Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 22 November 2016

Nostalgia Sup Cendawan

Salam Selasa......

Kepada pemenang GA Anniversary yang belum bagi detail tu, silalah email mak secepat mungkin ye! Mak nak kasi settle cepat...... Hari ni, marilah kita kembali ke dunia nyata pulak. Cukup cukup sudahlah berangan angan di awang awangan tak berkesudahan tu haha...... 

Semalam ke Tesco. Biasalah......beli barang dapur. Weekend kan bizi, maklum ajelah, dia sorang yang sambut anniversary dalam dunia. Terbeli pulak roti panjang ni. Apa ke namanya, Baguette! Dalam kepala dah terbayang bayang garlic bread sebenarnya.  

Yang jadi teringinnya, weekend hari tu mak ada makan garlic bread dengan satu sup ni. Rupa dia ala ala Sup Cendawan, tapi bukan. Warnanya kuning kuning macam masak lemak. Rasa dia macam ada rasa rasa cheese, macam ada rasa rasa bawang putih, sedaplah! Entah apalah nama sup tu. Lupa nak tengok kat menu. Itulah pasalnya, bila ternampak roti ni kat Tesco semalam, terus mak sambar....


Nak buat sup tu tak reti, kita lawankan ajelah dengan sup yang mana reti. Beginilah rupa kejadian Sup Cendawan mak pagi tadi. Boleh cuba resepi Azlita masam manis kalau nak. Mak macam biasalah, tengok bahan bahan penting aje, selebihnya belasah haha....Tu yang terpekat jadinya tu.....

Teringat masa first time makan Sup Cendawan dulu dulu. Masa tu si abang baru umur setahun kot, makan kat Pizza Hut, mak orderlah Sup Cendawan ni. Dalam kepala memang membayangkan sup air yang macam biasa kita buat kat rumah tu. Tapi, sekali datangnya sup macam ni. Aduh!!! Loya tekak mak, tapi tu dululah, tak biasa makan kan, sekarang, bagi seperiuk sup ni pun habis kot haha.... 

32 comments:

  1. dah mcm sos carbonara sy masak pagi tadi untuk jamuan kelas fahim tu ....
    sy pun suka sup cendawan mcm ni mkn dgn roti keras tu ... roti garic tu ..sedap

    ReplyDelete
  2. Jauh nak pos hadiah ke Sabah tu kak..haha.. kami anak beranak klu beli roti cenggini makan cecah dgn Teh O jak kak. nak buat sup cendawan, manalah reti masak kak... haha (sabor lah en kuling dpt bini dok reti masak :P).. klu gi pizza, dapatlah makan sup tuuuu... hhihi

    ReplyDelete
  3. pjng roti!!!sedap sup cendawan

    ReplyDelete
  4. Bab2 sup cendawan ni, kita beli yang segera,balik masak & tambah susu segar @ air, siap, maklumlah nak masak sendiri x reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huk aloh, tipulah UA tak pandai masak sup cendawan, saya pandai je, mushroom soup yg tak pandai nak masak.

      Delete
    2. Sup cendawan vs mushroom soup tak sama erkkkkk? ~_^

      Delete
    3. Aduhai! Kelakarlah korang! Tepuk dahi kita yang tak suka memasak ni waima mushroom soup sekali pun ^_^

      Delete
  5. Pekat betul sup cendawan tu.. makan ngn spaghetti pun best..

    ReplyDelete
  6. Bagus makan macam ni..x yah amik nasi dh...nak diet pun ok ni

    ReplyDelete
  7. Roti baguete ni rupanya. Memang rangup. sedap potong makan cicah sup cendawan. Sis potong roti tu lawa je. ada pisau khas ke?

    Maznee potong jadi kemik. Haha

    ReplyDelete
  8. Sapu dgn butter dan garlic powder dinda. Bakar sikit baru cecah dgn mushroom soup mesti diet dinda hancur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh! ni terbaik ni kak zakie =)

      Delete
  9. sedap nampaknya OKje. saya ni suka makan benda camni
    tapi si cinta hati tekak melayu
    nak suh makan benda camni
    cam suruh makan racun!

    ReplyDelete
  10. Clam chowder ke, Mak?

    Jangan rasa terperanjat pulak. Ni kita nak pecahkan rahsia. Kita suka sup cendawan ni. Adik Cute tu ikut kitalah agaknya suka betul mushroom soup. Sedap apa. Entah kenapa tetiba rasa cendawan tu sedap ^_^

    Ni kalau buat garlic bread lepas tu cicah-cicah dalam mushroom soup yang pekat likat, uhuh... rasa tak nak berhenti makan!

    ReplyDelete
  11. setuju ngan kak zakie tu, sapu butter ngan galic dan cicah pulak mushroom soup... sedapnya.
    Amy selalu beli butter yang dah siap-siap ada garlic tu.

    ReplyDelete
  12. Roti panjang tu bukan ke orang panggil roti perancis...ntah bunda pun bukan tahu sangat pon...

    Sedaplah tengok sup tu...nanti nak g beli yang dah ada tu jer , hak kimball tu...kita kasi cicah roti putih pun boleh jugak kan... hehe

    ReplyDelete
  13. Kakcik suka makan sup cendawan lemak berkrim ni...

    Sup cendawan busut laaagiiiii kakcik suka (tapi dah lama beno tak makannya...)

    ReplyDelete
  14. Sedap roti cicah dengan mushroom soup. Dulu PH pun tak lalu makan sup cendawan macam ni. Tak tahan bau mushroom, butter and cream. Terus nak huwek huwek. Tapi dah biasa sekarang. Suka pulak especially with lots of pepper makan panas-panas.

    ReplyDelete
  15. Sup cendawan ..
    Perghh tahap rajin dewa dewa ko tu nom..
    CH selalu buat instant sup cendawan tu jer..
    Lebur dalam piyuk..
    Letak air sikit..
    Pastu sapu butter garlic..
    Bakor jap..
    Jadi lah anak beranak..
    Mmg suka beli sup cendawan ni..
    Kalau gi pizza..

    ReplyDelete
  16. Sedapnya Mak, makan rot cicah sup cendawan. Kalau saya, mushroom soup segera ajer makan ngan roti putih.

    Td try bukak Warisan Bonda nak intai resepi, takleh pulak! Kenapa ek?

    ReplyDelete
  17. Tunggu bln pose baru google resepi nak buat, tiap kali nk buat google dulu, kalo tk google tak pandai juga. Tapi cam UA cakap, beli yg segera pastu tmbh je susu cair.

    ReplyDelete
  18. Sup cendawan biasalah makan.
    Roti panjang tu macam X pernah beli.

    ReplyDelete
  19. Memang sedap sup cendawan cicah dengan roti panjang tu.. nyum2

    ReplyDelete
  20. Bab Sup cendawan ni jangan cakap la..feberet MK .. time duk kat uk dulu.. sup cendawan memang selalu MK cari.. sedap sangat ..lebih2 lagi makan dengan roti dengan garlic segala butter lagi..

    Sedap uolllsss

    ReplyDelete
  21. senang je bt sup cendawan versi umh tp byk proses sikit. hehee. panjangnya roti tuuu

    ReplyDelete
  22. Pekat tu yang sedap kak.. Bila cicah, dapat makan sup mushroom banyak kat roti. Rasa pun umphhhh!

    ReplyDelete
  23. sedap nampak.tambah lapar pula k ni

    ReplyDelete
  24. sedapnya makan roti cicah sup cendawan

    ReplyDelete
  25. adoiiii tetiba terliur. tetiba teringat pizza. tetiba diwaktu sekarang tengahari2 buta ni

    ReplyDelete