Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 25 April 2017

Pucuk Labu bikin berpeluh dahi

Salam Selasa....

Hari Ahad mak ke Genting Highlands. Jangan tuduh mak kuat jalan pulak! Tu ha! Pak Jilapah yang mengajak. Dia tu kan pantang duk rumah kalau hari cuti! Kaki gatal aje nak berjalan hihi...... Teringin nak naik Cable Car yang baru katanya. Mak apa lagi, dah katanya sama naik! On ajelah kan! Hihi.....

Pergi balik naik Cable Car. Kasi Pak Jilapah puas dalam Cable Car haha....  Senang jugaklah naik Cable Car ni, sebab tak payah nak seksakan engin kereta ramp sampai puncak genting tu. Kalau ikutkan, persekitaran station Cable Car kat Awana tu masih dalam pembinaan lagi. Tak taulah macamana pulak boleh open untuk public!. 

Tak lama pun kat sana, sebelum zohor dah turun. Balik tu singgah beli aiskrim stroberi dekat stroberi farm tepi jalan yang dah tak berapa nak hidup tu. Terjumpa pulak sayur Pucuk Labu ni.


Sayur sayur macam ni memang jarang sangatlah jumpa kat rumah ni. Bukan tak suka, tapi budak budak tak reti nak makan. Tu yang malas nak beli tu. Orang Bangladesh yang jual sayur ni cakap batang yang keriting tu tak boleh makan. Ye ke? Jenuh weyh mak menggoogle 'macamana nak siang pucuk labu!' semalam......   

Petua nak menyiang pucuk labu hasil dari carian google  :
Siang Pucuk Labu macam biasa, macam kita menyiang sayur bayam tu cuma ..... 

1) kata Gee Hut gentel gentel daun labu biar gugur bulu bulu dan daun jadi lembut bila di masak.
2) buang sedikit kulit luar batang pucuk labu sebab katanya bulu bulu tu boleh buatkan batuk
3) jangan makan batang yang keriting, yang ini abang Bangla yang cakap haha..... 

Orang lain masak pucuk labu digandingkan dengan buah labu, mak masak pucuk labu ganding dengan tomato ajelah haha.....

Belasah ajelah weyh.....

Masak lemak putih macam ni kalau di gu kan dengan ikan goreng dengan sambal belacan, memang bikin berpeluh dahi hokey!!!

27 comments:

  1. Suka juga makan sayur pucuk labu masak lemak ni.
    Memang betul, daun muda yang nak dimasak tu kena gentel3 dulu sampai lembut,
    kulit pada batang pucuk labu dan tali dia tu kena buang.
    Nanti bergulung kat anak tekak, boleh berpeluh satu badan bukan kat dahi aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.... pandai jugak WP buat lawak rupanya ye....
      Ingatkan batang yg bergulung tu tak boleh makan sebab apa rupanya pasal tu. Logik jugak hihi

      Delete
  2. ok..sdap tu mai hantar cni skit..hihi

    ReplyDelete
  3. Rajin mak masak pucuk labu.. Yg lagi legend, siap minta bantuan mak cik google.. Terbaik lah mak...

    Saya kalau masak sayur putih mcm tu mmg suka sgt... Sayur apa pun tak kisah asalkan masak lemak putih... Mak punya sayur putih pun mengancam weyh.. Padahal baru lepas bekfas...

    Mak, jangan lupa up entry ke Genting Highland yer.. will be there bulan depan.. kalau best, nak la cuba naik jugak :)

    ReplyDelete
  4. Erkkkk takpn daun labupn kena gentel. Ilmu baru ni..

    Pg sabtu baru ni kita masak pucuk labu, masuk ikan bilis sikit, pastu goreng ikan pekasam kemudian tabur cili padi yg ditumbuk kasar + perah asam limau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama selera rupanya ye kita geng minggu ni. Memang lawan dia tu geng ikan pekasam goreng. Baca ni pun dah bikin terliur tau

      Delete
  5. saya pun suka makan pucuk labu tapi masak dengan labunya sekali..sedap wehhh

    ReplyDelete
  6. Betullah nom,pucuk labu tu nk kena gentel nak hilang kan bulu nya....Akak belajar dari makcik jiran yg mahir bab2 masak ni.Dulu akak masak cebur je kecuali batangnya tu siat2 kulit bulunya.Akak suka juga sayur pucuk labu tapi biasalah hanya akak je yang syok sendiri selalu nya.
    Hmm...tiba2 teringin pulak nak mkn sayur lemak pucuk labu ni,tapi mana nk cari.Tak kan nak naik Cameron pulak :-)

    ReplyDelete
  7. singgah pagi selasa
    hari ini bz sangat2
    x dan nk blogwalking
    anyway anum drop here first ya

    ReplyDelete
  8. Pucuk labu rebus cicah sambal belacan pun sodapppp... :)

    ReplyDelete
  9. Rajin betul Mak menuju puncak ye..

    Kita tak penah makan pucuk labu, maklumlah sebaya dgn anak2 Mak :p

    ReplyDelete
  10. Makchaq pun hati ni masak lemak pucuk labu..
    Pagi tadi tengok merinbun sangat daun labu, bunga semuanya bunga jantan.. entah bila nak berbuah..
    Jadi... ambik pucuk buat sayuq la.. tunggu buah lambat sangat..

    ReplyDelete
  11. Ni apsal dah macam Kak Ton... nak berkisah tentang masak lemak pucuk labu sampai naik cable car? Asal-usul dapat pucuk labulah yerk. Hahaha!

    Mak, ni Kak Ton nak tanya eh.... ni ke rupa pucuk labu? Kak Ton tak pernah nampak Mak... Hahaha!

    Kata kita yang masak, kita yang tentukan masakan tu sedap untuk dimakan atau tidak, apa nak takut-takut. Masak ajelah regu dengan apa sekali pun, janji kita boleh makan. Orang lain tak nak makan, sukahati depalah. Janji hati senang dah masak pucuk labu yang dituai gitu. Hehehe...

    ReplyDelete
  12. Hainum, dah lama tau LL tak makan sayur tu. Dulu first time ternampak puck labu, rase geli sebab ada kerinting2. Macam aliens hee..hee.. So LL try masak tapi tak tau pulak bahagian kerinting tu tak boleh makan....

    ReplyDelete
  13. Aku tk penah masak pucuk labu, apatah lagi memakannya mak, dan aku rasa kalo aku masak mesti aku sorang je yg kena habiskan, tak kose aku heh. Kalo nak makan aku roger ko je nnt ek, boleh?

    ReplyDelete
  14. Saya tak pernah makan pucuk labu ni...maklum ler..orang bandar...hihi :D

    ReplyDelete
  15. Sodap pucuk labu ni Mak (ops terkeluar bahasa nismilan)..
    Memang sesuai sangat pucuk labu masak lemak putih, tambah pula kalau makan dengan sambal belacan dan ikan masin.. Memang KFC pun den tak pandang.. hehehehe ;-)

    ReplyDelete
  16. Sha suka pucuk labu nie.. sedap.. tapi labu tak makan.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Hahhaha..
    Ini rupanya kisah cable car tu ye..

    Sedapnya sayur pucuk labu ni nom..
    dah lama tak jumpa org jual ..
    yang dah siap masak pun tak jumpa..
    Den ni pun tak reti nak menyiang sayur pucuk labu ni..
    beli siap masak jer terus ngap hihihi

    ReplyDelete
  18. Tak pernah makan pucuk labu jugak. Labu ada lah makan ☺☺

    ReplyDelete
  19. Terliur tgk masak lemak pucuk labu akak tu.. 😋😋😋

    ReplyDelete
  20. Saya tak makan pucuk labu... renyah juga nak memotongnya.

    ReplyDelete
  21. Tak pernah makan lagi pucuk labu, tapi tahu boleh dimakan ☺

    ReplyDelete
  22. Sy pun tak pndai nak makan jenis masak lemak camni..tp klu pucuk paku goreng belacan suka.hihi

    ReplyDelete