Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 31 October 2016

Yang awak tu sebok jugak, apa hal?

Salam Isnin...

Mak ngan SA kan dah buat Pasport Antarabangsa hari tu. Boleh baca entri Pengalaman buat Pasport Antarabangsa. So, Jumaat hari tu mak bawaklah pulak anak dara dua orang tu. Si TLBD lah yang sebok sangat nak buatnya. Kita penuhi ajelah hasrat dia nak buat pasport dulu. Hasrat nak naik kapal terbang, tunggu ajelah ibu menang hadiah Bonanza nanti haha......

Sepatah kata Kak Ton dan Mia Kassim  beriya buat pasport ni, tau tau nanti keluar entri Mak selpie anak beranak kat Krabilah, Bandunglah, Melbournelah, Londonlah haha.... Jangankan London, Singapura pun belum tentu lagi weyh haha....  Yang pasti, memang tak plan nak ke mana mana pun lagi buat masa ni.


Tak sangkalah pulak Jabatan Imigresen Kajang hari Jumaat hari tu orang beratur panjang sampai ke luar cenggini. Memanglah masa mak sampai tu tak berapa nak pagi sangat, lebih kurang pukul 8.45. Biasalah kan, nak menunggu puteri puteri Jilapah bersiap. Bukannya sekejap! Huh...

Tak lama mak beratur tu baru perasan kat papan notis ada tulis, ' Pemohon pasport bawah 18 tahun dikehendaki bawa Sijil Kelahiran @ Surat Beranak'. Adoiyaiiii.....

Tak de pilihan lainlah nampaknya, kena patah balik rumah. Dalam kepala mak ni ligat buat pilihan, samada mak balik ambik Surat Beranak, sementara budak budak berdua ni tinggal, beratur ambik no giliran atau semua pun balik aje? 

Sudahnya, mak rasa eloklah semua pun balik, senang kerja! Kalau nak datang balik, leceh jugak. Parking pun bukannya senang kat Pusat Hentian Bas Kajang, Jalan Reko ni. 

So, mak pun patah balik rumah ambik Surat Beranak dan terus hala ke Jabatan Imigresen Putrajaya pulak. Walaupun katanya taklah urgent sangat nak berpasport sebenarnya tapi demi nak mengelakkan diketawakan dengan Pak Jilapah balik nanti, baiklah mak settlekan hari ni jugak. Tak pe lah jauh sikit pun, janji boleh melencong ke Alamanda kalau terpaksa kena menunggu nanti, kalau kat Imigresen Kajang tu apa yang ada? Nampak tak, bijaknya mak memilih kawasan huaahaha..... 


Mak sampai Menara Ikhlas dalam pukul 10.30 pagi. Dapat no giliran 1475. Waktu tu no yang dipanggil baru sampai 1101.  Staff tu cakap boleh datang balik pukul 3 petang. Mak aiiii!!!..... Tapi, dah katanya alang alang menyeluk pekasamkan....

Mula mula sampai sini mak parking dekat parking lot sebelah bangunan Mahkamah. Walaupun bangunan Mahkamah dengan Menara Ikhlas ni sebelah menyebelah aje tapi naik lenguh jugaklah menapak weyh! Tu yang sempat lagi singgah berposing tu hihi..... Mak tak tau rupanya depan Menara Ikhlas ni pun ada jugak parking lot.


Nak menunggu ke pukul 3 tu bukannya kejapkan, memang elok sangatlah mencucikan mata ke Alamanda dulu. ......

Lepas makan, solat zohor, barulah pergi balik ke Jabatan Imigresen. Sampai sana dalam pukul 2.20. Lampu kaunter pun belum bukak lagi weyh.


Ingatkan giliran mak dah dekat nak sampai tapi malangnya masa tu baru sampai no 1188. Bayangkan ajelah weyh pukul berapa nak sampai giliran mak ni. Tanya jugak dengan staff kat situ sempat ke nak sampai ke no giliran 400 ni? Bukan main confident lagi dia cakap sempat! Sebab walau macamana sekali pun, diaorang akan habiskan jugak no yang dah dikeluarkan untuk hari tu. Bertabah ajelah menunggu.....

Korang tau tak? Sehari suntuk mak betapa kat Imigresen hari Jumaat hari tu! Pukul 6 lebih baru sampai giliran. Pergh!!! Kalau rebus kulit kerbau harus dah empuk ni weyh haha...... Nasiblah surau ada kat Tingkat 1. Lepas solat  Asar, naik balik, barulah sampai giliran mak. Bayaran dan serahan kena buat minggu depan katanya. So hari ni, nampaknya ke Putrajaya lagilah kita...... Yahooooo dapat jalan lagi!!!. 

Mungkin mak pergi salah timinglah kot kali ni. Siapa suruh buat pasport time dekat dekat nak cuti sekolah cenggini? Dah tentulah ramai yang dah book tiket flight nak berjalan. 

Yang awak tu sebok jugak, apa hal? 

33 comments:

  1. Filing-filing jalan obesi gaya ni Nom..
    sibuk2 buat paspot tu..
    Esok2 tengok selfie jadi Maharaja dan Maharani di Korea hahhaha..


    ReplyDelete
  2. Kalau duduk di sana buat passport tu mestilah ada perancangan nak keluar negara
    Lain kalau duduk JB ni buat passport bukan apa dinda sebab sedara kat seberang tambak. Nak makan angin jejauh memang tak adalah..

    Plan nak kemana tu dinda?

    ReplyDelete
  3. perkkkkh seharian yek kt imegresen... pastu tak blh siap trs lak tu

    abis balik tu kene gelak tak ngn pak jilap?

    ReplyDelete
  4. Alah..macam la I tak kenal U..memang ada plan nak jalan2 tu..kan??Malu2 pulak nak mengaku.hehehhe...Nak kemana plan nya tu?bisik2 la..

    ReplyDelete
  5. ramainya org....blom ada pengalaman buat pasport...hehehe...dah boleh jln jauh2 la lpasni...

    ReplyDelete
  6. gitu le kak situasi nye nak buat paspport...baik pi ari sabtu..subuh sapieee dah q kat utc tuh....tak kacau cuti hari kejer kan ....

    ReplyDelete
  7. tudia kak lamanye ... kami ari tu dpt on the spot .. tgu dlm 30 minit je buat kat pudu

    tu pun dtg pg ptg br dpt amik gambar tp dpt la blk rumah dulu pas amik no. dtg blk pastu

    ReplyDelete
  8. kemain pnjg beraturnye ek.. kat sane takde utc ke kak?

    ReplyDelete
  9. pglmn saya, buat kat Putrajaya tu mmg sgtlah senang dan sekejap. Mungkin sbb akak pegi tu silap timing..hehe..

    ReplyDelete
  10. Amboiiii mesti nk jalan jauh ni Nom
    Sanggup seharian di imegresen
    Ke london lah tu agaknyaaa tu kan

    ReplyDelete
  11. Mujur dapat juga angka giliran kat Menara Ikhlas tu. Masa kakcik pergi dulu, langsung tak dapat nombor... Sedih!

    ReplyDelete
  12. Lama betul prosesnya nak buat pasport ni. Memang kematu dibuatnya nak menungu lama macam tu. Alhamdulillah selesai sudah. tunggu ambil pula nanti.

    ReplyDelete
  13. Ek eleh, tak ngaku nak jalan tu, tkde sape nk ngabih duit buat pasport sesaje tau, sorang dah 200, ermmmm..ko pegi jelah manapun, ko jgn lupa buah tgn kt aku ek, hehe..
    Apa criter diet minum air 3 liter ko tu mak?

    ReplyDelete
  14. Akhirnya dapat siap juga pasportnya. Nak berjalan jauh tu buat pasport.

    ReplyDelete
  15. seharian dok kat Imigresen tu. Planlah pergi mana-mana Mak. Rugi rasanya dah buat passport tapi peram ajer. Hujung tahun pun dah dekat ni, boleh berjalan anak-beranak!

    ReplyDelete
  16. Iols renew passport kat UTC Melaka, sejam je. Bhahaha. Takde orang. Orang jaga kaunter lagi ramai dari yang datang nak buat passport. Ke...time tu bukan musim cuti sebab tu suasana hiba gitu. hahaha

    ReplyDelete
  17. Aduh, cam gini agaknya le kalau Nur nak buat pasport..kena byk bersabar ni...dah la cik abg kurang sabar huhu

    ReplyDelete
  18. Kalau berurusan dengan Imigresen, Mak kena berkampung sekali kat situ.. Saya pun ada pengalaman yg sama Mak.. Ambik nombor awal tapi giliran sampai petang.. Bertabahlah.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. Lamanya menunggu kak.. makk aii seharian tu.. sllu klu buat pagi, petang dah boleh ambik kan.. mmg ramai sgt permohonan lah tu smpi mcm tu skali.. alahh kak takpe lahh.. dpt juga cuci2 mata kt alamanda tu.. haha.. sekali harung! Ni mesti nk gi obersea ni...hihi baik ngaku...

    ReplyDelete
  20. wahhh! dah cukup korum, sekeluarga dah ada passport...tak lama dah tu,tungguuuu!:D

    ReplyDelete
  21. bertabahlah mak, yang penting dapat jalan2

    ReplyDelete
  22. Kalau reen di tempat kak hainom.. Dah balik tu memang jangan harap nak pergi lagi skali. Lagi2 ramai orang.. Tabah dan sabar sungguh kak hainom dan anak2..

    ReplyDelete
  23. salam nom ..
    bojo ku baru blk mlm td lps 3 minggu neng Norway, sweden, Denmark karo Iceland ..
    balik ngomah mbising omongnay panas say neng kney ..
    owalah baru telung minggu neng kono wes ngeromet panas ..
    enggo isola riko ngelencer pulak

    ReplyDelete
  24. ade juga buat , punyalah ramai umat manusia ,
    manalah depa nak pi berhijrah erk ?

    ReplyDelete
  25. Alahai, Mak ni! Nak berahsia pulak! Cakap ajelah nak ke mana, apa salahnya. Nak pergi haji katanya turn 2019kan. Musim haji pun dah habis dah ni. Nak pergi umrah anak beranak ke?

    Dah tau sesak, pi juga buat apa. Imigresen ni kalau kata kena menunggu memang siap balik memasak berdandan bagailah, baru nombor kita dipanggil.

    Kita dah biasa dah menunggu dari pagi sampai ke petang sambung lagi lepas waktu pejabat sampai tergendala urusan seharian. Itu perkara biasalah bagi pihak imigresen.

    Tak ke rugi Mak dok bayar buat passport tapi tak ke mana-mana. Mak ni saja nak simpan rahsia ni. Kita tau dah!

    ReplyDelete
  26. hahahaha... sabar akak.. memang nk bt passport kena sehari suntuk. nina pun 6 jam dlm imigresen tu walaupun dtg awal 7 pg. hehehe

    3 jam tambahan tunggu siap, boleh p JJCM, selfie haha

    ReplyDelete