Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 May 2017

Selamat Hari Ibu


Salam Isnin...

Selamat Hari Ibu 
untuk semua insan yang bergelar mak, ibu, mommy, umi dan apa apa ajelah panggilan pun. Den panggil mak je...

Penuh ucapan Hari Ibu dalam whatapps group mak semalam weyh.  Maklumlah group whatapps mak mak katanya...... Walaupun, ustaz cakap, hari hari adalah Hari Ibu, bukan cuma hari ini aje, tapi tak kiralah weyh, mak nak jugak memeriahkan suasana hihi ......

Omak den tak mau senyum, tak po haih!.... Janji den sonyum. 


Terima kasih mak kerana menumpangkan rahimmu untuk kami duduki selama 9 bulan 10 hari. Mak bawa kami
 ke hulu ke hilir tanpa pernah mengeluh. Bertarung nyawa melahirkan dengan penuh harapan agar kami menjadi anak yang baik. Berhabis dalam membesarkan kami. Mendidik kami dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu.

Mertuo den.....


Setiap karenah kami mak layan dengan penuh sabar. Biarpun ada kalanya kedegilan kami cukup menguji, tetapi mak tak pernah membenci.

Kami tahu mak, kasih kami ini tidak akan pernah setanding dengan kasih mak. Kasih mak hingga ke syurga.... moga kasih kami kepada mak juga sama.

Selamat Hari Ibu untuk diriku sendiri jugak....


Doa ibu sentiasa mengiringi anak anak ibu.... I love you, anak anak ...



22 comments:

  1. selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu, walaupun hari2 pun hari ibu, tapi tetap akan ada satu hari yang istimewa untuk kita raikan ibu kita kan... yang taknak sambut tu takpelah...yang penting niat kita nak bahagiakan ibu kita ye dak

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu buat akak jgk..:)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ibu Mak!

    Mak ni nampak makin cun ler... apa rahsia ye mak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhh..... psst... jangan puji lebih lebih PH, kang tak boleh tido lak mlm ni haha

      Delete
  4. Bertuah nya masih ada 2 ibu ,dapat lgi manja2.Bertuah juga anak2 hainom punya ibu yang penyayang dan ayu..
    Selamat hari ibu nom

    ReplyDelete
  5. Hari-hari ialah hari ibu. Jadi selamat hari ibu sis. Makin muda nampaknya. :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari ibu nom..
    Untung masih punya 2 ibu..
    Den dua dua dah tak ada.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Ibu, Mak. Semalam kita sibuk, maklumlah dapat makan free sempena Hari Ibu. Hahaha! Yang sebenarnyakan, kita terlupa nak wish kat emak kita sendiri semalam. Jenuhlah kena pergi rumah Ngah lepas balik makan tapi dengan Ngah2 sekali takda rumah, keluar makan dengan another kakak dan emak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah orang tu dapat makan lobster.....Haih tak boleh jadi ni mak pun nak ajak pak Jilap pergi Lobster Garden jugak ah...

      Delete
  8. Happy Mother's Day, Hainom! Tak ke mana2 ke? Ada makan special? Sibuk pulak LL hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.... tak de pun makan special LL, lagi pun I mmg hantar anak bujang kat Tronoh. Tak payah masak 2 hari tu dah kira celebrate jugaklah kan hihi...

      Delete
  9. Selamat hari ibu Hainom Okje tak kisahlah terlewat sehari ke apa eh! kata hari-hari, Hari Ibu.

    Hari ini dah hari guru pulak. Selamat hari guru pun boleh jugak tak kisahlah guru apa yang penting kita tetap tergolong dalam warga pendidik.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Ibu Hainom! Wahh..cantik dan jelita la Anom ni. :)

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Ibu Okje ... gambar last tu dah macam adik beradik pula :)

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Ibu buat semua ibu 😄

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia. 😍

    ReplyDelete
  14. Sakan mak..semua muka mak je yg sebyum dengan gojes..tenggel habis muka mak ngan mak mertua.hahaha

    Selamat hari ibu juga..walaupun dh lepas...haha. Maafkan PK ye..PK busy membundle tak sempat BW.kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum dengan gojes..tenggelam habis..typo mak..almaklum taip pkai hp ni nak laju je.kiki

      Delete
  15. Selamat hari ibu juga buat kak nom okje yg muda jelita sentiasa tu

    ReplyDelete