Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 17 January 2017

Air dicincang tak pernah akan putus

Salam Selasa....

Kategori manakah hubungan korang sesama adik beradik? Baik? Rapat? Biasa biasa aje? Macam orang asing? 

Biasanya orang perempuan, boleh aje bergurau dengan adik beradik, tak kiralah perempuan ke lelaki. Tapi yang jadi masalahnya bila lelaki berjumpa sesama adik beradik lelaki. Tambah lagi bila memasing dah ada keluarga sendiri. Terasa semakin menjauh pulak hubungan sepusat sepusing tu. 

Setuju ke Warisan Petani ? Kenapa ye kebanyakan lelaki macam tu?

Seronok jugak bila sesekali dikunjungi kakak dan abang dari kampung beberapa minggu sudah. Jadiklah......dapat menjamu mereka dengan makan tengahari walau bukan dari air tangan sendiri hihih...

Yang ada cuma 3 orang daripada 7 adik beradik

Padahalnya masa kecik selalu aje tidur sebantal, makan sepinggan, mandi bersama tapi bila dah semakin dewasa lain pulak jadinya. Semakin menjauh dan terus menjauh. Nak bersembang pun susah, apa tah lagi bergurau, memang jauh sekalilah.

Walaupun usia, jarak, situasi telah memisahkan kita tapi air dicincang tak pernah akan putus!


25 comments:

  1. Mak ada terasa begitu ke? Saya dengan adik-beradik laki/perempuan ok jer. Setakat ni takde lah segan atau menjauh. Mungkin belum tua agaknya ya...hihi

    ReplyDelete
  2. rmai gak adik beradik akak..cik nor kurang seorg dr akak..hihi

    ReplyDelete
  3. Memang rasa begitu Mak sebab bila masing-masing dah berkeluarga, mestilah nak dahulukan keluarga sendiri. Bila dah sibuk, sukarlah nak berkumpul selalu. Itu sebabnya kita terasa seakan makin menjauh daripada satu sama lain.

    Tapi adik beradik perempuan saya, kalau dapat berkumpul memang tak kering gusi. Ada aje cerita, ada aje yang nak digelakkan. Dek kerana saya ni paling muda, tentulah saya aje yang selalu buat 'hal-hal bodoh' ^_^

    Dengan adik beradik lelaki memanglah, ada tertib sikit. Sebab rasa janggal nak bergurau bukan-bukan bila masing-masing dah besar panjang tapi abang saya tu, adakalanya 'mabuk' gurau gak!

    ReplyDelete
  4. Semua ni bergantung pada sedikit sebanyak pengaruh ibu bapa jua 😃
    .
    Kalau dari kecil dah di asuh dengan betul. 😉
    .
    Insyaallah rapat.
    .
    Tapi kalau dah asuh masih jadi juga, tak boleh nak kata apa dah 😞
    .
    Sebab jaga silaturahim ni pun murah rezekinkan.
    .
    Hmm

    ReplyDelete
  5. mungkin sebab kitorg hanya 3 bradik...tetap rapat....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. w/pun adik bongsu ni jauh dari adik beradik lain tapi sesekali berjumpa, ditantang bak minyak yg penuh..

    Kdg2 untung juga bila berjauhan ini, ada kerinduan di antara kami.

    Jk diikut, masa kecik2 dulu, dok dekat bercakaran, masing2 xmo mengalah..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, meriah bila berkumpul adek beradek ni :D

    ReplyDelete
  8. Adik beradik kak Zai klau berkumpul tak ingat dunia lelaki perempuan sama rentaknya.Bergosip sampai pukul 3 pagi. Tambah anak buah dah besar2 joint sekali.

    ReplyDelete
  9. apasal bukan hasil air tgn kak nom lak...
    ngelat yek

    ReplyDelete
  10. sama la kita kak 7 beradik.. hee~ 5 lelaki, 2 perempuan.. biasa la kalau gaduh2 tu kan tapi kejap nanti dah elok..

    ReplyDelete
  11. Seronok juga kalau ramai adik-beradik kan, Hainom? Sekali gathering, meriah gitu.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. w/pun adik bongsu ni jauh dari adik beradik lain tapi sesekali berjumpa, ditantang bak minyak yg penuh..

    Kdg2 untung juga bila berjauhan ini, ada kerinduan di antara kami.

    Jk diikut, masa kecik2 dulu, dok dekat bercakaran, masing2 xmo mengalah..

    ReplyDelete
  13. Air dicincang akan putus terutama bila beku.

    kelahi macam anjing dan kucing.. sekarang sana sini.. anjing get along dgn kucing.

    ReplyDelete
  14. tetiba rasa sedih pulak baca post ni.. entah kenapa sayu hati.. harapnya janganlah kami adik beradik lalui perpisahan..

    ReplyDelete
  15. We all rapat adik beradik termasuk yg lelaki tu.
    selalu gelak2. harap2 kekal sama tutup mata.

    ReplyDelete
  16. Akak baca entry ni smlm masa kat hospital...harini baru dpt mengomen...hihii.
    Adek beradek akak walaupun jarang jumpa dan ada yg berlainan mak tapi tetap mesra wlpun lelaki atau ppuan.Cuma sebelah suami adek beradek dekat2 je tapi kalau berbual serius2 je,takde gurau2 senda.

    ReplyDelete
  17. Adik beradik macam nyawa kita juga. Sentiasa kena jaga. Harta yang bernilai yang ibu bapa tinggalkan selepas dari mereka.

    ReplyDelete
  18. Betul tu, air dicincang takkan putus.
    WP masih rapat dengan adik beradik, kalau raya rumah emak penuh dengan anak2, menantu2 cucu2 dan cicit2. Petua orang jawa dulu kami adik beradik makan sedulang besar setiap kali makan (macam hidangan nasi ambeng) tak kira lelaki perempuan. Itulah petuanya.
    Masa arwah bapak ada dulu, setiap kali raya dia mesti sembelih sekor lembu untuk pancing anak2 balik. Ipar2 pun suka, jadi hari raya semuanya balik kampung.

    ReplyDelete
  19. Betul tu kak.. Adik beradik walau bergaduh mcm mana pun, tetap berbaik semula. Kalau balik kg berkumpul ramai2 mmg seronok, tp bila masing2 ada komitmen kerja & keluarga, balik kg mggu lain2..jrg la dpt bertemu.
    Rasanya tgk org kot kak, kalau yg jenis serius, mmg jd ada gap la nk bergurau senda tu kan. Kalau yg jenis huhahuha tu.. Close je adk beradik. Mcm ira ni serius orgnya.. Haha.. Dulu sblm kawen, adik2 rajin la menyakat. Bila da kawen ni xde da.. Adik2 pn da kawen..maybe sbb byk fokus pd ank2 & ank2 buah..

    ReplyDelete
  20. Ok lg tu kak Hainom, kadang kita tlebih gurau pun risau gak mn tau yg lebih berumur tu kadang mudah terasa..

    ReplyDelete
  21. Betul mak..air yg dicincang tak akan outus..begitulah jugak kami adik beradik..nk kata rapat sgt tak jugak..tp saling berhubung dan sentiasa di ingatan.cheewahhh

    ReplyDelete
  22. Mana nak putus nom..
    umpama darah pun mana putus bila dicincang..
    tambahan darah daging yg sama..
    CH lagi adik beradik perempuan ramai..
    bila jumpa memang riuh..
    Cuma abang yg sulong tu pendiam sikit..

    ReplyDelete
  23. Susah nak cakap kak.. tambah kalau dah kawin.. kadang isteri/suami adik tu pun main peranan juga.. tapi bak kata sis la.. air dicincang takkan putus..

    ReplyDelete