Hanya kerana suapan sesudu Olive Oil

Salam Jumaat....

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, mak nak merapu kisah ke pangkal jalan sikitlah ye. Nak banyak kenalah terjah blog Yati, Cahaya Hidupku, tak pun terjah blog Mak G. Kat sana banyak kisah kisah teladan mencuci jiwa. Kalau korang terjah blog Kak Ton...... huh lebih kurang  2 x 5 jelah dengan blog mak ni, merapu meraban tak hingat dunia haha...... 

Yelah..... mak ni pun kadang kadang sedar diri jugak, asyik merapu luar landasan je, naik menyampah agaknya korang layan ek....

Hari tu mak suruh Pak Jilapah check gula dengan kolestrol kat farmasi. Yelah sejak sejak diri sendiri dah check hari tu dan keputusannya kurang membimbangkan, berkobar kobarlah suruh orang pulak check. Cuba kalau keputusan diri sendiri hari tu membimbangkan, harus ontok ontok jer haha.....

Lanjutan dari situ, selain daripada mak bagi Pak Jilapah minum Toco Oats, dah seminggu jugaklah mak bagi Pak Jilap minum Minyak Zaitun/Olive Oil. Sesudu pagi dengan sesudu malam. 

Waktu pagi, mak letak atas meja macam ni, Pak Jilap minum sendiri. Pepagi tak kuasa nak bermanja manja haih haha..... 


Waktu malam, sebelum tidur tu, mak yang suapkan. Dia cuma perlu nganga mulut je, Hish....syok betul jadi laki nikan..... Tapi tulah, kekadang tu malas jugaklah nak menyuapkan walaupun kerja senang macam ni, berbisik bisik syaitan dalam hati mak ni suruh Pak Jilap makan sendiri. Biasalah kan.....benda baik, walaupun senang, memang banyak hujahannya. 

Tak perlah..... mungkin benda nilah yang akan buat dia terkenang kenangkan mak bila mak dah tak de nanti huhu..... tetiba pulak sedih! Dan, manalah tahu hanya dengan suapan sesudu Olive Oil untuk suami tercinta katanya, Allah ampunkan dosa dosa mak...... 

Siapa tahukan..... 

Comments

  1. sweetnya akak main suap2 dengan husband...
    Pernah try gak minum EVOO brand tu.. tapi memang tak tahan la bau & rasa dia... melekat2 dalam mulut..hahahaa.. last2 minum minyak kelapa dara je

    ReplyDelete
  2. Baru sedar ke suka merapu?

    Kita dah lama sedar jadi takdalah hairan mana pun. Kalau Mak nak, kita boleh aje berkongsi bahan ilmiah tapi bukan bab-bab keagamaanlah. Tak layak pulak rasanya ^_^

    Dah terlanjur ada adegan suap menyuap tu, apa salah Mak buat dua kali sehari. Kalau boleh suap aje 5x sehari, baru puas hatikan. Tapi Kak Ton memang tahu, hari Khamis malas macamana pun Mak tetap akan suapkan PakJilapkan, kan, kan....


    Tahu dah!

    ReplyDelete
  3. Wah.. Romantik gitu.. hehehe..
    Bagus ye minyak zaitun nie kak..

    ReplyDelete
  4. amboi mak sweet gituuu main suap2 olive oil, tapi percayalah setiap apa yang mak lakukan itu pasti ada ganjaran pahalanya, paling best mestilah pak jilap terkenang2 kan mak..

    ok lah mak entri merapu meraban syok apa baca, pastu bersamalah kita insafkan diri dekat blog kekawan yang lain, kena seimbangkan ye tak. saya pun nak kena check juga la gamaknya usia pun dah nak masuk senja juga ni ha,risau juga dibuatnya

    ReplyDelete
  5. Boleh erk mak makan hari2? Ada seorang rakan Ana dekat pej dulu bg hubby di makan ni hari2 sebab kes kolestrol tggi. Last2 jadi low blood palette tak silap. Lepas tu dia makan berselang rasanya. Ana tak pasti lah boleh atau tak makan hari2. Just sharing info sesama kita. Maaf ye kalau mencelah.

    Tp mak merapu pun ana suka =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg nak mintak maafnya Ana. Ok je....Eloklah mencelah cenggini, boleh share info. Tak pe nanti cari info.

      Delete
  6. ni msti terkesan iklan radio kt sinar nih...
    yg suh buatkan air kt suami kita...kan kak nom kan...

    rajin jgk kak nom suap pak jilap mlm2... pandai betul tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke Dana? Hakak ni sejak tak hantar anak sekolah pagi pagi, tak de dah dengar radio Sinar Sepahtu tu tau...

      Delete
  7. minum EVOO?? rase ape kak? huhu banyak kebaikan rupenye.. huhu

    ReplyDelete
  8. apa rasanya erk minum minyak....ke xrasa mcm myk....

    ReplyDelete
  9. Wah seh! Hainom, main2 suap menyuap ya? Romantik tu. LL belum cuba lagi weh! Olive oil tu bagus tau. My mother pun minum olive oil tiap2 hari tapi LL tak, sebab tak suka bau olive oil. Kalau setakat buat salad dressing tu, OK.

    ReplyDelete
  10. Minum cuka epal la mak, lagi best, kalo tk suka masam, bole tmbh air, cth sesudu cuka epal tmbh air jadi stgh gelas. Laki aku minum ni je, tapi dia tkdelah tmbh air terus ngap camtu je
    Aku plak lebih suka amik ubat homopathi utk kolestrol, sedap sikit, manis cam gula2.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya geng, bersuap2 erkkkkkkkkkkkkkk.. kan ke ia petua untuk eratkan kasih sayang?

    ReplyDelete
  12. Adengan suap menyuap ye nom..
    Jeles ai tau 😅

    CH mkn olive oil ni dgn habatussaudah..
    Dah pakej sekali..
    Tapi mkn selang seli..
    Sebab takut tekanan darah rendah pulak..
    Selain tu jus LEGA..
    Mmg melegakan..😊

    ReplyDelete
  13. apa rasanya agaknya? apapun saya doakan moga semuanya baik2 sahaja amin!

    ReplyDelete
  14. Lain maciam rasa tekak sy kalau bab oil ni 😱 Owhhh, romantik gittew main suap2 😉

    ReplyDelete
  15. Fikir yang baik2 aje.
    Niat untuk mendapat kebaikan aje.
    Mudah2an baik2 belaka.

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg menarik tg for sharing

    ReplyDelete
  17. Kat rumah akak sentiasa je ada olive oil tapi untuk minum gitu je xboleh telan lah nom...buat masak boleh lh.
    Orang lelaki ni suka manja2 nom ,sebenarnya boleh je dia suap sendiri ,cuma nak manja tu.

    ReplyDelete
  18. Tu la isteri mithali. I laki bini kolestrol tinggi beb. Skrg makan omega guard je. Ni dah lama x cek.

    ReplyDelete
  19. Huaaa tak dapat bayang macam mana rasa minyak ni hakak. Sedap ke? macam tak boleh telan ja. hahaha okay la ada baby besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada ubat sedap Syed... tp boleh diterima tekak ar. Cubalah....tak cuba tak tau!

      Delete
  20. wah siap suap2 lagi mak. romantis gitu. semoga sihat2 selalu

    ReplyDelete
  21. amboi..lomantiknya akak..hihi

    ReplyDelete
  22. Alahai Mak Nom romantika d'amour..
    Tak sia-sia Pak Jilap makan Olive Oil, hehehe
    LZ gurau manja tau Mak Nom jangan marah.. ;-)

    ReplyDelete
  23. Amboiiii... main suap-suap gittew. Manja nya pak jilap ☺

    ReplyDelete
  24. Alololo sweetnya suap-suap. Pak Jilap versi redha isteri peringatkan.... suami saya versi takkan makan ubat yang pelik-pelik. Biarlah macam mana orang kata ubat tu elok, takkan dimakannya... so tak de peluang lah nak manja-manja, suap-suap ubat cam gini.

    ReplyDelete
  25. Wow romantil gila mal ni siap suapkan.klu sy suap la sendiri..mana anak kecik lg nak handle..keja rumah bisnes bundle memang tak sempat..ok tak alasan syaitan berbisik ni.hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts