Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 8 December 2016

Air yang hilang

Salam Khamis .....

Dah dua hari mak tak dapat menikmati mandi dengan sempurna hokey! Masuk hari ni, semua bekas pun dah hampir kering. Tangki, lagilah.... semalam lagi dah kering . Semalam, solat  4 waktu pun mak bantai solat kat Aeon. Kalau boleh Solat Subuh pagi ni pun mak nak solat kat sana, nasiblah Aeon belum bukak lagi. Maka guna ajelah saki baki air yang mana ada tu. 

Adoiyai siksanya tak ada air weyh!

Baju tak payah cakaplah. Memang segunung intan tepi toilet tu. Nasiblah sempat settle baju kotor yang trip masa balik kampung hari tu. Kalau tidak, tak taulah macamana sekarang ni.


Pagi tadi, warga Indon yang duduk sebaris dengan rumah mak tu mintak izin nak ambik air. Dah tak ada air nak membuang katanya. Biasalah kan, time time gini.... syaiton mulalah menghasut. Nak bagi ke tidak? Nak bagi ke tidak? Hihi.....


Sebenarnya bekas ni dulu, bekas tong sampah, mak letak depan rumah untuk tadah air hujan. Buat siram siram pokok, basuh basuh lantai. Belum terfikir pulak mak nak guna air dalam bekas ni sejak timbul krisis air macam ni sebab mengenangkan sejarah silamnya....

Tapi kalau dah berlarutan tak ada air macam ni, nampaknya kena fikir baliklah hoho..... 

 

31 comments:

  1. Ya Allah :( tabah la mak .. moga air hidup dengan segera.. Mak hantar je kain2 tu g dobi!! hahahahaha.. mak Unni tertnya2 ni, mak kasi ke air kat warga indon tu?? hihihi..

    ReplyDelete
  2. yang indon tu ambik air dari bekas hitam ni ke :p

    ReplyDelete
  3. laa ye ke kak..still krisis air ke...teruk no la mcm nie..krisis ekonomi..krisis air plak ...hurmmmm dimanakah silapnyer....tabah kak ye....

    ReplyDelete
  4. sshkan dok bandar klu xde air..kt kg xpe ada perigi..:)

    ReplyDelete
  5. Balik kampung ajelah dinda. Tunggu sampai ada air semula.
    Ala bukan kerja pun. En sado dinda tu suruh aje mandi kat tempat kerja sebelum balik. Nak pergi kerja bawa towel bagai mandi sana.

    Susah memang kalau tak ada air. Itu yg serba tak kena kalau ada pulak yg nak minta air serba-salah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus idea kakzakie tu Nom..
      Jom gerak balik kampung..
      Alasan kukuh tu air tak ada :D

      Delete
  6. memang derita takde air ni. kami sebulan lebih krisis air. minggu lepas alhamdulilah nampak dah bayang dia datang balik. legaaaa tak payah nak bangun pukul 3 pagi tahan air dah huuuu

    ReplyDelete
  7. Adoi.. seksanya bila tak de air.. pernah mengalaminya..
    Sabarlah sis.. memang dugaan sungguh nie..

    ReplyDelete
  8. Jiran-jiran kakcik pun mula bising ketiadaan air walaupun notis awal telah diberi. Tapi, iyalah, bukan semua orang ada bekas besar untuk mengisi air. Lagi pun selama mana tahannya kalau keluarga ramai, kan? :(

    ReplyDelete
  9. Sejarah hitam dan sejarah silam, haha
    Habis ko kasi tak airnya?
    Takkan tak bagi kot

    ReplyDelete
  10. Cian nya ...balik2 je takde air pulak ya nom.Takpe bwk je kainbaju tu ke dobi .
    Kalau dah darurat ,jangan dikenang lagi sejarah silam tu nom....tak kan nak kesat je kan ,hihiii.

    ReplyDelete
  11. Inilah nasib kami kt sini, katanya dok tepi Sungai Jelai tp terputus air sokmo..

    Yang untungnya, bukan kita punggah air @ basuh kain baju, insan di sebelah sentiasa menbantu 24jam, camana le bini tak naik lemak..

    Inilah untungnya ada To'Laki, samalah dengan awak geng, hu3

    ReplyDelete
  12. dh baper hari takde air kak?
    seksa btl klu takde air kan kak nom...
    nsb la dkt ngn aeon kalu tak haru jgk kan...

    ReplyDelete
  13. Seksanya kalau tak ada air. PH kesiankan Hainom dan mereka2 yang mengalami catuan air. Harap2 bekalan air akan pulih dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete
  14. aina da merasa xde air dlu masa duduk cheras. jenuhh nak menadah! Sampai tadah dalam mesin basuh makkk huhuhu *_*

    ReplyDelete
  15. Mmg stress hidup ni bila air tak de...
    Nasib baik kat umah Nur ni ok lg...hari tu 1 mlm tak de air mengelupar dahh

    ReplyDelete
  16. Umah ira smlm tak de air.. Baru beberapa jam, kitaorg da resah.. Kalau berhari tak tau la nk kata.
    Akak 2 hari xde air lg la ye.. Huhu..
    Kalau da kritikal, berguna juga air hujan yg akak tadah tu..

    ReplyDelete
  17. x boleh buat apa dah okje...sabo je...nasib baik umah noe ada air lagi..

    ReplyDelete
  18. sabar je la kak..... kite pernah xde air 2 hari tp tangki kat rumah tu berthn...kami 4 beranak je .....mandi mama catu .... mama je boleh mandikan bdk berdua tu .... klu x empat tangki x cukup klu depa mandi sendri ....

    bsh bj hantar dobi nilai...mkn seharian kat nilai ... x mkn kat selangor putrajaya ...xde air ...kebersihan tak terjamin.....

    ReplyDelete
  19. Bab air tak ada ni mmg susah nom..
    Pernah merasa Nom..
    Nasib baik masjid negeri shah alam tu dekat..
    Boleh menumpang mandi kat situ hihi..

    ReplyDelete
  20. alahai.. memang lemah bab takde air la.. lagi kalau berderet anak kecik2 macam kami ni..

    ReplyDelete
  21. Sama lah kita daerah Kuala lumpur, Hulu Langat n Petaling terlibat catuan air kan.
    Katanya sehingga 13 hb ...lepas tu baru pulih...berperingkat-peringkat.

    ReplyDelete
  22. alahaiiii kesian nye kat Anom
    mmg susah sangat tkde air
    semua benda nak masak nak basuh mmg kena ada air
    apa lagi nak minum aduhh bersabarrr lah ya
    insya ALLAH tak lama tu rasa nya kan

    ReplyDelete
  23. Ala truk btul xde air ni..sbr ye kakn.

    ReplyDelete
  24. ok dah ker?? kami kat sini syukurlah tak hilang airnya.. memang siksa jiwa raga rasanya kalau takder airni.. .dulu duk asrama takder airpun meroyan.. tu bujang nikan pulak dah berkeluarga... harap ada penyelesaian...

    ReplyDelete
  25. Stress betul kalau air r letrik xde kan.. buat tak keruan jadinya.. dlaam pantang hari tu kwasan kami pun kena catuan air.. mil beriya la masak air bg org dlm pantang mandi..naim nazif mula2 tak suka sb kena mandi air sejuk.. dh biasa tekan je bila xde, mula la tak keruan..

    ReplyDelete
  26. biar tak de letrik... jangan tak de air... huhuhuhu

    ReplyDelete
  27. Susah klu takde airkan..pernah juga xde air, terpaksalah tadah air guna box 4 segi yg isi baju tu hahaha.. Janji boleh tadah air

    ReplyDelete
  28. Tak bolehlah kalau takda air ni. Terasa siksa jiwa raga dan batin tau. Ada satu hari tu, cuma beberapa jam aje air tutup tapi Kak Ton punya paniknya, oh my.. stress satu rumah kena bebel dengan Kak Ton, belakang Mamilah. Depan Mami mana berani nak bebel-bebel. Jaga imej katanya!

    ReplyDelete