Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 10 February 2017

Mid Valley pulak

Salam Jumaat.....

Kita stop dululah cerita pasal makcik makcik hampir nak menapose tu ye.... takut korang bosan pulak. Kalau tanya mak, dah tentulah mak suka, mana boleh lupa weyh momen berjimba mamba dengan geng sekolah. Momen terindah tuuuu. Terasa rasa macam masih Sweet 17 lagi you haha....

Semalam, orang India sebok pergi Batu Caves, mak pun sebok jugak nak berpeleseran di Mid Valley weyh! Hihi......Pelik jugaklah sebab Mid Valley tak jem semalam walaupun mak datang dah tengahari. Selalunya kalau hari hari cuti cenggitu dah bersusun kereta. Silap hari bulan, boleh patah baliklah, tak jadi pergi. Kak Ton tak ajak kaum kerabat pusing Mid Valley ke?

Ha korang nak tau sangatkan hasil buruan mak kat Padang Besar apa. Inilah salah satunya. Baju yang di pakai oleh hero hero sado ku. Itu anak kan, suruh potong rambut tak mahu. Bapaknya pulak yang sudah terlebih potong! Mak tak suka betul kalau Pak Jilap buat pesen rambut botak macam tu tau...

Ada rupa anak beranak ke?

Lunch mak semalam, Asam Laksa Mid Valley aje. Geng kita tau awak memang terliur!

Asam Laksa Mid Valley

Anak dara pulak beli Mochi Mochi..... Diaorang ni kalau bab makanan tak payah ajar, tau aje. Mak ingat apalah Mochi Mochi ni. Rupanya, macam kuih tepung gomak tu, cuma intinya je yang berbeza, yang anak dara mak ambik ni inti kacang merah.

Mochi Mochi

32 comments:

  1. OKlah tu Mak...macam Mawi! Hehe

    ReplyDelete
  2. asam laksa MV tu uihhhhhhh keliur dah ni :D

    ReplyDelete
  3. kecur nengok asam laksa tuh... msti pekat melekat kan...

    apasal nampak pak jilap lg awet muda dr anak bujangnya nih

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Lama dh tak mengukur jln kat mid valley he3

    ReplyDelete
  5. Sha suka mochi tu.. ada macam2 inti..
    Ensem anak akak.. hehehe

    ReplyDelete
  6. lamer benor dh xsmpai mid valley....mochi2? pertama kali dengar....hehehe...

    ReplyDelete
  7. lama tak pegi mid valley ni, balik2 shah alam je saya ni..hehehe

    budak2 zaman sekarang ni dorang lebih tau dari kita, kuih mochi2 tu pernah lah dengar tapi tak pernah makan lagi hehehe

    ReplyDelete
  8. hah..hah...samalah kita Hainom! PH pun tak suka partner potong rambut macam botak tu. Tak hensem langsung. Sebelum dia ke kedai rambut, PH selalu pesan - don't cut too short. Tapi dia tak dengar pon.... :(

    ReplyDelete
  9. Hahaa...hensem lah tu nom ,ala2 botak ....kan kemas.Orang bujang ada citarasa dia ikut trend rambut terkini .
    Oh laksa midvalley lah tu ya nom...ingat kan hainom yang masak .sedap tu...memang terliur ni.

    ReplyDelete
  10. Laki aku sama cam laki ko mak, dia kalo potong rambut, seinci je tinggal, nasib baik pakai lebai, taklah nmpk buruk sgt, dia kata jimat tk payah potong byk kali, lantaklah eh, tak kuasa nk komplen bebanyak, kepala dia kan.

    Aku kalo tgk ank bujang ko tu aku teringat mcm muka sorang ustaz ni, org teganu, yg nama ayahnya tuan padang tu.

    ReplyDelete
  11. Gaya2 awak dok tayang laksa dalam group smlm, awal pagi lagi kita ke dapur, salah satu menu pastinya LAKSA, udah x terliur lagi geng, laksa kita masakpun sedap, perasan lebih, ha3 (jeles sebenarnya tgok laksa kat atas tu).

    Hensemlah anak bujang awak geng, xmo puji pak jilap, nnt awak jeles lak, hu3

    ReplyDelete
  12. adeh, saya ni peminat laksa kak. udah terlior ler teman nengok lakse kak ni. huhu

    ReplyDelete
  13. dah lama sungguh tak ke mid valley...baru ni ke sogo ja....tapi kl sangat jem...

    ReplyDelete
  14. kuih tu nama mochi mochi ka ala comel plak nama dia hahaha

    ReplyDelete
  15. Mochi2 baru pernah dengar..Jakun betullah org kmpg ni.hahaha

    Amboi mak jilap ke padang besar gua kelam bagai ye bukan nak roger2 kita yg dok utaqa ni.huhu

    ReplyDelete
  16. masa travel ke Japan ritu, beiya2 i makan mochi2 ni. sedap weii.

    ReplyDelete
  17. wahh asam laksa yg sedapp mkcik tuuh., ;p

    ReplyDelete
  18. Fesyen rambut orang lelaki sekarang suka potong pendek macam tu.
    terutama yang warnanya dh banyak yang bertukar silver.

    ReplyDelete
  19. Yummy..sedapnya laksa tu..nyum..nyumm

    ReplyDelete
  20. Pesen rambut org warga perak nom..warga emas pendek lagi..

    ReplyDelete
  21. ok lah tu okjr.pendek kemas je.
    ala bestnya jenjalan di midvalley.

    okje nti mai ganu singgah lah jerteh.
    lau nk p pulau perhebtian dkt lahdgn umah su. hiks.

    ReplyDelete
  22. mochi mochi tu saya pernah makan . masa tu anak jiran balik dr jepun bawa kuih tu ... pulut je rupanya ...

    ReplyDelete
  23. hensem la 2 orang hero mak tu. yang kuih mochi2 tu pernah gak nampak tapi tak terbeli. rupanya macam2 inti ek. sedap tu

    ReplyDelete
  24. Bila kita nak dating. Mochi mochi tu beli kat mana. Nanti bgtau kat fb tau

    ReplyDelete
  25. mcm bukan anak beranak jer tu...tak pernah dengo mochi2 ni...itu ghopenye...

    ReplyDelete
  26. Macam abang dengan adik jer nom..
    Nampak muda pulak yem rambo potong rambut macam tu..
    Ada gak macam mawi hihihi..

    Samalah dgn CH..
    Kalau shopping utk en suami..
    Baju jerlah yg dicari.. senang kan..

    Emm dapnyaaa laksa..
    Lama tak makan :)

    ReplyDelete
  27. ada juga dengar klau tgk cite korea ke jepun nnti diorang ada sebut2 "mochi2" ni, kuih la pulak jdnya ':)

    ReplyDelete
  28. Pandai betul budak skrg cari makanan. Kuih mochi mochi lah.. kuih koci taulah.. Hurrrmmm betul jangkaan Mak Nom, laksa tu memang menggugat iman, pekat sungguh kuah dia.. mables! ;-)

    ReplyDelete
  29. Macam2 makanan sekarang kan.. Ada y dihipster kan

    ReplyDelete
  30. yang abang muka mak dia lah. kalau ptong rambut hilang sikit kehenseman nanti tu ekekekeke

    ReplyDelete
  31. Dulu Mid Valley ni tempat dating iolss... hahahah tapi sejak kawin tak menyinggah dah sini... sokmo jam. Asam laksa tu memang cari juga kalau ke Mid Valley tu... Anak Okje ikut okje lah... hehehe

    ReplyDelete