Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 8 May 2017

Trending

Salam Isnin korang....

Lama betul ai tak memblog..... Ada yang rindu tak? Apa? Tak ada langsung? Hish..... nyampah ah kalau cenggini!!!....

Tinggal tak berapa hari lagi dah nak Ramadhan ek. Ada yang dah soping baju Raya ke? Ke masih lagi confuse nak pilih warna tema Raya tahun ni?  Tak payahlah tanya mak, sebab mak memang tak prepare satu hape pun.  Lainlah  Kak G. Semalam Kak G dah soping baju Raya hokey.   Kak G oh Kak GGGGGG......mana baju Raya? Nak tumpang tengokkkkkk.....

Tahun ni pesen apa yang trending ek? Kebarung ke? Mehlah share.....  korang yang bekerja mesti lebih tau, yelah...... banding dengan mak yang terperap kat rumah ni.  Mak ni nak kata ikut pesen, tak delah ikut pesen pun. Dah kilauan ...... duduk ajelah diam diam hihi.....  

Yang ni jugaklah tetap trending kalau balik Muo.... Apam Bulat inti Kacang Merah!

Susah nak dapat kat tempat lain ni tau, waima kat Batu Pahat pun. Kat KL, kalau ada pun, inti jem nenas..... Kurang power ah! Sedap weyh makan panas panas. Dahlah apam dia gebu gebas, pas tu lembut pulak tu..... aduhh terliur pulak tekak den!


Ada orang tak suka kacang merah ek. Tapi nak buat macam mana,  mak suka hihi......



23 comments:

  1. muncul juga mak ye...iolss rindu tau nak baca celoteh mak, tengok2 tanya apa yg trending, tak tahulah saya ni baju apa yangtrending sekarang walaupun berkerja baju yang dipakai itulah juga, nak beli baju peplum macam anak dara macam tak sesuai pula maknye ni pakai, jadi tengoklah pesen apa dipagi raya nanti..tema kaler dah ada tapi tak shopping pun lagi, tunggu bajet.

    pagi-pagi nampak kuih bergegar perut ai tau, sedap apa inti kacang merah saya suka..saya suka...tapi tak pernah makan kuih yang mak tunjuk tu, tapi takpelah kita makan kuih lain hehehe

    ReplyDelete
  2. menggodanya nengok...

    kalau balik pontian mmg jumpa lah benda alah ni, tp kadang ada tempat tu bt tak sedap, kalau dpt yg sedap inti banyak mmg layan lah, dana suke mkn panas2

    ReplyDelete
  3. Ha'aaaa sypn tak sabar nak tau tema baju raya NA.. kita juga belum siap2 lagi

    ReplyDelete
  4. owhh kt Muo panggil apam ek? bukan ni yg sama mcm inti nenas tu ke...nyum nyummm

    ReplyDelete
  5. knapa rasa sedapnya.. iya, perut lapar pasal x selera mkn.. tgok ni teringin plk org deman ni..

    ReplyDelete
  6. Sj jer akak ni nk bg org terliur.haha

    ReplyDelete
  7. Sama lah kita kak oi. Tak update sgt bab2 fesyen ni. Hehe. Baju raya pun tak terpikir lagi. Sebabnya mmg beli siap je mana yg berkenan dekat mata ni. Hehe.

    Sedap nampak kuih tu. Tak pernah jumpa lagi dekat tempat Ana ni.

    ReplyDelete
  8. Ohh rupanya mengeram dengan apam MUO tu ye..
    Sajelah tu bagi orang teringin kan..
    Bila pulak nak ke MUO ni..
    Dah lah urusan JPJ en suami dah settle ni..
    Tapi tak apa lah CH kurang suka inti kacang ni..
    Kalau inti durian suka hahhahahaha..

    Nom tahun ni pesan songket nom..
    tapi den tak beli yang songket tenun nom.
    Beli yg printed jer ..
    Mahai yang tenun tu nom huhuhu..
    Yang kak nabilah nak buat kabarung..
    CH dengan Najeeha nak buat Kurung Pahang ajer..
    Tema tahun ni BIRU...
    BIRU mata putih mu Nom hahhahaha

    ReplyDelete
  9. Bestnya nom ada jem nenas...tak pernah pulak jumpa kat sini.Kalau inti kacang merah ni adalah.Kat tpt akak ni kadang ada jual juga tiap2 petang.Ada juga yang inti pulut hitam.
    Tentang soping raya tu biasanya akak last minit nom...hmmm dah biasa dapat rezeki lebih hujung2...redha je lh.

    ReplyDelete
  10. Mak janganlah mengeram lama2 Kita windu tau nak baca celoteh Mak.. :D

    Kita dah siap Mak, baju dgn kasut raya :p tunggu nak beli tudung & handbag raya je hikhik... Saja nak bagi Mak sawan sebab belum buat persiapan lagi hahaha...

    Sedapnya apam tu tapi tak penah makan...

    ReplyDelete
  11. Trending utk org memudo je mak oii, den yg dah sonjo ni bawak bertobat banyak2 lah, tkdo nk beli baju sendiri pun, baju ank2 je.

    Den tggu ko sawan soping plak yo, takyah tggu aura2 do, time ni pegi kalo lapo bole mkn minum lagi, sok2 poso penat dah nk ngukur lantai soping mall tu

    Sedapnya aku nengok apam tu, sama ke raso eh cam pambalik tu?

    ReplyDelete
  12. nampak gambar je dah terliur... Wa tak pernah tengok lagi kuih macam ni.seriously..nampak sedap sangat2...

    ReplyDelete
  13. inti kacang merah?rietta xpernah cuba lagi....

    ReplyDelete
  14. wow apammmm kacang merah !! sedap nyerr~

    ReplyDelete
  15. Saya lagi la tak mengikut zaman..
    Baju pun adik yg tolong belikan...
    Dia juga yg selalu ingatkan supaya cepat2 jahit sebelum tailor tutup tempahan..
    Nasib baik ada adik yg rajin "jaga" kakak... hahaha

    Nampak sedap kuih tu Mak..
    Rasanya tak pernah lagi makan....

    ReplyDelete
  16. saya pun suka apam ni..kalau balik Muo, nilah menu berbuka puasa.

    ReplyDelete
  17. Suka baca komen2 ompompuan.
    Omlaki no komenlah.

    ReplyDelete
  18. Saya pun suka tapi betul ke kat BP tak boleh jumpa pun apam inti kacang merah ni? Tapi yang selalu saya makan dulu-dulu, belinya kat mana ek? Takkanlah kat Muo.

    Saya dah siap baju raya sejak awal tahun lagi. Tahun ni senang sikit kerja. Baju Melayu anak-anak tak payah beli. Adik Cute pakailah baju Melayu yang dipakainya masa Afiq kahwin tempohari. Baru sekali pakai. Si Bubbly Abang pulak dah 10kali tanya nak beli baju Melayu ke atau jubbah, jawabnya beli t-shirt sudah ^_^

    ReplyDelete
  19. Ha, teringin juga nak tahu baju apa yang trending untuk raya tahun ni. Saya tak de la nak mengikut trending. Biasanya kitaorg beli last minute. Tengok la apa yang ada tu la yang kami beli dan pakai.. heheheh

    Apam tu nampak sedaplah okje.

    ReplyDelete
  20. Pernah nampak tapi tak pernah cuba lagi.. Tengok gambar akak nie, macam best je..

    ReplyDelete
  21. Macam best pula tengo apam bulat2 camtu .. terus selera nak makan. Mia pun sama okje, belum lagi tershopping raya ni. Tunggulah nanti, kira nak shopping last minit, yang last minit ni selalu ada jualan murah, lagi pula bila dah bersesak2 baru ada feel nak beraya .. hehe

    ReplyDelete
  22. Trending tak trending, baju raya wajib ada baju kurung. Comellah apam bulat tu 😍

    ReplyDelete
  23. Kita dah soping utk Afia dan Aryan je..tgok esok camna klu smpt sambung soping utk aiman n abahnya..ibunya ni dilema gemuk malas nak cari baju raya.boleh gitu.hahaha

    ReplyDelete