantik je...tapi betullah tak nampak pulak baju cantik tu disebalik jubah.
    Cepat ya majlis garduasi sek anak hainom.Sepanjang pengalaman anak2 yang 3 orang tu dah abis spm baru buat majlis.Apapun makcik doakan angry bird dipermudahkan hadapi spm.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Jenar graduasi budak zaman sekarang..jgn kata sek menengah tadika dh merasa pakai baju konvo..zaman kita dulu selagi tak genggam paling koman diploma tak merasa la pkai bju konvo.

    teringat pulam zaman konvo dulu baju kurung pun kawan pinjamkan..beli tusung bawal manik yg rega 30inggit lebih rasa mahal sgt dh..tak keja lg kan masa tu beli juga kasut high hill sbb di syaratkan begitu.nasib mebe offer baju dia.klu dak macam anak mak jilap la jenuh nk carik baju..soping on9 mana pemes lg zaman 2005.huhu

    ReplyDelete
  5. Kemain lagi anak2 zaman sekarang ni kan..
    SPM pun dah ada majlis graduasi..
    Ok lah tu Nom..
    Dapat juga sarung jubah..
    Dah awal2 pegang scroll tu..
    SPM pun belum mula exam nya..

    Cer tempek sikit gambar baju tu Nom..

    Auntie doakan semua anak2 yg mengambil SPM..
    Dipermudahkan menjawab peperiksaan..
    Berjaya dengan cemerlang..

    ReplyDelete
  6. huii sis kagum dgn generasi remaja belia skrg ni! hihihihi untung la skrg SPM da merasa konvo dlu. Takpe ni pemangkin semangat kan makkkk. Cayokkk! smoga berjaya ke level seterusnya.

    Beli online je mak zmn skrg ni mudah smua hujung jari gituu.. hehhee

    ReplyDelete
  7. sekarang ni tak kira anak perempuan ke lelaki ke, asal ada saja majlis keramaian, mesti nak yang baru aje. Tak kisahlah yang murah pun tak apa, asalkan baru!

    Untung ya budak2 sekarang, baru Pra-sekolah, tadika, SPM...dah ada graduasi, merasa pakai jubah. Dulu-dulu saya ambil scroll juga tapi tak berjubah pun, huhu sedih betul grade di zaman batu!

    Good luck utk Angry Bird dan kawan2nya!

    ReplyDelete
  8. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi jugak.

    Apa2 pun, good luck for SPM.
    Try your best.

    ReplyDelete
  9. Untu glah budak sekarang..apa nk semua dapat. Mak layankn aje..;)
    dah namanya perempuan kan..semuanya nk nmpk kemas dn cantik. Good luck untuk AB

    ReplyDelete
  10. Haha..tu sbb prempuan istimewa..

    Bdk2 spm pn dh konvo ye..

    ReplyDelete
  11. Erkkkk naper anak bujang kita blum sda majlis graduasi? Lewat sikit kot...

    ReplyDelete
  12. Seronok dapat konvo macam ni. Kalau dulu, nak SPM lagi takut. Rasa banyak tak tahu lagi.

    ReplyDelete
  13. Seronok dapat berkonvo macam ni dengan kawan-kawan sekolah.

    ReplyDelete
  14. cantik dan ayu ja Angry bird ni kak..mcm omak dia gak.. haha..
    budak2 SPM & STPM skrg ni mmg grand konvonya kak.. dah mcm konvo U gak.. baju semua nak baru..hehe

    ReplyDelete
  15. SPM belum lagi dah sibuk nak bergraduasi. Huntung betullah budak-budak zaman sekarang ni! Kita dulu-dulu mana ada gaya ginikan Mak. Masa SPM last paper tu, bukan main berdebar lagi nak pack pakaian nak balik rumah! Rasa macam freedom tu dah masuk dalam genggaman! Tapi takdalah sampai ada majlis-majlis graduasi macam ni! Majlis 'berpisah kasih-sayang' jerk yang ada. Hiks!

    ReplyDelete
  16. Hihi anak perempuan kak.. Biasa la tu. Lagipun, graduasi macam ni hanya beberapa kali dapat merasa.. :)

    ReplyDelete
  17. salam nom ..
    podo karo anak ku seng jee..
    baru ngawe Graduation Day jugak neng MSU
    arek lungo ngono kabeh arek baru,
    baju, kasut, legging .. kabeh baru ..
    graduation day punya psl orak opo la

    ReplyDelete
  18. Zaman sekarang, habis tadika pun dia orang konvo :)

    ReplyDelete