Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 26 April 2017

Kimchi untuk den

Salam Rabu.....

Tekak ku kepingin Kimchi tetiba! Salahkan aje Kimchi Untuk Awak. Senang cerita! Sebab tak pernah rasa Kimchi sebelum ini, maka mak rasa inilah Kimchi yang paling sedap setakat ni hahaha.....   



Google punya google jumpalah Resepi Kimchi...... Benda benda simple gini mak memang suka. Bahan dahlah tak banyak,  pulak tu cuma perlu gaul gaul aje. Biasalah....... resepi, resepi jugak, tapi bab derhaka pun derhaka jugak.....

Tak ada cili serbuk mak guna cili blend aje. Didihkan dulu atas api bagi masak dan kering air dia. Kobis Cina pulak mak tak peram pun. Resepi tak ada lemon, tapi mak letak...... Derhaka tahap apa pun, entahlah. Lantaklah Mak Jilap, janji bahagia hihi.... 

Kalau bangsa kita, Kimchi ni macam Acarlah kot ek! 

Kimchi ni sedap makan dengan apa ek? 

  


27 comments:

  1. Ahkak tak makan kimchi. Ahkak kalau nampak kimchi, terus lari. Kenapa ek kimchi Mak macam lain aje? Oh, ya terlupa pulak! Makkan suka derhaka pada resepi banyak-banyak ^_^

    Apa yerk rasa kimchi ni? Kalau Mak nak lagi senangkan, Mak beli ajelah semangkuk. Habis cerita. Tak payah derhaka pada resepi orang. Pucuk labu Mak tak bubuh sekali ke dalam kimchi tu? ^_^

    ReplyDelete
  2. wow..akak dah blajar mkn kimci..sy blm lagi..haha

    ReplyDelete
  3. Ana kalau dpt kimchi makan dengan nasi panas2 je dh cukup kak. Aduh mana nak cari kimchi skrg ni. Terliur dah tgk kimchi akak ni. πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  4. Wah.. bestnya kak..
    Kalau sha, sha suka makan dengan maggi, pergh!!
    Takpun buat nasi goreng.. memang ohsem..

    ReplyDelete
  5. amboi mak kemain korea sekarang ye..dah kimchi pulak dia buat tu, derhaka pun takpelah janji sedap katanya. Saya pernah rasa sekali yang kawan buat tapi takdelah makan beria sebab taktau nak makan dengan apa hahaha

    ReplyDelete
  6. Kimci..
    Pernah rasa nom..
    Tapi tekak CH tak boleh terima..
    CH tekak kampung ..
    Kerabu dan ulamam jer yg masuk tekak..

    Tengok cantik pulak Kimci hang tu nom..

    ReplyDelete
  7. Akak dah lama teringin nk buat nom melihat kan bahan nya mudah tapi risau pulak tak de yang makan ,ntah juga tekak akak ni boleh terima ke tak makanan korea ni .Tak tau lagi rasa nya camna .

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik kimchi tu. Tak pernah rasa lagi kimchi.

    ReplyDelete
  9. wow..kimchi tu walau bukan favorite tp boleh jer la buat makan dgn nasi panas2

    ReplyDelete
  10. pandai mak buat kimchi..nekcik x reti menghayatinya..cecuba buat nasi goreng kimchi..

    ReplyDelete
  11. Kimchi satu2nya makanan korea yang makchaq boleh makan setakat ni.. & suka makan sebab rasa masam pedas masin..
    Kalau pi korea tuju yg ni je la kot..
    Tapi tak dak pun rancangan nak pi korea. Kat rumah ni x de peminat korea.. semua minat jepun ja...

    ReplyDelete
  12. Aku pun tk penah rasa kimchi ni, ada gak dengar kimchi2 bila seseeeeekali tertengok citer korea, tapi tk tau pebendanya, Oo..begitulah lebih kurang ye. Aku mak kalo sayur camtu aku ratah2 je tkyah mkn nasi pun takpe.

    ReplyDelete
  13. Wah Mak makin advance nampak... Ber kimchi pulak ye. Ni mesti Mak tgh plan nak ajak laling pi Korea ni :D

    Saya pernah rasa sekali, member jual. But definitely its not really my taste. Tapi teringin jugak nak try buat bila Mak dah buat ni hahaha

    ReplyDelete
  14. wah nampak sedap kinchi mak....rietta pernah bli dr blogger rai kesuma, sedap...

    ReplyDelete
  15. sedap mak, kami pun rajin buat kat rumah

    ReplyDelete
  16. Amboi amboi... One step further nampak..
    Dah pandai masak kimchi pulak yer mak..
    Good good...

    Tgk kimchi mak ni, rasa teringin pulak nak ke korea..
    Eh, ada kaitan ke?

    ReplyDelete
  17. Wah, terrer Hainom buat kimchi! Sedap tak? LL sebenarnya tak minat sangat dengan kimchi tapi boleh makan lah. Kalau makan dengan nasi putih jer pun OK sebab kimchi ni ada rasa masin, manis dan pedas. Betul lah tu, ni kiranya acar orang Korea kot.

    ReplyDelete
  18. Dah resepi derhaka, mesti la sedap ditekak ye kak..
    Hehe.. Ira x penah makan kimchi so tak tau la sedap ke tak kimchi tu..
    Tak tau la pulak sedap makan dgn apa.. Ke.. sungguh enak dimakan begitu saja.. Hahaha..

    ReplyDelete
  19. Woaahhh! Tekak Nany tak berapa sangat nak masuk Kimchi. Ade yang boleh masuk..ade yang cium pun tak lalu. HAHAHAH! Takper, cuba lagi..mungkin yang Hainom buat ni sedap kot eh..sebab dah adjust ikut citarasa sendrik.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah rasa kimchi, tenguk gambar macam sedap.
    Kalau acar tu taulah.

    ReplyDelete
  21. pernah makan Kimchi ni dengan megi..haha.sedapnya, terliur plak tengok

    ReplyDelete
  22. Amboi Korea sangat okje sekaramf!! πŸ˜‚Nampak sedap pula kimchi okje tu... saya tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  23. Tak pernah makan kimchi, kimbap pernahlah. Tu pun buat sendiri 😏

    ReplyDelete
  24. Haritu memang viral selejap kimchi ni tp tekak sy tak teringin pulak..Biasalah kan..sy ni selalu lmbt dr org lain klu bab2 viral ni.huhu

    ReplyDelete