Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 1 December 2016

Kami tanpa dia....

Salam Jumaat....

Hari ni mak bersiaran dari kampung hokey!! 

Balik kampungnya semalam. Balik kampung kami kami aje tanpa Pak Jilap buat pertama kalinya. Dan pertama kali drive sendiri jugak!! Rasa jakunlah pulak. Rasa bangga dengan keupayaan diri sendiri. 

Keluar Ayer Keroh, masuk highway AMJ. Nampak orang jual keria. Tak dapat Keria Antarabangsa, dapat Keria Semabuk pun jadiklah. 

Sebijik 50 sen, borong terus Rm10 henggit. Makan panas panas dalam kereta anak beranak. Sedap !

Sampai jambatan Muo, hujan lebat selebatnya.

Nak menyinggah makan tengahari macam mana ni? Dahlah mak fail bab parking. Nak makan kat rumah, lagilah, nak kena masak lagi, nak kena beli lauk mentah lagi, lagilah 2 kali malas haha..... Time ni dan dan teringat kat laki i tau, kalaulah Pak Jilap ada huhu..... 

Sudahnya makan malam sekalilah.... 
Ini Mak Jilap yang punyaaaaa haha.... Kuey Teow Chicken Chop. Menu terbaek dari Nora Cafe.

24 comments:

  1. 50sen kuih kita sekarang ek. huhu. best balik kampung mak

    ReplyDelete
  2. akak lama tak balik mou Anom..
    rindu nak mkn satey n meebandong n asam pedas muo..

    ReplyDelete
  3. makan panas-panas kuih tu memang sedap

    ReplyDelete
  4. Semangat balik kampung sendiri walau drive sendiri tak rasa penat dinda
    Apa lagi muka mak dah terbayang depan mata. Selagi ada peluang dinda gunakan sepenuhnya. Budak-budak pun dah cuti kan.

    Malam ni boleh keluar lagi. Boleh JJCM:)

    ReplyDelete
  5. bestnya balik kampung!! tahniah mak berjaya drive sndri shingga ke kampung.. sedap kuih tu.. nyummy!!! hujan2 macam ni best layan kuih macam tu

    ReplyDelete
  6. Tahniah verjaya drive sendiri balik kg okje

    ReplyDelete
  7. Bestnya Hainom makan kuih keria! Terrer lah boleh bawak kete jauh-jauh hee..hee.. Wah, kuay teow and chicken chop. Bagus kombinasi gitu.

    ReplyDelete
  8. kadang2 kalau tanpa si dia tu terasa jugakan, bila bab2 yang susahlah macam nak cari parking ke hehehe..

    amboi2 sedap tu menu kuey teow dgn chicken chop sepinggan gitu

    ReplyDelete
  9. Wahhhh...
    Datin Hainom dah berjaya drive sendiri kekampung tu..
    2 Tumb up

    Dah musim hujan sekarang ni..
    CH pun tak tahu nak bawa anak jalan mana ni..

    ReplyDelete
  10. Nom...masih kat kg lagi ke?oklah tu bila lagi nak berlama2 dengan mak kan...Kalau tak cuti sekolah ni.Tapi cian pulak pak jilap tu balik kerja tak de orang sambut.

    ReplyDelete
  11. Makin femes ye kuih keria nie.. hehehe.. merata-rata orang share..

    ReplyDelete
  12. Samalah kita Mak, bila drive macam Nico Rosberg. suruh parking terus ermm..arrr

    ReplyDelete
  13. Tok tok tok..
    Assalam..
    Masih mengeram dikampung ke Datin Nom..

    ReplyDelete
  14. salam OKje...masih kat kg ke?? bess ler... dah terror la ni...dah boleh drive sendiri blk kg...

    ReplyDelete
  15. Kuih keria makan panas2 memang sedap. Selalu makan mase kecik2 dlu..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  16. Keria makan waktu hujan pun sedap kan kak! :p

    ReplyDelete
  17. keria fevret laki i tu ihihihi. kan kak. bila drive sendiri waktu2 kecemasan macam tu dan dan teringat laki. kalau lah kalau lah huuuuu

    ReplyDelete
  18. ape ni ?????? kuih keria sedap !!! adoi.. lapar plak perut haa..

    ReplyDelete
  19. kita pulak dah biasa balik kampung kita2jer... lagi seronok sebab boleh lompat bintang... kuih keriatu memang nampak sedap tak rugi beli sepuluh hengget teruskan...

    ReplyDelete
  20. wohhh melting tempting dah ni...soo sedap so attractive so menggoda...nih nak g cari jugak nih..

    ReplyDelete
  21. wah... tepuk tangan... first time baca okje drive.. hehehehe

    ReplyDelete
  22. aida pon x pernah lg rasa keria antarabangsa tu Nom.
    selalu ulang ckp dgn mr.asben tau.
    dulu time tak glamer, kita tak pernah nak beli dia.
    skang nak berhenti pun fikir 20-30 kali. ramai !!!!

    ReplyDelete
  23. Ya ke ni kali pertama balik kampung tanpa PakJilap? Macam tak percaya aje. Manja sungguh ^_^

    Eh, tapi Kak Ton pun macam tu juga. Kalau bapaknya takda, tak mahu balik kampung. Tak mahu tidur berlainan katil dengan bapaknya gitu ^_^

    ReplyDelete