Kota Kinabalu - Misi mencari makan
Salam Khamis.....
Kalau ke Sabah jangan lupa makan seafood!!! Murah murah seafoodnya bah!
Daripada bacaan blog, ada yang mencadangkan makan kat Waterfront lebih murah, ada jugak yang mencadangkan makan kat Tanjung Aru ( bukan Tanjung Rhu, kena tegur dengan adik kawasan salah eja weyh!! hihi ). Hajat dihati dah tentulah nak makan kat tempat yang murah dan sedap, tapi dengan keadaan jalan yang jem dan sedikit renyai petang Jumaat tu, terpaksalah redho dengan keadaan. Makan mana mana pun bolehlah..... asalkan seafood!
Tak berani haih nak banyak cengkadak! Ada pulak yang tak jadi makan kang.....
Dah katanya nak ke Filipino Market kan, kita sekali jalan ajelah. Makan ajelah apa yang ada dekat dekat area situ.
Sampai kat Waterfront tu memang banyak sangat kedai makan. Bingung nak memilih. Mencari cari jugak Kedai Makan Ummi yang Eima cadangkan dalam blog masa dia ke Sabah dulu, tapi tak berjumpa. Sudahnya makan ajelah kat mana mana kedai pun.

Masing masing dah penat dan boring! Boleh tahan lama jugaklah menunggu makanan kat sini.

Akhirnya, sampai jugak seafood yang ditunggu....
![]() |
Bagi mak, rasa masakan kat sini biasa biasa aje, masih tak boleh lawan masakan seafood kat Bagan Lalang atau pun Umbai.... Nak kata seafood kat sini fresh fresh, taklah jugak ( mungkin tengok kedai kot)....Murah? Mungkinlah ada sikit murah, Tak delah murah sangat pun. Apa pun, alhamdulilah dengan rezeki yang Allah bagi....
|
Laut, belakang gerai kuih tu aje....
Banyak aktiviti kat Waterfront ni rupanya. Ala ala jeti pun ye, tempat nelayan naik turun. Bukan tempat makan aje, sebelah tu, ada pasar basah, pusat penjualan gelang, brooch dan butang mutiara jugak. Kuih kuih kering, pelbagai jenis kerupuk, kuih cincin, biskut Gery. Macam macamlah weyh!
Dah sampai Sabah bahhhhh, wajiblah kan soping sikit buat kenang kenangan.
Dapat jugak akhirnya merasa Sayap Panggang Madu Sabah. Sedap banget weyh! Tapi tak puas makan. Yelah mana cukup 5 ketul je? Eleh......bukannya mak sorang pun. Nak beli lagi, Pak Jilap tak bagi!! Katanya nanti kenyang, lauk tak habis. Sakit hati mak tau. Terus majuk! huhu.....
Pisang cucuk cucuk ni Pak Jilap yang teringin. Majuk punya pasal, mak tak makan pun. Padan muka mak tak dapat rasa! Haha.....

Suka makan kat situ..macam2 ada. Fresh.
ReplyDeletehaha..adoi Mak, comel betul pasal ayam pun merajuk
ReplyDeleteYe lah okje. Bukan rezeki kita nak jumpa. Ngam2 khamis tu pun Mia x ada di kk, ke Beaufort.
ReplyDeleteTempat best mkn seafood kat Salut atau Gayang Seafood di Sepanggar.
Tanjung Aru *bukan Tanjung Rhu 😁 pun sedap.
Ayam madu tu sedao ratah gitu ja. Betullah kata pakjilap tu okje, nanti tak abis seafood yg byk tu kihkih.
Pisang cucuk2 tu Mia sendiri pun x pernah rasa. 😅
amboi..smpat merajuk tu..kna tggl kat sabah kan..hihi
ReplyDeletebestnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteseafood dia menggoda tp tak berapa menggoda
ReplyDeletekepak madu tu lg menggoda hati, aik ssh nk cari 5 ketul je beli hahahha...
ptt lah majuk
Kenapa semua macam muka boring je kat gambar2 trip Sabah ni? Sahih la jet laq..
ReplyDeleteKepak ayam Sabah anak2 makchaq suka sangat..
Makan tak ulam rumpai laut yang kaya kolagen kat situ...
Kalau makan sure sekarang bertambah2 awet muda sekeluarga...
Tanjung rhu kat langkawi le mak :)
ReplyDeleteMajuk2 pun banyak gak dapat shopping tu mak :p
Lahai merajuk pulak ,kan dh tak dapat merasa pisang cucuk2...rasa kat semenanjung takde benda tu.
ReplyDeleteLahai merajuk pulak ,kan dh tak dapat merasa pisang cucuk2...rasa kat semenanjung takde benda tu.
ReplyDeleteCH tengok pun macam biasa ajer seafood nya tu nom..
ReplyDeleteMungkin tak kena kedainya kot..
Tengok org lain tayang makan seafood kat sabah ni kemain gah nya..
Hahhahhaa..
Majuk lagi.. tak tau apa rasa pisang cucuk tu..
nanti buat sendirilah kat umah ye ..
Cucuk pisang sendiri.. :D
Alaa...nape majukkk...kan dah tak dapat rase. Sekali tengok macam kuih keria...hahah! PAsar Filipino tuh macam Pasar Siti Khadijah tak ? hehehe..
ReplyDeleteKalau dah terlalu bnyk kedai, mmg bingung nak memilih. Kalau ikut yg mana org ramai, nnt lmbt plak dpt makanan kan.. Tp ada jugak yg xde org pun, lmbt gak dpt makanan.. Hehe..
ReplyDeleteRezeki masing2 kan..
Sayap ayam madu tu mmg menarik la..
Hehe..pak jilap tak bagi tu, dia nak ajak akak pegi lagi la tu.. 😜😜
Ha3 ishhhhhhhhhhhh awak ni, bab kepak ayampun merajuk, adoiiiiiiiiiiiiiii nak pecah perut tahan gelak, ha3
ReplyDeleteSedapnya sotong celup tepung tu! Kepak ayam madu tu pun! and satu lagi ada air tebu dekat pasar filipin tu sedappp.
ReplyDeleteTak berani dah nk komen bukan2 kt sini, kang kena lagi, mwehehe.
ReplyDeleteMakan apa2 pun sedap kalo perut tengah lapo mak. Kat teganu pun seafoodnya fresh dan takdelah mahal sangat. Sotong celup tepung tu sekor2 dia goreng, ikan goreng celup tepung pun ada.
Wanita dan merajuk tak dapat dipisahkan.
ReplyDeleteMerajuk2lah selalu.
Ye lah Mak, tgk gambar seafood yg diorder tu macam biasa2 je ye. Food presentationnya pun tak menarik.....amboi kemain komen dia yeee hihi
ReplyDeleteAlah ruginya merajuk, dah tak dpt rasa pisang cucuk!
haaa sapa suruh merajuk mak kan dah tak dapat merasa pisang gireng tu.
ReplyDeletekepak ayam madu tu memang sodap
Majuk ya, Hainom? Kesian pulak. Betul lah, 5 ketul mana cukup untuk sharing? Ish Pak Jilap ni...hee..hee..
ReplyDeletekeh keh keh.. Dah kenapa tak dapat kepak ayam pun nak majuk? Ececece, saja nak bermanja la tu..
ReplyDeleteTapi serius, nampak kepak ayam tu sgt menggoda... berkilauan mcm tu, mesti sedap sgt tu...
merajuk la pulak...
ReplyDeletestudy kat kedah dulu, students lelaki sabah jual sayap ayam versi sabah ni. ramai yg beli sebab sodap. yg tambah sodap tu sambal kicap :)
ReplyDeleteHamboi org dh bawak jalan pun majuk lagi..kemain sgt..keoak madu tu nmpk sedap mak..posa ni tau..jejes ayaq liuq😂
ReplyDeletesama ler mcm aida try test makan kat lumut ari tu, nom.
ReplyDeletetak bleh lawan la ikan bakar kat melaka. murah? mahal ya Allah !!!
pe pun, tak pe la kan. yg penting kita da merasa ekk.
sayap panggang madu tu mcm memanggil-manggil aida ler. aduhai.
jauh la kau wahau sayap. aku takde duit ni nak tempah tiket belon :(
Eleh! Ngengadanya nak majuks-majuks aje. Nasib baik dah dibawa terbang ke Sabah, bah!
ReplyDeleteKalau tak dapat merasa pisang cucuk-cucuk tu takpa. Balik KL, pi cari pisang, buat jemput-jemput pisang pastu cucuklah kat lidi penyapu! Lepas tu makanlah sampai kebuntang. Apa susah!
Biasalahkan, bila tengok orang makan macam best tapi bila sendiri makan rasa macam so-so aje.
Mak, Kak Ton baru pergi Bagan Lalang dan Kak Ton tak tahu apa yang best bangatnya? Pada Kak Ton biasa aje. Ke Kak Ton salah order makanan?
Eh, itu cerita lain harilah. Ni cerita Sabahkan, bukan Bagan Lalang ^_^
alahai muka ank dara tu.. lapar tunggu makanan. hehe
ReplyDeletekalau dh murah kena makan semua seafood.. sedap tgk sotong tu. ermm nak buat lah heee
Pisang cucuk... Macam best je..
ReplyDeleteTapi rugilah kak merajuk.. hehe..