Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 31 March 2017

Kota Kinabalu - Rumah Terbalik

Salam....

Salah satu tempat tarikan kat Kota Kinabalu ni dah tentulah Rumah Terbaliknya. Macam tak sahlah kan, kalau ke Kota Kinabalu tapi tak ke sini? Betul tak orang Sabah? Betul ke tak Unni Anje?

Plannya nak singgah sini masa perjalanan balik dari Kundasang, tapi hujan lebat sungguh petang Jumaat tu. Memang tak berbaloilah kalau singgah. Kang ada yang masuk rumah terbalik dengan baju lencun pulak kang hihi.... So esok paginya, iaitu hari terakhir mak kat Sabah, barulah ke sini.  Tak jauh mana pun dari Kota Kinabalu, lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Lagi pun sejalan ke Kundasang je tempat ni. Tepi jalan lagi.


Mak masuk Rumah Terbalik je, tak pergi pun yang 3D muzium tu. Malas dah nak berposing posing selain nak bayar tiket yang boleh tahan jugaklah kalau 5 orang ni hihi.. (Sawan kedekut dah sampai ).

Kat dalam rumah tak boleh ambik gambar, so kita ambik kat luar rumah ajelah kan.....


Pak Jilap sempat lagilah bergymnastik kat toilet hihi.....Laki korang hado buat perangai macam ni? Haha....


Hish....sorang lagi buat hal..... Pening weyh tengok gambar terbalik ni!



On the way balik ke Kota Kinabalu tu, kalau rajin boleh jugak singgah Chantek Borneo ni. Tempat dia dekat dekat je dengan Rumah Terbalik.  


Tak masuk dalam pun, ambik gambar dari luar je. Dapat tinggal jejak jadiklah....... Lagi pun mak bukan minat sangat muzium muzium ni kan hihi.... 


Dah..... jom bang!


28 comments:

  1. x aci la mak, abang baru nak ketok gendang tuuh., hahar2

    ReplyDelete
  2. Pening pulak tengok gambaq2 rumah terbalik tu...
    Nampaknya makchaq tak boleh la pi sana...
    klu x pening pun entah bila la nak sampai...


    ReplyDelete
  3. amboi kak nom... muzium2 tak minat tp kalu yg buleh supink2 laju je dia

    mau di tinggalnya pak jilap ngn anak2 tuh

    ReplyDelete
  4. rietta blom pernah pergi rumah terbalik tu...menarik kan idea dorg...

    ReplyDelete
  5. Pening pulak nampak gambaq2 terbalik tu.. Kat kl & n9 pun dah ada rasanya org buat rumah terbalik ni... Senang2 nanti bole bawak anak2 jalan

    ReplyDelete
  6. tak best sebab tak dapat bergambar dalam tu..ada tak dia suruh ketuk pintu tiga kali sebelum masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah..x tau.dah dia suruh, kitorang buat je.Tapi tu lama dah..5 tahun dulu yg saya pergi

      Delete
  7. Best kan sabah.
    stay kat mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 mlm stay kat Kundasang (Strawbery Garden Hotel) 1 mlm lagi kat Kota Kinabalu (Tune Hotel). Bolehlah AE....tak lawan oversea tempat yg Yan pernah pergi, lagi best kot...

      Delete
  8. Flat No kereta tu dari Johor tu JDX 6168..
    Terbalik kat Sabah ye Nom hhihihi..

    Memang pening masuk rumah terbalik Nom..
    Budak2 suka lah..

    Sian dak abang tu..
    Baru nak try mengetuk cak lempong tu nom ..
    Dah panggil balik hahah :D

    ReplyDelete
  9. Saya mmg tak pernah pergi rumah terbalik kat mana2 pun.
    Yg sebenarnya, benda2 tu yg terbalik ya Mak? Ish, peninglah tgk...

    ReplyDelete
  10. hah..hah...seronok pulak upside down!

    ReplyDelete
  11. banyak tempat dah buat rumah terbalik. tp ni nampak cam lain cket dari yg pernah pergi

    ReplyDelete
  12. satu2 rumah tbalik y tradisional then kat dalam x blh bgambar... hihihihi

    ReplyDelete
  13. Best nyer posing kat rumah terbalik...
    Mak tak posing gimnastik ke kat toilet tu??

    Hari tu nak ke rumah terbalik di Melaka, tapi tak sempat...

    ReplyDelete
  14. tak singgah pun 2 tempat ni hari tu...kena repeat balik nih ke sana hehehe bila tu tak tau la.

    ada juga museum 3D ye tak tahu pulak saya kalau tak seronok tu bergambar

    ReplyDelete
  15. kalau kami tempat mcm ni kami suka ni mak..

    ReplyDelete
  16. gambar last tu try main kulintangan :)

    ReplyDelete
  17. Yes tmpt yg wajib pi kalau ke sabah..rugilah mak tak masuk muzium 3D..tp tiket mahal kan.huhu

    ReplyDelete
  18. Ahah! Yang tengok pun rasa nak terbalik sama dibuatnya. Peninglah! Tempat macam ni laju aje Mak singgah ya. Cuba kalau tempat yang jadi pujaan hati Mak, mesti lama sungguh Mak bertapa kat situ.

    Takpa! Takpa! Janji dah tinggal jejak!

    ReplyDelete
  19. kalau msuk dlm tu mau 3 jam selfie.. selfie smpai puas ler gamaknya.
    kreatif org yg cipta ni.

    memang jd tarikan kalau ke sana mesti dtg sini kan..

    ReplyDelete
  20. Mia org sabah tapi nda pernah masuk sini okje ... malas nak berbaris, selalu penuh ja 😅

    ReplyDelete
  21. Smpai jg akak kat sini..syoknyer

    ReplyDelete
  22. Tak pernah berjaya masuk rumah terbalik walau dimana pun.. hehehe.. asyik lalu je..

    ReplyDelete