Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 14 February 2017

Pengalaman naik ETS

Salam Selasa.....

Untuk pengetahuan korang, seumur hidup mak,  mak sebenarnya tak pernah naik kenderaan yang bergerabak bergerabak ni kecuali LRT. Kesianlah jugak mengenangkan nasib hihi...... Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan .....

Kiranya pengalaman ke Padang Besar naik ETS ( Electric Train Services) itulah pengalaman pertama mak. Terima kasihlah kepada geng makcik hampir menapouse yang mak sayangi, sebab membuka jalan untuk mak merasai pengalaman ini. Paling win dah tentulah keizinan daripada Bang Jilap, kalau tidak dengan izinnya, mau mak melopong ajelah dengar cerita depa berjimba mamba kat sana.... 

Mak ni bukanlah orang yang jenis cerewet sangat kalau bab kenderaan, janji ada tempat duduk, aircond sejuk, ada toilet sudahlah.....

Bagi mak keadaan dalam koch memang dah sangat sangat selesa. Aircond pun sejuk, cuma masa balik hari tu aircond macam kurang gas aje! KTM kena take note ni! Penat tau bawak sweater anak, tapi tak berguna haha...... 

Mak sukalah naik ETS ni sebab tak terasa langsung perjalanan yang jauh tu, rasa macam nak naik lagi aje hihi...... Kelajuan ETS dan petunjuk destinasi pun ada dipaparkan kat TV depan tu ha. Satu lagi dekat montitor yang melakat kat bahagian bumbung koch. Maksudnya, kita dapat taulah kat mana kita berada dari semasa ke semasa. Berapa stesyen lagi kita akan sampai ......



Yang penting ada bilik solat. Ada telekung, ada kompas jugak. Bilik ni cuma mampu menampung 2 orang sekali solat, memanglah agak kecik, tapi tak kisahlah, sekurang kurangnya ada, alhamdulilah. Cuma nak kena berhati hatilah ye masa bersolat tu. Kena pandai seimbangkan badan. Kalau ye tak ye boleh tersungkur weyh.      


Tempat wudhuk pun ada sekali disediakan. Tak payah nak ambik wudhuk kat toilet. Cuma masa perjalanan balik ke KL hari tu,air tak de. KTM lupa top up air ke hape entahlah..... Jenuhlah ambik wudhuk pakai saki baki yang keluar tu weyh! Merasa jugaklah pengalaman ambik wudhuk guna kekdah meratakan air ke anggota wudhuk. Aduhhhh.....



Setakat korang nak melepaskan dahaga, bolehlah ke kafe ETS. Kopi panas cawan kecik berharga RM2.70. Ada jugak set combo, Popia 6 biji dengan air mineral berharga RM 8 henggit. Meehoon pun ada. Bolehlah...... buat alas perut. Cuma tempat duduk tak banyak. Kalau nak makan, tapau ajelah kat tempat duduk korang.


Aktiviti wajib kat mana mana ..... wefie haha...... 


32 comments:

  1. wah..sy lagi jakun kak..xpernah naik lagi ets..hihi

    ReplyDelete
  2. bestlah nom dapat naik ets, saya ni tak merasa lagi, lrt pun dah berkurun tak naik. tengok keadaan dlm ets tu macam selesalah juga kan, mungkin boleh naik satu hari nanti itupun kalau en.azmi nak lah huhuhu...kalau tak berangan je lah

    ReplyDelete
  3. hakak ainom dah dapat naik pun, saya belum lagi...kira lagi huntung :D

    ReplyDelete
  4. Samalah akak ,kenderaan bergerabak2 ni memang tak pernah naik ....huhuu jakun sungguh akak ni tau .Dibandingkan dengan anak2 mereka yang berpengalaman .
    Bagusnya ETS ni ,banyak kemudahan nya .Memang rugi lah hainom kalau tak sertai kawan berjimba haritu.
    Part solat tu tentunya nak betul2'stabil kan,kalau tak nyaya.

    ReplyDelete
  5. wah... best best best best best nyerrrr...
    nice.
    aida naik ketapi dari tampin - johor dulu kala time kekecik.
    da bebesar gini, kalau ketapi ni, naik komuter & lrt tu jer la.
    merentas negeri x pernah...

    ReplyDelete
  6. saya pun belum berkesempatan nak try naik ETS... kg hubs belah utara nun.. mikio kalau naik ets ke sana..takde pulak kereta nak bergerak ke sana.. alahai..tringin sebenarnya nak naik...hehehee

    ReplyDelete
  7. nanti nak bawak anak2 naik ETS jgak. dorang asyik tanya bila nak naik train. haha

    ReplyDelete
  8. kawan-kawan Mak mesti pelik napelah si Anom ni sikit2 tangkap gambar. blogger katanya...haha

    ReplyDelete
  9. Teringin la pulak nak.naik ni nom..sekarang ni belum boleh la tunggu kuat sikit

    ReplyDelete
  10. dana lg lah tak penah sekali pun naik ets...
    kira selesa lah tu kan kak... ada ekon, nk solat, wudhuk n mkn mudah...

    ReplyDelete
  11. bestkan kalau naik ETS jalan jauh...saya pernah naik ETS sekali je ke airport...tapi tak puas sebab sekejap je dah sampai

    ReplyDelete
  12. eh..sorry hainom...yang airport tu ERL..hehehe..konpius dah ..ahahaha

    ReplyDelete
  13. tak takut ek ets tergelincir time ni .. hahahah
    kan byk kali juga kesnye kak ... keh kehkeh keh

    seronok ye kak berjimba2 dengan kawan2 ....

    ReplyDelete
  14. Masa kakcik naik tuari, kakcik duduk dari mula hingga sampai. En Suami pula semua gerabak dia jelajah... kafe, surau semua dia masuk...:)

    ReplyDelete
  15. teringin lah pulak dihati ni.
    mana tau kan.. one day.

    ReplyDelete
  16. Kalau tengok gambar pertama tu sekali lalu, macam dalam kapalterbang. Tak taulah bila PH ada chance naik ETS.

    ReplyDelete
  17. Huk aloh mak, ko ingat aku pernah naik ke, aku pun tk penah naik tau, dulu masa keje kt putrajaya kadang2 balik keje aku naik erl, lebih kurang je gayanya, tapi takdolah tandas, kafe, surau bagai tu.
    Oh, kiranya ko ke padang besar tu naik ets nilah, brpa tambangnya sorang?

    ReplyDelete
  18. Amboi mak Nom naik ETS, class ko jahh.. LZ pun dalam perancangan naik ETS jugak cuma x tau mana destinasi dituju.. hehehe

    ReplyDelete
  19. wefie mesti wajib mak, kan blogger katanya kan

    ReplyDelete
  20. Seronok juga naik ETS. Ada kemudahan solat dan kantin oklah kan.

    ReplyDelete
  21. Saya pun tak pernah naik lagi benda ni. Perjalanan jauh ok lah. KTM dengan LRT pernah la merasa.

    ReplyDelete
  22. Baru minggu lepas pergi balik KL dari Arau naik ETS. Warga emas setengah harga. Kalau nak book tempat cuba pilih yg tidak berdekatan tandas. Semerbak harum menyerapi koc yg berhawa dingin. Lagi satu pilih platinum sebab gold dia berhenti merata tempat. Sekarang ada last train pukul 11 mlm lebih,sampai Padang Besar jam 4 or 5 pagi.Sekian .

    ReplyDelete
  23. salam OKje
    saya pun belum penah naik ETS
    kalau komuter ngan LRT tu biasa juga
    tu pun dah berzaman tak naik..huhu

    ReplyDelete
  24. Tak pernah naik lagi untuk perjalanan jauh.. Naik aritu pun sekejap je..

    ReplyDelete
  25. Wahhh..bagusnya..sgt mesra pengguna.. Serius, lya bru tahu psl kewujudan ETS ni..

    ReplyDelete
  26. Tak pernah lagi naik ETS kat M'sia ni mak...
    Untung la mak dah dapat merasa...
    Entah bila la nak ada peluang nak naik ETS..
    Tunggu ada laluan ke Teganu la kot... kikiki

    ReplyDelete
  27. tak pernah naik lagi. mama dr kedah ke KL 5 jam jer..

    ReplyDelete
  28. Rasa teringin juga nak naik ETS ni nom..
    Best je baca review hang tu..
    Mana muraj nom..
    Boking online atau kaunter tikit nom..
    Kata cepat habiskan tikit ETS ni..
    Hendaknya cuti sekolah..

    ReplyDelete
  29. Ngalahkan kapal terbang.
    Belum pernah naik ETS lagi.

    ReplyDelete
  30. huwaaa jeles. tak pernah lagi naik ETS ni haaa. nanti cadangnya nk naik ets jugak ke padang besar hihihi

    ReplyDelete
  31. Alamak... saya pun tak naik lagi... kena plan la.. nak merasa juga naik ETS...

    ReplyDelete