Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 22 December 2016

Genting Highlands Cable Car

Salam Khamis.....

Malaslah nak cakap pasal air...... dah masuk 3 hari rumah mak tak ada air hokey!! Adalah keluar sekejap, tapi nak tadah pun tak sempat. Jiran setaman dah siap membasuh baju, sampai kat paip mak, air yang keluar halus ya amat! Tak sampai 2 baldi air dah berhenti pulak.   Kalau ikutkan jadual catuan, taman mak tak termasuk kali ni, tapi entahlah ...... kali ni, pam tangki tadahan taman rosak pulak katanya. Mencik tau!

Daripada menunggu air yang entah bila nak munculnya, baiklah mak berjalan jalan tenangkan fikiran hihi....... Macam tak biasa hobi Pak Jilapah tu, kalau ada air pun mengukur jalan, inikan pulak tak ada air! Mengukur jalan kuasa dualah jawabnya hihi.....

Teringin pulak nak ke Genting Highlands kali ni.

Sejak outdoor Theme Park tu tutup rasanya kurang tarikan dah Genting Higlands ni. Selain banyak jalan tutup sebab kerja kerja pembinaan ala ala Universal Studio, udara kat sini pun dah tak berapa nak nyaman sebab berhabuk. Tapi.....entahlah, walau macam mana keadaannya, mak suka pergi Genting Highlands ni. Al maklumlah, nak merasa kesejukan negara Korea macam Lieya Latiff entah bilalah kan huhu.....

Masa sampai tu memang baru lepas hujan..... so bestlah!! Berkabus dan sejukkkk gitu....



Dah wujud shopping mall baru rupanya kat sini, Sky Avenue! Baru mak tak jenguk setahun dah macam macam yang muncul haih!!..... Shopping mall ni bersambung dengan First World Hotel. Masa mak pergi hari tu baru 3 hari bukak katanya. Patutlah masih banyak shop lot yang kosong. Lenguh kaki jugaklah kalau korang nak window shopping kat sini.Memang cantik dan kurlaslah tempatnya.

Anak anak dara Pak Jilapah


Yang ni pulak, mak dara Pak Jilapah hihi....


Dalam Sky Avenue ni ada satu station Cabel Car baru ye. Halanya ke bus stop katanya. Bus stop mana jangan tanya mak, manalah mak tahu hihi.... Sekarang ni masih dalam tempoh percubaan. Tiket dalam Rm6 henggit kalau tak silap. Teringin jugaklah nak naik dah katanya alang alang naik Gentingkan, tapi tulah...... cable car ni sehala je, balik nanti kena menapak. Terus cancel..... Sapa yang sanggup!! Sakit wooo lutut ai....  


Nasiblah masa jalan jalan yang tak tentu arah tu, mak terlalu kat Hotel Maxim dan terjumpa satu lagi station Cable Car.  

Tiket : Rm12.80 pergi balik dari puncak Genting ke Genting Skyway.  

Kecut perut oi!




38 comments:

  1. selamat malam Nom
    wah ke GH ke KOrea ni macam Korea la kan berkabus gitu hehee
    Enjoy ur holiday NOm duduk je lama2 kat sana tu
    balik umah pun tkdo air kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik hari je KN.... Dokek yo ngan rumah. Sojam lebih dah sampai hihi...

      Delete
  2. Mak dara ya kak. Hehehee akak dapat naik cable car yang berkaca tu? Reen teringin nak naik. Weeeee dapat tengok pemandangan bawah ala-ala macam tengah terbang gitu :p

    ReplyDelete
  3. Gayat jugak kan naik kereta kabel tu.
    WP dh beberapa kali naik. Dalam hati 'kalau putus kabel ni, mampus aku'.

    ReplyDelete
  4. Nur lg lama tak naik genting ni..rindunya
    Paling suka berkabus ni mcm kat oversea gituuu
    Cable car...mmg gayat tp rugi klau x naikkk

    ReplyDelete
  5. Lama betul dah rasanya kakcik tak ke Genting Highland tu. Dulu pernah pergi bawa kawan sekeluarga dari Sarawak, masa turun brek kereta macam tak berfungsi (mungkin sebab lebih muatan kot). Kecut jugalah perut dibuatnya...

    Seronoklah kalau pergi waktu berkabus macam tu... rasa macam kat obesi je... :)

    ReplyDelete
  6. waaah kerlasss sgt da ada mall~! aina pun lama x naik genting, nak tunggu dia siap la hihihi teruja jugak nak tgk ala ala rupa universal studio =)

    ReplyDelete
  7. wahhh ;) Nampak berkabus jer genting ... CB dah lama tak naik genting lorr !!banyak dah berubah landsakpnyer , view pon cantikk

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak gi genting Nom weyyy..
    Gi pun masa honeymoon tu hari..
    Pegi Bukit Tinggi tu..
    Elok juga menggamit memori utk 15 tahun anniversary CH tu kan..

    Nak juga naik cable car tu hihihi..
    Pastu berkabus.. nyaman jer :D

    ReplyDelete
  9. Lupakan masalah air seketika ya nom....oklah tu kalau tidak boleh meroyan dibuatnya takde air ni...memang sakit hati dibuatnya.
    Akak kan kalau dipelawa naik cable car ada pengsan lah jawapnya ....sedang kan naik jejantas akak dah pucat lesi dek kerana gayat.

    ReplyDelete
  10. Best nya! PH suka cuaca sejuk2 gitu. Dah lama pun tak naik Genting Highlands. Tapi seramlah, Hainom. PH takut nak naik cable car tu. Sure tutup mata rapat2. Rugi kan?

    ReplyDelete
  11. Seronok berjalan-jalan makan angin ke sana.

    ReplyDelete
  12. Sekali sekala naik kebal car ni seronok juga.

    ReplyDelete
  13. Rasa nak pergi juga bila tengok ni.

    ReplyDelete
  14. Macam best nyer kabus-kabus tuuu tapi boring kannnnn sana.

    ReplyDelete
  15. Lama naw dah tak ke genting tu, aku ingat masa ank aku kecik2 penah gi sekali jer, dasat tol.
    Bestlah ko takdo air je pi jenjalan, camtu beztla takdo air kan, makan tanggung, meyak cangkung, kuikui..
    Alhamdulillah..rmh aku takde catuan air.

    ReplyDelete
  16. WAHHH BESTNYA Mak..lama bebenor x genting... mak dara pak jilapah tu comel..hihihi

    ReplyDelete
  17. amboi anak2 dara dah sama besar dengan maknyer... comey2 pulak tu.

    ReplyDelete
  18. amboi..anak sulung tak bawak sekali ke

    ReplyDelete
  19. Berkurun lama tak pergi Genting Highland ni....rasanya last naik tahun 2006 dulu..hahaha..

    Hari ni dah ada air tak kat taman tu? Kot takde boleh la panggil si Jamal tu buat demo pakai towel...kikikiki

    ReplyDelete
  20. lama tak kesana juga .. ajak suamipun katanyer tak best selagi tak bukak taman kat luartu... kita sajaler nak rasa kabus2tu... nak ke korea memang tak dapat ler...

    ReplyDelete
  21. salam singgahlama xpergi genting...

    ReplyDelete
  22. Macam kecut perut lak tengok.cable car tu ..

    Memang nampak bestlah berkabus cenggitu mcm kat obesea

    ReplyDelete
  23. Ooo dah bukak ye mall tu. Aritu saya pi tak bukak lagi.. Saya tak berapa suka pi Genting tu... ramai ya amat pengunjungnya... lepas tu hisap rokok dalam bangunan... 😭😭😭 saya balik demam 3 hari...

    ReplyDelete
  24. Ooo dah bukak ye mall tu. Aritu saya pi tak bukak lagi.. Saya tak berapa suka pi Genting tu... ramai ya amat pengunjungnya... lepas tu hisap rokok dalam bangunan... 😭😭😭 saya balik demam 3 hari...

    ReplyDelete
  25. Makchaq tak pernah pi Genting. Dah lebih setengah abad tak pernah pi rasanya tak pi la sampai kesudah...
    Sejuk2 seronok la berjalan kan.. tak berpeluh2 berlengas..
    Awat makchaq dok ingat Nom duduk Melaka/Johor.. pelik?

    ReplyDelete
  26. aishhh kak...lieya ni pun dalam2 outdoor tak siap lagi tu ade 2 kali dah naik genting hah heheheeh...sebab suke dok awana tu...pool die air panas...syok nak berendam sesuai utk org2 yg ade penyakit kaki krem mcm lieya ni yg jenis tak tahan sejuk ekekeekekekek.....

    ReplyDelete
  27. xpernah lagi pergi genting...paling dekat pown di kaki genting je...IAB....pown dah sjuk sesangat dah rasa masa tu...

    ReplyDelete
  28. Nom udah2 lah bergolek kat tiang cable car tu..
    Update lah entri baru hahhahah

    ReplyDelete
  29. Da lama x naik genting ni.. Lebih 20 tahun kot.. Hehe..
    Padahal dekat je dgn kg ira..
    Tiap kali ajak en suami pegi, ada je alasan dia.. Katanya xde benda la.. Xde apa kat situ.. Huk..huk.. Sabar je la..

    ReplyDelete
  30. jauh gak kan kabel car ni. kalau saya seriau gak. risau macam2

    ReplyDelete
  31. dah siap ada mall plak kat sana...dah berzaman tak merangkak ke sana...
    tak sejuk ke kaki tangan tu naik cable car tu...

    ReplyDelete
  32. huhu..lya tkut kot nak naik cable car tu.. hehe

    xpnh smpai lg GH ni..

    ReplyDelete
  33. huwaaaaaaa tak pernah sampai ke genting lagi. rasa macam jauh sgt dan tinggi sangat nak naik tu ekekekeke

    ReplyDelete
  34. teringin nak ke GH.
    sebab tmn tema nyer tutup, tu yg aida x gi.
    buat bazir aje naik situ kan hi hi hi...

    ReplyDelete
  35. Kak Ton masih konpius lagi tau macamana ek Mak boleh menari sambil bergayut kat tali cable car Genting ni? Dahlah berkabus! Mak ni memang jenis berani sakanlah yerk ^_^

    Mak, ni pi habaq kat PakJilap... cakap kat dia uban dah nampak. Hilang dah kemachoan Yem Rambo Mak tau. Dahlah Mak tu perasan muda sesaja, tak akan PakJilap nak perasan tuakan, kan, kan!

    Lama eh tak naik Genting. Katanya nanti adik HD datang, nak dibawanya ke Genting ni. I kata, go ahead. Pi lah naik waktu I pergi kerja. I malas nak naik Genting. I jual mahal gitu ~_^ Mak rasalah, HD kisah ke kalau bininya tak nak pergi?

    ReplyDelete
  36. Wah!! Jenjalan hujung tahun ye kak..

    ReplyDelete